Konbanwa
Hari ini yutaka ada mengambil peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Rasanya ini kali kedua yutaka mengambil peperiksaan ini. Walaupun terasa begitu malas hendak mengambilnya (kerana sering gagal dalam ujian bertulis), namun yutaka tetap akan terus mengambilnya. Bukankah usaha tangga kejayaan? Bukan berbayar pun hendak mengambil peperiksaan itu, kan?
Yutaka ada berjumpa dengan salah seorang rakan yutaka. Dia begitu terperanjat sekali berjumpa dengan yutaka. Rupanya dia tidak menyangka, yutaka punya kelulusan untuk membolehkan yutaka menduduki peperiksaan PTD. Baru yutaka tahu, dia sebenarnya begitu memandang rendah terhadap yutaka. Tidak mengapalah, bukan tidak biasa pun. Dulu rakan oversea yutaka pernah melakukan perkara yang sama. Jadi, terimalah dengan redha.
Berbalik kepada peperiksaan PTD tersebut, yutaka menjawab dengan kadar jantung yang tenang. Tidak mahu terlalu tertekan untuk berjaya. Yutaka hanya menduduki peperiksaan itu kerana Allah. Soal berjaya atau tidak, biarlah Allah tentukan. Jika ada rezeki, maka yutaka akan mendapatkan jawatan gred M-41 itu. Jika tidak ada, yutaka redha dan menganggap ada rezeki lain akan menyusul.
Sebenarnya apa yang yutaka ingin berkongsi adalah apabila kita membuat sesuatu kerana Allah, perasaan yutaka lebih tenang. Tidak tertekan dengan matlamat duniawi membuatkan yutaka sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Bukankah kita disuruh untuk bersangka baik kepada Allah? Cuba kalian mencuba nya. Semua yang dilakukan, niatlah kerana Allah. Kepuasan dalaman itu lebih dirasai.
No comments:
Post a Comment