Friday, November 20, 2009

ANAK EXAM, IBU BERPUASA


Konbawa..

Minggu ini adalah minggu keluarnya
keputusan peperiksaan besar
wah..ramai yang bergembira
di atas kejayaan masing²

kali ini yutaka nak bawalah satu
senario iaitu berpuasanya sang ibu
sempena anaknya menghadapi
peperiksaan besar..
kalau sebulan, sebulanlah berpuasa



secara peribadinya yutaka tidak faham
mengapa situasi ini menjadi seakan
amalan di kalangan sang ibu
yutaka nak tahu juga dalil nakli dan aklinya
dan camne yek niat berpuasanya..


kalau mahu mendoakan kejayaan anaknya
rasanya solat hajat dan solat tahajjud
itu lebih afdal dan lebih dituntut..
memang agak sukar nak buat,
tapi fadilatnya memang banyak..


No comments: