Monday, June 29, 2009

BEST MAN WIN

Konbawa
Best man win merupakan
satu ungkapan kemegahan
bagi seorang lelaki
yang berjaya menakluki hati seorang wanita

Lagi2 sekiranya berjaya takluki
hati wanita popular dan diminati ramai
wah..terasa dunia dia yang punya
kembang kuncup menahan rasa bangga

Tapi jangan sombong plak
sekiranya anda berjaya tawan
wanita yang diminati ramai
jangan sia2 kan usaha anda itu
hargailah wanita itu sepenuh jiwa



Friday, June 26, 2009

PENDIAM ITU SOMBONG?

Konbawa..

Kadang-kadang kita selalu
mengklasifikasikan seorang
pendiam itu sebagai sombong
itu memang set mind kita
apabila berjumpa dengan
seorang pendiam

Kita selalu menjadi hakim
kepada permasalahan itu
sedangkan kita tidak cuba bermesra
dan memangkinkan

individu tersebut supaya
dapat bersuara.


ada dua sebab seseorang itu
sangat pasif dalam berbicara

a) memang dia seorang pendiam sejak dari perut ibunya @

b) tidak punya modal untuk memulakan bicara.

Perlu diingat di sini,
seorang yang pendiam
tidak perlukan kata2 sindiran,
kutukan,
lirikan mata menjegil

untuk membuatkan
mereka berbicara

SUKARNYA BERBUAT BAIK

Konbawa..

Apa khabar? saja-saja
nak post mengenai
sukarnya apabila kita
hendak berbuat kebaikan


Pernahkah anda mengalami
situasi di mana adanya banyak
aral apabila kita cuba untuk
berbuat kebaikkan seperti
disindir dikata oleh teman2,

diuji oleh Yang Maha Esa

Berlainan situasi pula
apabila kita hendak
berbuat notty2
xde aral langsung, senang betul bila
kita nak buat

tp bagus gak halangan2 nih
sebab apa, dari situ
kita akan diuji samada
kita ikhlas atau tidak
dan seterusnya dapat pahala


Thursday, June 25, 2009

HAPPY BESDAY TO SHEE-RA

Konbawa..
Sempene 26 jun 2009, jumaat
yutaka nak wish
besday to my office mate lo

HAPPY BIRTHDAY TO YOU SHEE-RA

Moga besday ni
a) penantian kamu akan berakhir dengan kegembiraan
b) dipanjangkan umur
c) ditambahkan rezeki
d) rumahtangga aman damai


alamaks tercomot lak makan kek shee-ra..ngee.ngee

TAK DICIPTAKAN AKU

Sekali pandang terus ke hati
Dari hati getaran suara terhenti
Darah teralir lajunya berlari
Kotak jantung teresak sendiri

Ku tak tahu dirimu ada dia
Ku tak sedari cinta tercipta
Ku terpaksa meleraikan semua
Cinta dikalbu mainan fantasi jiwa

Walaupun bukan bersama aku
Ku mahu dirimu bahagia selalu
Ku doakan terbaik untukmu
Layari cindai asmara sepenuh kalbu


HARI INI HARI TERAKHIR

Konbawa
Hari ini adalah hari terakhir
yutaka dapat bekerja
dengan seorang kawan
yang sangat2 best

dengar-dengar kawan yutaka
akan ditukarkan ke tempat lain..
bosan2 if dia xde
sebab dia ni kelakar dan happening

nampaknya hari kerja yutaka akan bertambah sepi


Wednesday, June 24, 2009

SUARA MACHO TAPI..

Konbawa..

Yutaka arini terdengar
satu perbualan di mana
ada unsur kutukan tahap asbestos
huhu

perbualan itu berbunyi begini
SUARA MACHO TAPI MUKA HARAM..


Yutaka kurang senang
dengan penggunaan
istilah " Muka Haram "
Setiap kejadian Allah adalah elok-elok belaka
Kita sebagai hambaNya tidak berhak mengkelaskan
ciptaan Allah itu sebagai HARAM
ya..myb MUKA HARAM itu
diertikan sebagai MUKA TIDAK TAMPAN
tp istilah HARAM itu tidak wajar digunapakai sesuka hati.

renung-renungkanlah..
marilah kita bersama-sama
mengambil iktibar

RAMAI BETUL

Konbawa..

