Friday, August 27, 2010

MERENDAH DIRI WALAUPUN TINGGI DARJATNYA


Konbanwa

Menjadi sifat manusia yang suka disanjungi dan meninggi diri. Sikap ini terlahir di atas egonya memiliki sedikit kurniaan Allah samada material atau non-material. Ada salah tanggapan yang menyatakan merendah diri ini tidak perlu. Apa kes mau merendah diri walaupun darjat kita tinggi setinggi awan di langit?

Adakah sikap merendah diri ini dikuasai oleh insan yang berstatus rendah sahaja? Nama pun merendah diri. Pastinya hanya tuk orang yang bersatus rendah. Itu merupakan satu tanggapan yang sangat salah. Kerana siapa kita untuk menilai tahap ketinggian atau kerendahan diri kita dan orang lain. Hanya Allah yang bisa menilainya.


Merendah diri ini bukanlah satu perkara yang hina. Tidak salah jika kita berbuat dan berperilaku begitu, tetapi biarlah bertempat. Jangan asyik merendah diri sahaja, sebab ditakuti sikap itu akan dieksploitasikan oleh insan lain. Lagi-lagi bagi insan yang suka mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan insan lain.

Merendah diri juga bukan menggambarkan kita tidak berkeyakinan di dalam sesuatu perkara. Kita yakin tetapi tidak suka menunjuk², itulah yang disukai oleh Pencipta dan makhluk lain di muka bumi ini. Itu lebih baik daripada kita bercakap besar tetapi habuk pon tiada. Orang kata cakap yeye kelapa, tapi hampas..

Yutaka lebih suka mengambil pendekatan berkata  

“ Jangan lah terlalu memuji, saya hanya manusia biasa sahaja “

Ini bagi mengelakkan yutaka berasa besar diri, berhidung tinggi dan berjalan seperti merak kayangan. Lagipun yutaka sedar yutaka hanya seorang peminjam sahaja. Iaitu peminjam kurniaan Allah tuk seketika sahaja. Sampai masa, di ambil kembali olehNya.


No comments: