Monday, March 1, 2010

SYAFIAH TIDAK MENGERTI APA-APA


Konbawa

Pemergian Allahyarhamah Syafiah Humairah Sahari
kanak² berusia tiga tahun pada khamis yang lalu
sungguh menyentuh hati kita semua
di mana adik ini didera dengan kejam oleh
kekasih ibunya, Siti Norhanim Aziz

Di sini yutaka bukan nak menceritakan 
mengenai perihal bagaimana kejadian terjadi
tetapi yutaka nak bawa anda semua mengenai
kenaifan seorang kanak² yang tidak mengerti
apa-apa yang mahukan sebuah penghidupan
yang bahagia dan ceria


Jika anda pandang kepada kanak² seperti Syafiah,
tidak kah anda terdetik begitu comelnya kanak² ini?
ditambah pula dengan keletah mereka yang 
boleh membuatkan hati orang dewasa ceria ..
tetapi mengapa di saat ini, orang dewasa
tidak begitu betul² mencintai kurniaan Allah ini?

Jika benar kanak² itu nakal, adakah dengan 
cara mendera dapat mendidik mereka?
sanggupkah kita melihat kulit mulus kanak² itu
disiat-siat oleh panahan penderaan?
bukan cuba memanjakan kanak² zaman kini,
tetapi cara mendidik generasi akan datang ini
perlu lah releven dan mesra ..




1 comment:

puteri_kebayan said...

ermm..memang jantan xguna ah yg dera syafiah tu!

moga dkenakan hukuman stimpal...amin