Yutaka sebenarnya sangat gembira
arini kerana yutaka dapat tahu
di office yutaka ramai yang puasa
arini bersempena dengan bulan Rejab

Syukur kepada Allah
best2 tengok orang berpuasa ni
sejuk mata melihatnya



Tuesday, June 23, 2009

MEMILIH PASANGAN?

Konbawa..

Yutaka tertarik dengan satu email
yang yutaka terima dari seorang teman
iaitu dengan menanyakan soalan
berbentuk psikologi yang mungkin boleh
membantu di dalam
memilih pasangan yang sesuai

Ada 5 perkara berlaku serentak.

1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.

4.Telefon berbunyi.

5. Ada orang ketuk pintu.



Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang
anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut
mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa
lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang
anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda..


Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama
dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.

Kalau anda memilih untuk menutup air medidih :
menandakan anda mementingkan keselamatan
dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

Kalau anda memilih untuk menutup
pili air yang melimpah di bilik air:

menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis :
menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi:
menandakan anda mementingkan akhlak,
budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

Kalau anda memilih untuk membuka pintu :
menandakan anda mementingkan rupa paras,
fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Mana satu pilihan anda?

Monday, June 22, 2009

BULAN REJAB DAH SAMPAI LAH..

Konbawa..

Nampaknya tinggal sehari dua
kita akan menemui bulan rejab
wah..cepat betul masa berlalu

Best rasanya kalau dapat puasa
dalam bulan Rejab. Yutaka ada
terbaca mengenai kelebihan berpuasa
dalam bulan Rejab iaitu :

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas,maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

3. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

4. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..

5. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan
barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

6. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Besar sungguh fadhilatnya
jika berpuasa
di dalam bulan Rejab..
Apa kata kita belajar puasa di dalam bulan Rejab.


KEMBALI DAN KASIHAN


Konbawa
Pekaba semua?kali ini yutaka
nak post lah mengenai
rujuk kembali kerna kasihan

apa pendapat anda
sekiranya bekas teman anda
berusaha ingin rujuk kembali?
adakah anda terimanya dengan ikhlas?
adakah anda terimanya kerna kasihan?
adakah anda menolaknya secara total?



jika anda menerima kerna kasihan,
ia adalah lebih kejam daripada
menolaknya secara total.
Kerana apa? Kerana tiada keikhlasan
di dalam hati sanubari.
dan kerna kasihan juga kita seakan-akan
memberi sejuta harapan palsu

Jika tidak mahu katakanlah sejujurnya
Jika mahu, terimalah dia seadanya

ADAKAH TEMBAM TANDA GEMBIRA?

Konbawa..

Orang sering mengaitkan
tubuh badan dengan perasaan.
Apabila berisi dikaitkan dengan gembira
Apabila susut dikaitkan dengan duka

Mungkin kaitan itu ada kebenarannya
kerana yutaka sekarang ini
semakin naik berat badannya,
Kenaikan berat badan ini mungkin
disebabkan oleh hati yang gembira


tapi ok gak, sebab dulu semasa
yutaka belaja diploma
berat badan yutaka dalam 44kg-46kg
ringan sungguh..huhu

Tp kena jaga2 gaklah
tak mo asyik naik je
nanti jadi malas dan
otak berhenti fungsinya
bahaya lor..


Sunday, June 21, 2009

APA YANG DIFIKIRKAN

Konbawa..

Semalam yutaka ada bersalaman dengan
seseorang yang mengalami simptom
ketidakwarasan fikiran

Setiap orang yang berada di situ
semuanya menjauhkan diri
maybe sebab takut rasanya
yutaka pun tidak terkecuali
tapi tidak terlalu jauh.
Dalam banyak2 orang, yutaka
dipilihnya untuk beramah mesra.


Selepas bersalaman dengan dia
yutaka macam tertanya-tanyalah
agak2 nya la, perkara apa yang
dia fikirkan sampai berbicara sendirian?

Adakah mengenai kekasih hati?
Adakah mengenai hutang?

Adakah mengenai dikhianati?

Adakah mengenai kehilangan sesuatu berharga?


Anda tahu?

