Thursday, June 11, 2009

TERLANJUR CINTA

Konbawa..

Terlanjur cinta merupakan lagu yang
sangat puitis bait-baitnya.
yutaka bukan nak ceritakan
mengenai kandung isinya,
tp mengenai taksubnya cinta

taksub boleh difahami sebagai terlalu obses
jika kita terlalu taksub pada cinta,
kita sanggup berbuat apa sahaja
untuk menjaga orang yang kita cintai

Di antara kelakuan ketaksuban cinta
adalah
seperti cemburu sekiranya orang yang dicintai
memakai warna baju yang sama dengan
rakan baiknya (berlainan jantina) secara kebetulan
atau mungkin berjumpa dengan rakan baik
bertanyakan mengenai hal keakraban walaupun
rakan baik itu sudah berkahwin dan punya anak.


Tapi pernahkah kita terfikir
adakah orang yang kita cintai
senang dengan kelakuan taksub cinta itu?

Secara positifnya, ketaksuban cinta ini
menunjukkan bahawa rasa mendalamnya
cinta di hati.

secara negatifnya, pasangan akan berasa
sangat rimas dan menunjukkan bahawa
kurang kepercayaan terhadap
utuhnya kesetiaan.

No comments: