Friday, December 16, 2011

SUDAH MENJADI SUPERSTAR..


Konbanwa

Baru semalam, yutaka dikejutkan dengan teguran ikhlas seorang teman sepejabat. Ianya lebih berkisar kepada komunikasi sosial yutaka bersama dengan seorang rakan wanita yutaka rakan sepejabat lama. Yutaka menjadi simbol gosip di sebuah jabatan yang mengatakan yutaka mempunyai hubungan istimewa dengan beliau. Wah.. yutaka sudah menjadi milik masyarakat rupanya. Terkenal betul. hehe.

Jika diikutkan yutaka mesra dengan semua teman-teman sepejabat. Tidak kira lelaki atau wanita. Tetapi mengapa yutaka dijadikan simbol gosip berita terkini di sebuah jabatan itu? Adakah kerana status yutaka seorang bujang membuatkan yutaka dilempiaskan dengan gosip-gosip liar ini? Atau mungkin kerana yutaka tidak sensitif terhadap batasan sosial?


Apabila diselidiki, rupanya mereka ternampak yutaka bertepuk tampar setelah keluar daripada kereta kawan wanita itu. Ish.. setakat ternampak situasi sebegitu sahaja membuatkan mereka beranggapan yutaka mempunyai hubungan istimewa. Bila diingat kembali, rupanya yutaka pernah menumpang kereta rakan itu untuk makan sarapan pagi. 

Jadinya, bagi mengelakkan gosip ini semakin berleluasa, yutaka disarankan untuk berkahwin secepat mungkin. Setelah difikirkan kembali, yutaka akan lebih sensitif apabila berhubungan dengan seorang teman berlainan jantina. Takut disangka mempunyai hubungan istimewa. Takut nanti, imej yutaka menjadi rosak gara-gara gosip ini. Habislah market yutaka ini. hehe. 


Monday, December 12, 2011

KENAPA RAMAI TIDAK SUKA DIA?


Konbanwa

Hari ini yutaka sengaja membawa satu situasi. Bukan hendak membuka keaiban seorang rakan tetapi tertanya mengapakah beliau tidak begitu digemari oleh individu lain. Jika diikutkan rakan yutaka ini begitu baik dengan yutaka. Tetapi sering kali yutaka menerima aduan mengenai ketaksukaan individu lain terhadapnya. Walaupun aduan itu begitu berdesing di telinga yutaka, namun yutaka tetap mahu mendengar rungutan itu

Jangan kata yutaka suka bergosip ye. Yutaka sengaja mendengar rungutan itu bagi mendengar permasalahan sebenar yang berlaku. Barulah yutaka boleh menilainya secara sepenuhnya. Dari komen-komen yang diterima, yutaka dapat kesimpulan bahawa rakan yutaka ni terlalu tidak bertolak ansur dan menggunakan bahasa yang kurang sedap didengar apabila berurusan.


Yutaka terasa ingin menceritakan hal ini kepada rakan yutaka itu, tetapi mungkin ambil masa sedikit. Sebab yutaka kena memikirkan kesan-kesan nya terhadap rakan yutaka itu. Daripada kisah ini, sebenarnya yutaka dapat mengambil sedikit pengajaran iaitu di dalam setiap urusan, kita mestilah perlu bertolak ansur, tidak perlu terlalu poyo kerana kononnya mengikut peraturan. Jika ada satu dua perkara yang remeh temeh, tidak perlulah melenting memarahi. Ringan-ringankan tangan untuk membantu orang lain.

Penggunaan bahasa yang baik perlu juga dipraktikkan. Tidak perlu menggunakan kuasa veto untuk tiket memarahi individu lain yang melakukan kesilapan. Jika ada kesilapan, tegurlah secara baik. Orang dewasa paham jika kita menegurnya secara baik. Kalau marah-marah, kelak orang akan membenci dan mendoakan keburukan untuk kita. Bukankah doa rakan-rakan itu makbul? Rezeki boleh tersekat dan bala makin mendekat. 





ADIRA - LARA LAGI



LARA LAGI

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia...


Tuesday, December 6, 2011

10 MUHARRAM ADALAH HARI ASYURA


Konbanwa

Salam sejahtera. hari ini adalah 10 Muharram di mana hari ini adalah hari Asyura. Di sunatkan berpuasa dan digalakkan bersedekah pada hari ini. Insya Allah besar ganjaran yang menanti. Bercerita mengenai Hari Asyura, yutaka sebenarnya kurang arif mengenai hal di sebalik pada Hari Asyura ini. Tetapi setelah mencari di internet, barulah yutaka tahu serba sedikit mengenainya.


mari kita lihat, banyak kisah yang berlaku pada 10 Muharram :

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat

3. Pada 10 Muharam, berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini yang selamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang ingkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari kekejaman Namrud.

5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampuninya pada 10 Muharam.


6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah mengganti Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa dari kekejaman kaum Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mukjizat tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) Allah s.w.t. tak akan memberi kepadanya pahala 10.000 malaikat.Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka akan diberi pahala 10.000 orang berhaji dan umrah dan 10.000 orang mati syahid.Sesiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah s.w.t. akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura maka seolah-olah ia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah s.a.w. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Mengikut pembacaan yutaka, yutaka akan ingin berkongsi mengenai begitu besarnya keberkatan bersedekah. Pada 10 Muharram, ada seorang kafir telah bersedekah dengan hati yang ikhlas. Allah telah memberikan syurga sebagai tempat orang kafir tersebut di alam sana. Di sini, dapat dilihat betapa besarnya ganjaran pada mereka yang bersedekah pada hari Asyura. Insya Allah.


credit to wyna95

Thursday, December 1, 2011

BILA ENGGANG MENCARI SI PIPIT



Konbanwa

Apa khabar semua? Tiba-tiba hendak mencoretkan sesuatu mengenai cerita burung² ini. Tetapi jangan kecilkan skop itu ye. Kali ini yutaka hendak menceritakan mengenai burung enggang tidak boleh seiring berterbangan dengan si pipit. Bunyi cam biasa je tajuknya, tetapi yutaka mengubah jalan ceritanya ya. Cerita ini yutaka dapatkan daripada seorang rakan yang boleh dikongsi bersama.

Apabila si LELAKI terpikat akan si WANITA itu, maka berdetiklah hatinya ingin menjadikan si WANITA itu sebagai kekasihnya. Lebih parah lagi sekiranya, si LELAKI ingin melamar si WANITA lantaran cintanya semakin menebal. si LELAKI mengambil langkah permulaan iaitu cuba menghulurkan salam perkenalan. Menggunakan orang tengah dinyatakan hasrat di hati.



si LELAKI begitu sabar menanti untuk berkawan dengan si WANITA yang digilai. Orang kata apa, kenal hati budi. Tanpa sebarang ihsan, lamaran untuk berkawan tidak diendahkan. Begitu angkuhnya si WANITA itu untuk tidak sudi berkawan dengan si LELAKI itu. Sombongnya menjadi wanita yang punya paras rupa. Untuk info, si WANITA berkenaan masih lagi solo ketika itu. Jadi tidak salah sekiranya si LELAKI itu cuba untuk menghulurkan salam perkenalan yang ikhlas.

orang tengah tidak mampu berbuat apa walaupun merasakan si LELAKI itu calon yang sesuai untuk mengubati luka ditinggalkan kekasih. si LELAKI membawa hati yang lara, Tetapi dengan kuasa ALLAH, si WANITA yang sombong itu datang ke pejabat si LELAKI itu untuk membuat sesuatu urusan. terpinga-pinga untuk mencari seseorang untuk membantunya. hanya ada si LELAKI yang dulunya pernah dihancurkan hatinya. si LELAKI tinggalkan si WANITA itu terus terpinga-pinga. 

Daripada kisah benar di atas,  usah menjadi si ENGGANG yang begitu sombong dengan si PIPIT. takut nanti bila tersungkur ke bumi, terhegeh² mencari si PIPIT yang pernah di "hina" nya dahulu. tapi percayalah apabila si ENGGANG tersungkur, si PIPIT tak kan bersimpati untuk membantunya. hidup di dunia tidak perlu sombong kerana sombong itu tidak boleh bawa ke mana-mana.