Friday, June 19, 2009

KAWANKU SUDAH PERGI

Konbawa..
Arini Yutaka rasa sangat sedih
sebab rakan baik yutaka akan pergi jauh
bagi mengejar kerjayanya..

Walaupun dia ni kadang-kadang poyo
tp bagi yutaka selama berkawan dengan dia
dia bukan jenis yang hipokrit, ikhlas
dan bukan jenis yang tikam belakang.


Kalau boleh diberikan gred A,B,C, or D
rasanya dia boleh diberikan gred A
Yutaka doakan yang terbaik untuk dia
Harap2 dia tak kan berubah
apabila berada di atas nanti.


Insya Allah yutaka akan menyusul
anda en daigo. tunggu yutaka
di pintu kejayaan kerjaya

Thursday, June 18, 2009

APA SALAH ALBUM GAMBAR?


Konbawa..
Yutaka sebenarnya suka
tengok album gambar.
album gambar kahwin
lagi best untuk dilihat
sebab yutaka dapat
melihat gambar yang indah2

Membawa album gambar
untuk dilihat oleh teman-teman
merupakan satu kemestian
bagi mereka yang baru
mendirikan rumah tangga


Bila dah bawa album
lain pula kisahnya
ada yang soseh2
tanda ada sesuatu
yang tidak berkenan di hati

Bukan tidak boleh dikritik
mengenai cacat cela
gambar kahwin,
tp berpada-padalah
kasihan pada album gambar
sering kali dikutuk
ahaks

LIDAH AGAK NAKAL, TAPI HATI BAIK MA..

Konbawa..
Pekaba semua? yutaka sebenarnya
tertarik dengan ungkapan
lidah agak nakal, tp hati baik ..
Yutaka tak tujukan pada sesiapa
tp cuma nak bagi pendapat ..

Lidah lebih tajam daripada pisau
kerna lidah kita boleh bermasam muka
hati pula terletak jauh di dalam hati
dan hati tidak siapa boleh duga

Alangkah bagus sekiranya hati yang baik
itu disertai dengan ungkapan indah.
Ungkapan ikhlas dari hati
dan terpancar melalui bicara
Tidak rugi apa-apa pun jika
kita berbuat demikian
orang di sekeliling gembira sambil
mendoakan kebahagiaan kita



Tuesday, June 16, 2009

BERANIKAH ANDA?


Konbawa..

Apa khabar? Yutaka nak
tanya pada kalian
adakah anda berani ingat
kembali kisah percintaan
yang tidak kesampaian?

Rasanya sukar, bukan?
sanggupkah anda menggunakan
barang pemberian X anda?
adakah anda berani pergi
ke tempat kenangan manis berdua?

Yutaka pun tidak sanggup
untuk berbuat demikian.
sebab ini akan membuatkan
yutaka sangat sedih dan pilu.


KU RINDU SI DIA

Konbawa

hari ini yutaka terserempak
dengan orang yang
yutaka rindu sangat2

ntahla yek, bibir ni rasa
macam terkunci saja
rasa macam nak bagitau je
pada wanita itu..

tp...xpela.


Monday, June 15, 2009

LELAKI SUKA MENDENGAR?


Konbawa..
What's up dude. yutaka
sebenarnya banyak perhatikan
keadaan di sekeliling yutaka.
yang paling menarik adalah
mengenai suka mendengar.

Wanita dijadikan lebih banyak berkata-kata
berbanding dengan lelaki yang kurang berbicara
sebab apa? sebabnya adalah wanita
suka akan hal yang sangat kompleks.
Maka apabila sampai di rumah,
bibir wanita akan mula bercerita dari A-Z.

Si lelaki pula akan mendengar setiap butir
begitulah keadaannya setiap hari
Jadi kesimpulan yang dapat yutaka ambil
adalah lelaki memang ditakdirkan
mendengar kisah wanita.
dan jika tidak ada wanita di dunia ini
rasanya dunia ini akan sunyi sepi.



SIAPAKAH LEBIH MEMAHAMI WANITA


Konbawa..

Pekaba semua? Post kali ini
adalah berkisarkan mengenai
siapakah lebih memahami wanita?

Jika anda sebagai wanita
dirundung suatu masalah
adakah kawan wanita lebih memahami anda
atau adakah lelaki jauh lebih memahami
rasanya persoalan ini sukar nak dijawab
sebab setiap orang ada jawapannya.

Siapa yang lebih memahami adalah subjektif
sebab setiap manusia itu unik.
mungkin ada lelaki yang jauh lebih
memahami wanita berbanding wanita itu sendiri
atau mungkin wanita lebih arif mengenai
hal mereka jika dibandingkan dengan lelaki.

pada pendapat yutaka lelaki punya sedikit kelebihan
dan kelebihan pada lelaki adalah akalnya
berbanding wanita yang terkadang beremosi
jadi apabila suatu masalah menimpa wanita
seorang lelaki punya 1001 jalan terbaik
di dalam meleraikan kekusutan di jiwa

Tetapi jangan ditanya mengenai
hal-hal sulit kewanitaan kepada lelaki
kerana jawapan yang akan diterima
mungkin tidak membantu anda



Sunday, June 14, 2009

PUTUSKAH HUBUNGAN

Konbawa..

Pekaba semua? episode post kali ini
yutaka nak post mengenai
ceritera hubungan 1 keluarga terutama
sekali relationship antara anak
dengan kedua ibu bapanya

Ibu dan bapa adalah dua insan
yang perlu dihormati dan dijagai
perasaan mereka.
Ya..terkadang kita ada pendapat
dengan pendapat
yang mungkin bercanggah
mereka.
Namun itu tidak bisa menzahirkan
suatu perbuatan yang boleh
menyakiti hati mereka
samada perlakuan atau tutur bicara


Semua parents mahu yang terbaik
untuk anak-anaknya
If kita ada reason yang tersendiri
y not kita bincang baik2,
terangkan baik buruk tindakan kita
jangan sampai mengecilkan hati mereka
jangan biar mereka sedih
melihat
anak yang dijaga bersikap biadap.


Jika anda ada meninggikan suara
bagi menegakkan suatu pendapat,
apa kata anda ingat kembali
wajah mereka ketika anda meninggi suara.
Jika anda bersikap dingin,
putarkan kembali saat2 indah bersama mereka.

Perbezaan pendapat tidak bisa
memutuskan suatu hubungan suci itu

biar apa-apa pun terjadi
ikatan itu
tetap utuh sampai kiamat



TAG HARI DIMARAHI SEDUNIA



Konbawa..
tag ini sengaja direkacipta
bersempena dengan
HARI DIMARAHI sedunia



jom2 jawab soalan ini.

1.Bila anda last kena marah?
last kena marah erk? dah lama lor.
ni nak kena mention tarikh kena marah ker? huhu

2.Kena marah dengan siapa?
letakkan nama penuh dia.
kena marah dengan seorang
pegawai office yutaka

3.Apakah tindakan anda bila kena marah?
diam jela. sabar2 tp dalam hati rasa macam nak
steple je mulut die

4.apakah perkataan pertama yang kluar
selepas anda dimarahi?
"ah"

5.antara bentes kaki dan pijak kaki, mana
pilihan anda jika didapati anda tidak bersalah?
rasanya nak wat dua2 je..
tp xbaikla pulak.myb buat muka je la
tanda tak puas hati

6.rasanya bile anda kena marah,
anda akan lepaskan pada insan sekeliling?
or siput tepi pasu?or pokon daun semalu?

kalau nak marah orang, maunya kena flying kick
siput erk? cian la tengok muka dia.
daun semalu rasanya tak sempat nak marah,
sbb dah terpijak dulu.huhu

7.apakah ucapan anda kepada
orang suka marah2?
bawak2 la bersabar.
if tengah marah tu, bawak2 gigit jari tu


8. senaraikan beberapa orang yang anda
rasa boleh jawab soalan ini?
ABANG IFRIN
ADIK BONECA
ADIK ICE

LELAKI BAIK UNTUK WANITA BAIK

Konbawa..
kali ini yutaka nak bawakan
satu "isu" yang agak berat sedikit
iaitu lelaki baik untuk wanita baik

Semua lelaki mahukan wanita baik
punya akhlak mulia, soleha
yang boleh menjaga rumahtangga
If ditanya kepada lelaki "nakal"
jawapannya tetap sama
mahukan wanita yang baik2


Tetapi bagaimana pula wanita "nakal"?
siapakah yang mahu memperisterikan mereka?
adakah ada lelaki "nakal" mahu menyunting
mereka mengikut lunas2 agama?
atau adakah ada lelaki baik yang
boleh menerima dan membimbing
mereka ke jalan yang lurus?

terkadang soalan ini bermain di fikiran yutaka
masih adakah sinar bahagia untuk
mereka
jika semua lelaki mencari wanita baik?


Saturday, June 13, 2009

TERIMA KASIH KAK EIRDA

Konbawa..
Post kali ini yutaka
nak dedicate 10q yutaka
pada KAK EIRDA coz
bagi pinjam buku kat yutaka
semasa yutaka hadiri xm.

Terima Kasih Kak Eirda
May God Bless You Sis




Thursday, June 11, 2009

GELANG EMAS KU BERHARGA RM 5000

Wanita A : Kak, berapa karat gelang akak tu? 5 atau 10 karat?
Wanita B : Tak mainlah karat-karat nih.Nak aku bagitau harganya berapa?
Wanita A : Takpelah.
Wanita B : harga dia RM 5K. Diulangi RM 5K dari Habib Jewel.

Konbawa..

perbualan di atas merupakan
perbualan yang yutaka dengar
secara tidak sengaja.

Anda tahu apa itu berlagak aka show off
wanita B di atas memang terkenal
dengan sikap show off die di office

Yutaka malas nak dengar
if dia ni berbual2..
bukan dengki or iri hati
cuma yutaka sudah muak
dengan perkataan berbau berlagak wanita tesebut.

Memang tidak dinafikan
wujudnya kehadiran manusia
bersikap sebegini
di mana tidak lengkap rasanya if
berborak tanpa meninggi diri

if anda mempunyai harta
ringankan tangan bantulah si papa kedana
walau seketul roti disua
nescaya anda diiringi oleh doa bahagia

TERLANJUR CINTA

Konbawa..

Terlanjur cinta merupakan lagu yang
sangat puitis bait-baitnya.
yutaka bukan nak ceritakan
mengenai kandung isinya,
tp mengenai taksubnya cinta

taksub boleh difahami sebagai terlalu obses
jika kita terlalu taksub pada cinta,
kita sanggup berbuat apa sahaja
untuk menjaga orang yang kita cintai

Di antara kelakuan ketaksuban cinta
adalah
seperti cemburu sekiranya orang yang dicintai
memakai warna baju yang sama dengan
rakan baiknya (berlainan jantina) secara kebetulan
atau mungkin berjumpa dengan rakan baik
bertanyakan mengenai hal keakraban walaupun
rakan baik itu sudah berkahwin dan punya anak.


Tapi pernahkah kita terfikir
adakah orang yang kita cintai
senang dengan kelakuan taksub cinta itu?

Secara positifnya, ketaksuban cinta ini
menunjukkan bahawa rasa mendalamnya
cinta di hati.

secara negatifnya, pasangan akan berasa
sangat rimas dan menunjukkan bahawa
kurang kepercayaan terhadap
utuhnya kesetiaan.

Wednesday, June 10, 2009

BERLAKU BAIK DISANGKA SKANDAL


Konbawa..

Pekaba? lama tak post something
di dalam blog nih. kali ini yutaka
kisahkan mengenai skandal.

Wah..bila cerita bab skandal ini
ramai yang agak menggemarinya.huhu
tapi untuk kali ni yutaka
nak kisahkan pada kalian mengenai
kisah yutaka sendiri

Yutaka suka berbaik dengan orang
tak suka cari pasal, n tak suka bermusuh
tapi nampaknya kebaikkan yutaka
tidak disenangi oleh sesetengah
komuniti office yutaka


Sebab apa? mungkin secara kebetulan
yutaka baik dengan seorang office mate
so yutaka di skandalkan dengan wanita itu.
wah2 tak baik lor..sebab yutaka tolong ikhlas lor.

tp itulah harga yang kadang2 perlu dibayar
sekiranya kita berbuat baik kepada orang
nak2 berbuat baik dengan lain jantina
walaupun kebaikkan yutaka ini disensasikan
yutaka tak pernah jemu untuk ikhlas membantu

Sunday, June 7, 2009

TUDUNG DAN HAND BAG?

Konbawa..

Post kali ini lebih membincangkan
mengenai hal kewanitaan dari
perspektif mata lelaki.

Di antara tudung dan hand bag
mana yang lebih wajar dibeli?


bagi yutaka, rasanya tudung
wajar dibeli oleh setiap wanita.
Kenapa ya?

Pertamanya, adalah ia adalah tuntutan agama
asalkan ianya dapat menutupi
kehormatan seseorang wanita

Keduanya, tudung boleh disesuaikan dengan
pelbagai baju dan boleh dipakai dengan lebih lama

Ketiga, hand bag dan tudung berbeza kuantiti
dan saiznya. Rasanya banyak tudung adalah
bersamaan dengan 1 hand bag. So if hand bag
terlalu banyak dibeli, ruang di dalam
almari akan penuh.

Ini adalah pandangan yutaka.
terpulang kepada setiap wanita itu
memilih mana yang sesuai.
yang penting tengok situasi,
tengok budget dan tengok keperluan


NEW TAG'S


Konbawa..


apa kaba? lama tak buat tag kan..
jom kita answer this tag.

1.Ape perasaan anda sekarang?
best, sebab cuti hujung minggu

2.Saya nak makan?
burger di burger king

3.Saya tak suka?
puteri virgo
cik maimong
marcelot mamat
pn chom
dylle

penyamar dalam chat box


4.Impian saya?
nak hadiahkan sebuah rumah untuk mama n papa

5.Haiwan yg saya tak suka?
segala jenis serangga. bahaya lor

6.Saya harapkan?
saya boleh menjadi kawan Tun Dr Mahathir

7.Jika boleh putarkan mase?
saya nak belajar betul2 masa time PMR dulu..



8.Saya pada 10 tahun akan datang?
time tuh saya menjadi orang yang terkaya,
terhormat dan budiman di Johor


9.Handphone saya adalah sebuah?
perkakas elektronik..jap2..nak tengok
maksud hp dalam kamus dwi bahasa


10.Kawan2 saya?
semua adalah kawan saya kecuali
orang yang saya tak suka seperti di atas

11.Pernah dikhianati?
pernah. sangat sakit hati

12.Ape yg anda hendak lakukan terhadap org yg mengkhianati anda?
rasa nak langgar je kereta dia..
huhu takde la..jahat tol.
biar jela. dunia ni kan bulat

13.Saya pernah bercinta sebanyak?
cinta? erm..

14.Saya suke pada?
seorang wanita di office saya.
tapi dia tak tahu kot


TIDAK ADA KERJA LAIN

Konbawa..

Kali ini yutaka nak post mengenai
seseorang yang tidak ada kerja lain
Jika anda perasan di dalam
blog yutaka ini ada
chat box yang diberi nama
SAY IT LOUD

ada yang menyamar
dengan menggunakan
nama yutako, yutaki, yutakak.
tak matang langsung budak ni
menyamar then tulis bukan2


mungkin penyamar ni mengalami
masalah mental or jiwa kot.
or myb die ada sikap PHD
or myb die ni dilahirkan sebagai perosak blog

Nasihat kepada penyamar2 nih..

rasanya negara kita tidak akan maju
jika ada sikap childish macam anda ni
di bumi Malaysia.

Salam.

Friday, June 5, 2009

JANGAN DISALAHKAN TAKDIR

Konbawa..

Pernah tak anda mendengar
keluh resah rakan-rakan,
or sedara mara anda
mengenai sikap anak
yang agak nakal.

Kita sering tunding jari
dan meletakkan kesalahan
ke atas bahu orang lain
sekiranya anak nakal.


Pernahkah seketika
sang ibu dan sang bapa
berfikir adakah rezeki yang diberikan
kepada
anaknya berkat dan halal?

Mari kita muhasabah diri
bagaimana kita bekerja seharian

a) adakah kita suka tuang kerja?
b) adakah kita suka berkira dengan masa bekerja?

c) adakah kita ikhlas bekerja?
d) adakah kita suka aniaya rakan semasa bekerja?

e) adakah kita suka kerja half day


Walaupun manusia bukan robot
yang punya kudrat yang terhad
namun itu bukannya alasan.
Percayalah sekiranya
rezeki anda berkat,
anda mungkin mendapat penghargaan
daripada
manusia dan Tuhan Yang Esa.


KENAPA LELAKI TIDAK SUKA?

Konbawa..

