Konbawa..
Sebenarnya yutaka baru sahaja nak post
mengenai puisi yutaka yang baru diilhamkan
pada tengah hari tadi..
Puisi itu adalah diciptakan untuk
opismet yutaka bernama
HERDAWATY BINTI YUSOF
alamaks..terlambat seminit..
apabila puisi itu sudah dimasukkan
di dalam buku muka aka facebook
tapi tidak mengapa, yutaka nak
berkongsi dengan kalian semua
PUISI UNTUK SI DIA
Tertulis kita berjumpa di sana
Tersurat juga kita boleh bicara
Boleh menjadi peneman di kala duka
Zahirkan rasa melalui kata-kata
Sepertinya ku terlupa sesuatu
Hari bahagia yang begitu ditunggu
Lahirnya insan dari perut sang ibu
Gembirakan si ayah di sudut kalbu
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN
HERDAWATY BINTI YUSOF
Moga kamu dilimpahi seribu ceria
Disempurnakan impianmu yang berjuta
Dikelilingi kamu dengan peneman jiwa
Dikurniakan kamu dengan keluarga bahagia
Walau jauh daku di sisi kamu
Doa ku sentiasa di hantar ke langit biru
Moga Penciptamu jagai perjalanan hidupmu
Dikuatkan iman harungi ujian beribu
from ur little bro
yutaka takenouchi
No comments:
Post a Comment