Monday, June 15, 2009

SIAPAKAH LEBIH MEMAHAMI WANITA


Konbawa..

Pekaba semua? Post kali ini
adalah berkisarkan mengenai
siapakah lebih memahami wanita?

Jika anda sebagai wanita
dirundung suatu masalah
adakah kawan wanita lebih memahami anda
atau adakah lelaki jauh lebih memahami
rasanya persoalan ini sukar nak dijawab
sebab setiap orang ada jawapannya.

Siapa yang lebih memahami adalah subjektif
sebab setiap manusia itu unik.
mungkin ada lelaki yang jauh lebih
memahami wanita berbanding wanita itu sendiri
atau mungkin wanita lebih arif mengenai
hal mereka jika dibandingkan dengan lelaki.

pada pendapat yutaka lelaki punya sedikit kelebihan
dan kelebihan pada lelaki adalah akalnya
berbanding wanita yang terkadang beremosi
jadi apabila suatu masalah menimpa wanita
seorang lelaki punya 1001 jalan terbaik
di dalam meleraikan kekusutan di jiwa

Tetapi jangan ditanya mengenai
hal-hal sulit kewanitaan kepada lelaki
kerana jawapan yang akan diterima
mungkin tidak membantu anda



No comments: