Konbawa
Hari ini yutaka ada bersembang dengan
opismet berkenaan kisah hidup
seorang opismet yang telah tiada
di mana sebelum die menemui Pencipta
dia telah dibuli oleh sekawan pembuli opis
Tidak perlu dikisahkan siapa pembulinya
dan bagaimana sedihnya arwah dibuli
cuma yutaka terfikir mengenai adakah
arwah sempat memaafkan pembulinya
sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir
adakah pembuli akan merasa bersalah
atau adakah dia berasa sangat gembira
kerana orang yang dibuli telah tiada ..
jika hatinya penuh dengan noda hitam,
pembuli tersebut akan senyum riang
bila mengenangkan nasib yang menimpa arwah
sebab itulah yutaka akan selalu beringat
supaya menjaga hati semua kawan² yutaka
kerana takut tidak sempat untuk meminta maaf
sekiranya yutaka menemui ajal atau
kawan² yutaka pergi tidak akan kembali
No comments:
Post a Comment