Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN IBU


Konbanwa

Tanggal 31 Ogos 2010 merupakan hari kemerdekaan negara Malaysia. Di hari itu, yutaka berkesempatan untuk mewakili jabatan yutaka menghadiri majlis perhimpunan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri di Kluang, Johor. Tetapi tuk post kali ini, yutaka tidak mahu menceritakan mengenai merdeka, tetapi mengenai ibu yutaka yang menyambut hari ulangtahun kelahirannya pada hari ini.

Yutaka sangat berbangga mempunyai seorang ibu yang lahir ke bumi sama dengan tarikh negara Malaysia mencapai kemerdekaan. Ibu yutaka memang sangat istimewa bagi yutaka kerana selain bapa yutaka, ibu yutaka telah memberikan penghidupan kepada yutaka di dunia ini. Yutaka pernah berkata dengan teman rapat tp mesra yutaka bahawa orang yang terpenting dalam dunia ini adalah ibu dan bapa dan bukannya dia.


SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN 

itulah ucapan yang yutaka berikan kepada ibu yutaka. Yutaka sentiasa mendoakan agar ibu yutaka diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur tuk yutaka membalas jasanya sebanyak yang mungkin, dikurniakan keluarga  dan rumahtangga yang bahagia. 

Sebenarnya banyak perancangan telah dirancang tuk membahagiakan ibu yutaka. Di antaranya adalah hendak memberikan seorang menantu yang baik dan cucu yang soleh. Tetapi perancangan itu belum tertunai lagi kerana anaknya ini masih belum menemui seorang gadis yang sangat sesuai tuk dijadikan isteri. Ada juga ditanyakan hal ini, tetapi yutaka hanya berserah kepada Allah. Tidak mahu tergesa-gesa untuk mencari pasangan hidup walaupun sudah berkali-kali cinta ini tidak kesampaian.. hehe.. 

Sebelum yutaka menokhtahkan post ini, yutaka ini menyatakan di sini bahawa yutaka sangat sayang kepada ibu yutaka sampai bila-bila. Yutaka akan cuba penuhi impian ibu yutaka secepat yang mungkin. Moga hasrat yutaka ini akan diberkati dah dirahmati oleh Allah. Amin3x


Friday, August 27, 2010

BAGUS SANGATKAH DIA edisi BERDEBAT


Konbanwa

Berdebat merupakan satu perilaku membicarakan mengenai sesuatu perkara berlandaskan kepada idealogi masing-masing di antara dua orang atau lebih. Perdebatan kadangkala membawa kepada kebaikan di mana diharapkan di akhir perdebatan akan timbul suatu penyelesaian yang konkrit. Yutaka pun suka berdebat, tapi bukanlah pendebat yang hebat.

Kadangkala bila kita melihat orang yang suka berdebat ni, akan timbul satu persoalan bagus sangatkah dia. Berbicara mengalahkan pendebat hebat, bila bicara memang tak mau kalah. Perdebatan ini kadangkala boleh menyebabkan orang tidak senang atau menyampah.


Menyampahnya seseorang itu semakin membara apabila pendebat menyerang idealogi, perihal politik, minat, dan kesukaan seseorang. Kononnya mahu mengubah persepsi atau pemahaman seseorang menyebabkan pendebat secara sombongnya cuba mengubahnya secara under dot. Berdebat dengan cara menyerang idea bukanlah sesuatu yang bagus dilakukan. Ini kerana kita tidak menghormati idea dan pemahaman orang lain.

Ini kerana tidak semua boleh berfikir secara sama dan melalui pengalaman hidup yang sama. Paling sensitif adalah apabila pendebat mendebatkan mengenai parti politik yang dipilih. Dengan mengatakan parti itu salah, tidak betul dan silap membuatkan orang lagi menyampah. Silap-silap boleh membawa pergaduhan dan perang saudara.

Sekiranya kita hendak berdebat sangat, kita boleh jadi peguam. Itu baru professional kerana kita berdebat berdasarkan fakta dan bukti yang nyata. Tetapi jika kita hanya berdebat di kedai kopi dengan berbicara itu ini tanpa bukti yang kukuh boleh menyebabkan kita dibenci atau tidak disenangi oleh orang lain. Jika mahu berdebat sekalipun, kita hendaklah hormati pendapat dan idea orang lain. Kira win-win situation, baru menarik perdebatan itu.




MERENDAH DIRI WALAUPUN TINGGI DARJATNYA


Konbanwa

Menjadi sifat manusia yang suka disanjungi dan meninggi diri. Sikap ini terlahir di atas egonya memiliki sedikit kurniaan Allah samada material atau non-material. Ada salah tanggapan yang menyatakan merendah diri ini tidak perlu. Apa kes mau merendah diri walaupun darjat kita tinggi setinggi awan di langit?

Adakah sikap merendah diri ini dikuasai oleh insan yang berstatus rendah sahaja? Nama pun merendah diri. Pastinya hanya tuk orang yang bersatus rendah. Itu merupakan satu tanggapan yang sangat salah. Kerana siapa kita untuk menilai tahap ketinggian atau kerendahan diri kita dan orang lain. Hanya Allah yang bisa menilainya.


Merendah diri ini bukanlah satu perkara yang hina. Tidak salah jika kita berbuat dan berperilaku begitu, tetapi biarlah bertempat. Jangan asyik merendah diri sahaja, sebab ditakuti sikap itu akan dieksploitasikan oleh insan lain. Lagi-lagi bagi insan yang suka mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan insan lain.

Merendah diri juga bukan menggambarkan kita tidak berkeyakinan di dalam sesuatu perkara. Kita yakin tetapi tidak suka menunjuk², itulah yang disukai oleh Pencipta dan makhluk lain di muka bumi ini. Itu lebih baik daripada kita bercakap besar tetapi habuk pon tiada. Orang kata cakap yeye kelapa, tapi hampas..

Yutaka lebih suka mengambil pendekatan berkata  

“ Jangan lah terlalu memuji, saya hanya manusia biasa sahaja “

Ini bagi mengelakkan yutaka berasa besar diri, berhidung tinggi dan berjalan seperti merak kayangan. Lagipun yutaka sedar yutaka hanya seorang peminjam sahaja. Iaitu peminjam kurniaan Allah tuk seketika sahaja. Sampai masa, di ambil kembali olehNya.


Thursday, August 26, 2010

KERANA MULUT , HATI TERLUKA

Konbanwa
Baru-baru ini yutaka ada bermain laman social Facebook. Memang sudah menjadi hobi, tangan ni memang gatal memberi komen kepada kawan-kawan yang lain. Ada komen berunsur nasihat, sindiran tajam dan ada yang komen bertanyakan khabar. Kira main komen sahaja, entah kenal atau tidak. Yang penting komen.. haha

Baru-baru ini yutaka ada membuat komen ke atas wall rakan sekolah yutaka. Wall rakan tersebut itu ada tertulis mengenai perasaannya yang rindu akan arwah ibu ayahnya yang telah kembali menemui sang Pencipta beberapa tahun yang lalu. Jadinya sebagai seorang yang suka komen, makanya yutaka pon komen sebegeni 
 

“Jadilah anak yang soleh. Insya Allah boleh meringankan seksaan ibu ayah di sana”

Niat yutaka komen itu adalah ikhlas di mana menyeru rakan baik yutaka tuk beramal soleh yang boleh mendoakan kesejahteraan arwah ibu bapanya. Mungkin kerana tersilap melontarkan ayat “meringankan seksaan” menyebabkan rakan yutaka agak marah. Rakan yutaka bertanya bagaimana yutaka tau ibu bapanya terseksa. Mungkin pada tanggapan rakan yutaka, yutaka mengatakan ibu ayahnya banyak melakukan dosa kot di masa lalu.

Itulah saya, manusia yang khilaf dalam berkata-kata walaupun tiada niat tuk melukai hati. Yutaka dengan rendah diri menyatakan maaf kepadanya. Selepas ini yutaka akan lebih berhati-hati dalam memberikan komen. Kerana yutaka tau kata-kata lebih pedih daripada pisau. Moralnya di sini adalah jangan kerana mulut, kita akan dibenci oleh manusia.