Wednesday, March 31, 2010

SERONOKNYA HADIRI MEETING


Konbawa

yutaka sebenarnya pernah terfikir
seronok kah pergi mesyuarat
bila tengok bos besar asyik selalu
hadiri mesyuarat, hendak juga merasai
suasana mesyuarat.

sebenarnya yutaka tak selalu 
hadiri mesyuarat pon kerana
department yutaka hanya bermesyuarat
setahun sekali !! hahaha kelakar sungguh
bila merasainya baru-baru ini
yutaka rasa seronok dan tidak seronok

seronok bila dapat perhatikan gelagat
segelintir ahli yang suka berhujah konon²
die itu sungguh bagus di antara yang lain
selain itu seronok bila ada makan 
menu makan tu bukan sembarangan tau,
bule tahan membuka pintu selera ini.

dalam pro pasti ada kontra
mesyuarat ini kadang² membosankan
kerana isu yang dibincangkan selalu sama
soal displin, kehadiran dan sikap di mana
tiada perubahan yang berlaku selepas mesyuarat
bila part menghentam, isu yang disukai
kerana yutaka pernah dihentam bila mengutarakan
sesuatu realiti situasi yang berlaku di dalam 
department yutaka sekarang ini.


PERLUKAH BERTERIMA KASIH

Konbawa

Kali ini yutaka nak kisahkan mengenai
ucapan terima kasih. Walaupun nmpk klise,
tp rasanya masih releven lagi untuk dibicarakan

Baru-baru ini yutaka ada mengadakan sedikit
makan-makan di opis yutaka.
makan apa dan berapa harganya tidak
perlu dinyatakan secara terperinci


walaupun ikhlas untuk belanja makan
namun terdapat 3, 4 org yang lidahnya kelu
untuk mengucapkan terima kasih kepada yutaka
sebenarnya bukan teringin sangat nak dengar
ucapan terima kasih kerana yutaka ikhlas
untuk belanja makan tersebut

tapi tidak salah rasanya berbudi bahasa
seperti "Yutaka, terima kasih"
3 perkataan yang sukar dilafazkan..
yutaka sangka baik jelah, mungkin manusia
yang ini segan untuk mengucapkan terima kasih
apabila orang berbuat baik kepadanya

Tuesday, March 2, 2010

MAAFKAN SAYA WAHAI ARWAH


Konbawa

Hari ini yutaka ada bersembang dengan
opismet berkenaan kisah hidup 
seorang opismet yang telah tiada 
di mana sebelum die menemui Pencipta
dia telah dibuli oleh sekawan pembuli opis

Tidak perlu dikisahkan siapa pembulinya
dan bagaimana sedihnya arwah dibuli
cuma yutaka terfikir mengenai adakah
arwah sempat memaafkan pembulinya
sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir

adakah pembuli akan merasa bersalah
atau adakah dia berasa sangat gembira
kerana orang yang dibuli telah tiada ..
jika hatinya penuh dengan noda hitam,
pembuli tersebut akan senyum riang
bila mengenangkan nasib yang menimpa arwah

sebab itulah yutaka akan selalu beringat
supaya menjaga hati semua kawan² yutaka
kerana takut tidak sempat untuk meminta maaf
sekiranya yutaka menemui ajal atau
kawan² yutaka pergi tidak akan kembali






Monday, March 1, 2010

SYAFIAH TIDAK MENGERTI APA-APA


Konbawa

Pemergian Allahyarhamah Syafiah Humairah Sahari
kanak² berusia tiga tahun pada khamis yang lalu
sungguh menyentuh hati kita semua
di mana adik ini didera dengan kejam oleh
kekasih ibunya, Siti Norhanim Aziz

Di sini yutaka bukan nak menceritakan 
mengenai perihal bagaimana kejadian terjadi
tetapi yutaka nak bawa anda semua mengenai
kenaifan seorang kanak² yang tidak mengerti
apa-apa yang mahukan sebuah penghidupan
yang bahagia dan ceria


Jika anda pandang kepada kanak² seperti Syafiah,
tidak kah anda terdetik begitu comelnya kanak² ini?
ditambah pula dengan keletah mereka yang 
boleh membuatkan hati orang dewasa ceria ..
tetapi mengapa di saat ini, orang dewasa
tidak begitu betul² mencintai kurniaan Allah ini?

Jika benar kanak² itu nakal, adakah dengan 
cara mendera dapat mendidik mereka?
sanggupkah kita melihat kulit mulus kanak² itu
disiat-siat oleh panahan penderaan?
bukan cuba memanjakan kanak² zaman kini,
tetapi cara mendidik generasi akan datang ini
perlu lah releven dan mesra ..