Apa khabar semua?
Yutaka nak share dengan kalian
mengenai sikap sesetengah
lelaki yang kurang peka
terhadap anaknya

Walaupun tidak semua,
namun ada kaum bapa
yang meletakkan
keseluruhan tanggungjawab
anaknya kepada isterinya


Kaum bapa agak kurang berinisiatif
untuk sama-sama
memikul tanggungjawab
melihat, menjaga, dan mendidik
anak-anaknya

rasanya tidak salah
sekiranya pihak suami
membantu meringankan
beban isterinya
di dalam soal penjagaan anak.

am i right?

Thursday, June 4, 2009

THE BEST MOMENT


Konbawa..
Semalam yutaka sangat gembira
pertama, yutaka semalam ambil cuti
yang kedua, yutaka makan bersama-sama
dengan famili yutaka..

Bukan senang nak kumpulkan
satu famili untuk makan malam.
sebab ada adik yutaka
yang masih belaja di universiti
bila dapat makan bersama
rasa best sangat2


Ada kajian mengatakan di antara
rahsia panjang umur adalah
makan bersama keluarga.
betul or tidak,
yutaka tidak pasti

Rasanya betul kot..
sebab panjang umur
boleh juga dikaitkan dengan
perasaan gembira
Bila hati gembira,
penyakit sukar nak hampiri
dan makan bersama
adalah saat paling menggembirakan.


TIME TO EAT


Konbawa..
Wassap dude..yutaka
nak post la mengenai bab makan
Semua mesti suka makan,
makan nasi, mee,
fast food, kuih muih dll.

Entah kenapa yek,
sekarang ni rasa bosan
pula nak makan banyak2.
Kadang-kadang sampai
tidak tau nak makan apa.

Mungkin sudah sampai masanya
untuk yutaka kurangkan makan
Ramadhan Al Mubarak pun hampir tiba
bagusla tuh.
kesian perut ni..asyik bekerja je..
huhu


RINDUNYA PADA KERJA

Konbawa..

Apa khabar semua? Yutaka sebenarnya
sangat rindu pada kerja yutaka yang dulu.
Rindu apa eh? Yutaka rindu
pada kesibukkan kerja dulu.

Untuk makluman semua,
yutaka sekarang ini bekerja
di tempat yang tidak berapa sibuk.
Mesti orang kata ..
"kan ke best if kerja sikit, boleh relaks"


Memangla best, kalau
sehari dua ok lagi..
ni dah hampir 6 bulan lor..
sangat2 bosan sebab
urat minda
ini tidak bekerja.

terperap sahaja, tidak digunakan.

Maybe Tuhan mahu yutaka
berehat sepuas2 nya
kerna maybe selepas ini
yutaka akan diberikan
kerja yang sangat menguji minda


Tuesday, June 2, 2009

JANGAN KHIANATI SAYA

Konbawa..
Post kali ini bukanlah
luahan hati yutaka
cuma nak share mengenai sikap
khianat
atau mengata belakang

Yutaka ada perhatikan
mengenai sikap negatif ini
di dalam office yutaka.

Apabila tengah sedap mengata
or sedap khianat orang,
tup2 ditakdirkan kena
bekerja dengan orang
yang sering dikutuk or dikhianat itu.


Kadang-kadang kelakar juga
melihat manusia yang suka kutuk2
or suka khianat orang ini
Yelah terpaksa bantu membantu
dengan orang yang mereka
paling tidak suka

Last Word To Them
PADAN MUKA

Jangan khianat orang lain,
Jangan mengata orang lain
sebab esok lusa kita
akan dikhianat or dingata



KALAU PENGANTIN ITU KITA

Konbawa

Sekarang ni adalah musim sekolah.
Ramai betul orang wat kerja kahwin
a.k.a wat majlis perkahwinan

Seronok apabila melihat rakan-rakan
mendirikan rumahtangga.
Yutaka tumpang gembira
dan mendoakan yang terbaik
untuk mereka.


Tapi ada satu je yang
tidak best apabila datang
ke majlis perkahwinan rakan
iaitu semasa makan tidak ada
siapa yang mahu melayan kita

Susah tau datang ke majlis yang
kita tidak kenal sesiapa kecuali rakan kita.
termanggu2, termenung2,
tensen lor..