Wednesday, March 31, 2010

PERLUKAH BERTERIMA KASIH

Konbawa

Kali ini yutaka nak kisahkan mengenai
ucapan terima kasih. Walaupun nmpk klise,
tp rasanya masih releven lagi untuk dibicarakan

Baru-baru ini yutaka ada mengadakan sedikit
makan-makan di opis yutaka.
makan apa dan berapa harganya tidak
perlu dinyatakan secara terperinci


walaupun ikhlas untuk belanja makan
namun terdapat 3, 4 org yang lidahnya kelu
untuk mengucapkan terima kasih kepada yutaka
sebenarnya bukan teringin sangat nak dengar
ucapan terima kasih kerana yutaka ikhlas
untuk belanja makan tersebut

tapi tidak salah rasanya berbudi bahasa
seperti "Yutaka, terima kasih"
3 perkataan yang sukar dilafazkan..
yutaka sangka baik jelah, mungkin manusia
yang ini segan untuk mengucapkan terima kasih
apabila orang berbuat baik kepadanya

No comments: