Thursday, April 28, 2011

ENCIK NOR ALAM IS DE BEST


Konbanwa

Mulai 13 May 2011, yutaka akan kehilangan seorang penyelia yang paling stylo di muka bumi ini. Yutaka mengenali ketua bahagian ini di opis yang baru. Walaupun hanya lima bulan sahaja dapat mengenali beliau, yutaka berasa sangat beruntung kerana dapat bekerja bersama-sama dengan beliau. 


Dahulunya yutaka sangat berbangga dapat bekerja bersama-sama dengan Madam Mumu di opis lama. Dan di opis yang baru, yutaka ditemukan dengan penyelia yang bagus juga yang bernama Encik Nor Alam. Kenapa yutaka kata Encik Nor Alam bagus?

a) beliau merupakan peyelia yang memahami dan mengambil tindakan bila mana seseorang pekerja menghadapi masalah kerja
b) beliau juga mengambil berat tentang kebajikan anak buahnya di mana setiap yang hak akan diperjuangkan semampu yang boleh
c) Beliau juga seorang pendengar yang baik di mana masalah peribadi pun boleh dikongsi bersama.
d) beliau seorang yang tegas tetapi penuh dengan timbang rasa di dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang penyelia
e) beliau segak di dalam pemakaian baju ke pejabat. memang sentiasa kemas sepanjang hari.

Susah bukan hendak menjadi seorang ketua seperti ciri di atas. Kerana tidak semua ketua dapat mesra seikhlas Encik Nor Alam. Semoga beliau sentiasa dirahmati oleh Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik. Jika ada umur yang panjang, yutaka ingin bekerja bersama-sama lagi dengan penyelia seperti Encik Nor Alam. Amin3x.


ketua pekerja yang lain jangan ambil hati ye
kena terima hakikat bahawa Encik Nor Alam is de best

BOZU-SAN, ARIGATO


Konbanwa

Hari ini merupakan hari yang sangat best bagi yutaka. Sebab masalah kerja yutaka diberi perhatian oleh rakan yutaka bernama Cik Bozu yang comel. Serius .. die memang comel di mata yutaka. (kalau dia dengar, mesti kembang telinganya menahan malu bila dipuji sebegitu ) haha


Jika hendak diikutkan, yutaka ada sedikit jauh hati dengan perilaku seseorang, tapi yutaka malas hendak melayan emosi jauh hati yutaka itu. Perkara kecil malas la hendak di fikirkan. Dari fikirkan sikap yang menjengkelkan itu, ada baiknya yutaka menghabiskan tulisan novel yutaka.

Cik Bozu begitu simpati dengan nasib yutaka, di mana baginya yutaka telah dianiaya. Yutaka bukan tidak mahu membalasnya, tetapi biarlah Allah yang membalasnya. Seringkali cik Bozu meminta yutaka bersabar dan terus bersabar. Terharu rasanya bila ada orang begitu mengambil berat bila diri di "aiaya". jangan risau yutaka. Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.

di sini, dengan rasa terharunya yutaka ingin mengucapkan 

TERIMA KASIH cik Bozu


teringat kata el-yan 
" ko ni tak abes-abes ada masalah, kan "

Tuesday, April 12, 2011

MERENDAH DIRI vs SEDAR DIRI


Konbanwa

pekaba semua? Baru-baru ini yutaka ada berborak kosong dengan rakan facebook yutaka mengenai jodoh. mesti bosan kan bila si bujang @ dara menceritakan mengenai ketaksampaian jodoh mereka. So yutaka mintaklah dikenalkan dengan adik beliau.

tetapi rakan yutaka ini ingin memperkenalkan yutaka dengan adik iparnya.Wah.. teruja sesangat.. ( hendak wat camne, urat gatai memang sudah semakin banyak tumbuh.. hehe ) Adik ipar rakan yutaka ingin merupakan seorang doktor. Terkesima seketika yutaka apabila rakan yutaka ingin memperkenalkan yutaka dengan seorang doktor. 

Yutaka dengan terus terang mengatakan jurang pekerjaan antara yutaka dengan adik iparnya terlalu jauh. umpama langit dengan bumi. Rakan yutaka berpesan janganlah merendah diri sangat. Sekarang jodoh tidak mengira pangkat ataupun pekerjaan. Sebenarnya yutaka bukan lah MERENDAH DIRI tetapi SEDAR DIRI. Ya.. yutaka kena la ukur baju di badan sendiri. 


Dahulunya yutaka pernah terpukul dengan isu pekerjaan ini di mana yutaka pernah dibuang hanya kerana tidak sekufu dari segi pekerjaan. Yutaka pernah berkawan dengan seseorang yang mempunyai kerjaya yang bagus. Mungkin pada matanya, hubungan yang terjalin tidak ke mana kerana yutaka tidak sekufu dari segi pendidikan dan kerjaya. Seperti kata-kata orang tua " takkan hendak bagi makan pasir kot ". 

Yutaka teringat satu kisah di mana yutaka mahu berkawan dengan seorang wanita yang berkerjaya. Walaupun status pendidikan kami sama, tetapi disebabkan gaji yang diterima oleh yutaka tidak sebesar istana, pelawaan berkawan itu ditolak dengan egonya. Seperti kata rakan yutaka, biar belaja tak pandai asalkan gaji bagus dan besar.

Makanya, apabila hendak dikenalkan dengan seorang doktor, perkataan serik sudah sebati dalam jiwa yutaka. Bukan tidak yakin tetapi yutaka kena sedar diri jurang pekerjaan kami berdua terlalu jauh. Cukuplah sudah yutaka DIHINA dek isu pekerjaan ini.  tetapi sekiranya sudah jodoh yutaka dengan wanita yang bekerjaya tinggi, yutaka tidak akan menolak. Itu pun sekiranya yutaka dapat diterima seadanya dan tidak dihina hanya kerana tidak mempunyai pekerjaan yang setara.




Wednesday, April 6, 2011

JAGAILAH IBUBAPAMU SEBELUM TERLAMBAT


Konbanwa

hai semua.. hari ini yutaka ingin menceritakan mengenai keperluan menjaga ibu bapa berbanding dengan orang lain. Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada anak-anaknya. Tidak ada seorang pon di kalangan ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya menderita. Tetapi bagaimana pula peranan yang perlu dimainkan oleh sang anak, sedangkan ibu bapa mereka sudah menjalankan peranan mereka dengan sebaiknya.

Anak-anak dimestikan untuk menjaga ibu bapanya walaupun ibu bapa mereka tidak sempurna. Ya.. mungkin ada ibu bapa yang tidak mampu menyempurnakan kehendak anak-anaknya kerana kekangan wang, masa dan ilmu. Tapi, itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menjaga ibu bapa.  Sejahat atau sebaik manapun ibu bapa, mereka tetap perlu dijaga dan dihormati


Menjaga ibu bapa yang yutaka maksudkan adalah menjaga perasaan mereka, menjaga sakit pening mereka, dan menjaga maruah mereka. Anak-anak kadangkala suka memberontak apabila kehendak mereka dirantai oleh ibu bapanya. Ada yang sanggup melawan dengan kata-kata dan perilaku apabila kehendak mereka tidak dituruti. Tetapi tidak kah anak-anak terfikir, mengapa ibu bapa mereka melarang anaknya menyempurnakan kehendak mereka? Tentunya kerana sayang. Sayang sekiranya anak-anaknya dimudaratkan oleh kehendak anaknya itu.

Menjaga sakit pening ibu bapa merupakan satu perkara yang sukar dilakukan oleh sang anak. Jika yang di perantauan, mereka tidak terlepas untuk menjalankan peranan ini. Jika tidak dapat menjaga dengan mata kepala, eloklah dijaga dengan bertanya khabar dan melawat sekiranya ada kelapangan. Anak-anak yang dekat pula, adalah tidak patut sekiranya mereka tidak mempedulikan sakit pening orang tua nya. Ibu bapa bukan hendak duit berjuta, cukuplah sekadar menjaga sakit pening mereka di hari tua.


Menjaga maruah ibu bapa juga adalah perkara terutama sekali untuk dilaksanakan. Cubalah menjadi anak yang pandai menjaga air muka ibu bapa nya dengan tidak melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang, agama dan tatasusila manusia. Biarlah tidak bijak dari segi pelajaran asalkan bijak di dalam menjaga maruah ibu bapa mereka. tetapi sekiranya anak-anak bijak di dalam pelajaran dan ditambah dengan perilaku yang terpuji, sudah tentu ibu bapa mereka tersenyum bangga.

Satu hal yang mungkin sering anak-anak lupa iaitu lalai di dalam menjaga ibu bapa mereka. Mereka sibuk untuk mencari keseronokan dunia tanpa menghiraukan penjagaan ibu bapa nya di rumah. Selagi ibu bapa anda semua ada, jagailah mereka sebaik mungkin. Jangan sesekali melukakan hati ibu bapa kita, kerana takut tidak sempat untuk mengucup tangan dan melafazkan maaf kepada mereka.