Monday, November 30, 2009

PUISI UNTUK SI DIA


Konbawa..

Sebenarnya yutaka baru sahaja nak post
mengenai puisi yutaka yang baru diilhamkan
pada tengah hari tadi..
Puisi itu adalah diciptakan untuk
opismet yutaka bernama
HERDAWATY BINTI YUSOF

alamaks..terlambat seminit..
apabila puisi itu sudah dimasukkan 
di dalam buku muka aka facebook
tapi tidak mengapa, yutaka nak
berkongsi dengan kalian semua



PUISI UNTUK SI DIA

Tertulis kita berjumpa di sana
Tersurat juga kita boleh bicara
Boleh menjadi peneman di kala duka
Zahirkan rasa melalui kata-kata

Sepertinya ku terlupa sesuatu
Hari bahagia yang begitu ditunggu
Lahirnya insan dari perut sang ibu
Gembirakan si ayah di sudut kalbu

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN
HERDAWATY BINTI YUSOF

Moga kamu dilimpahi seribu ceria
Disempurnakan impianmu yang berjuta
Dikelilingi kamu dengan peneman jiwa
Dikurniakan kamu dengan keluarga bahagia

Walau jauh daku di sisi kamu
Doa ku sentiasa di hantar ke langit biru
Moga Penciptamu jagai perjalanan hidupmu
Dikuatkan iman harungi ujian beribu

from ur little bro
yutaka takenouchi

Friday, November 27, 2009

PICTURE OF THE WEEK



Note : My Nephew Reffa Rafhana

Wednesday, November 25, 2009

TANYA PUN KENA MARAH ...


Konbawa..

Kali ini yutaka nak bawakan mengenai
sikap rakan yang yutaka tak faham
di mana emosinya sering tak menentu
lagi-lagi bila melibatkan suatu pertanyaan

terkadang yutaka suka bertanya padanya
dan sejak² ini pantang ditanya
mesti kena marah dan dihamun sesuka hatinya
terfikir juga..SALAHKAH BERTANYA?

Bila yutaka tegur mengenai emosinya
yutaka dihamburkan dengan ayat
" Jangan kata orang, cerminlah diri sendiri "
aiks.. kena marah pula..ish2..

Yutaka pun tidak sebaik malaikat
langkah berjalan pun tidak selalu lurus
tapi sebagai rakan, yutaka tidak mau
dia berperilaku sebegitu yang boleh
mengguriskan dan mencalarkan sikap
hormat rakan-rakan di sekelilingnya

Bila selalu dimarahi olehnya
yutaka teringat satu kata-kata
" jangan sesekali menyalahkan kesilapan
diri sendiri kepada orang lain,
kerana orang yang tidak mengakui
kelemahan diri sukar untuk berjaya "



SABAR ... SAMPAI BILA?


Konbawa..

Untuk kesinambungan daripada post yang lepas
di mana disentuh mengenai keluh kesah manusia
dan langkah untuk merawatnya adalah SABAR
tapi sampai bila hendak bersabar?

Cuba kita fikirkan sejenak
setiap yang berlaku itu tetap akan berlaku
Jika anda sabar, anda akan dapat ganjaran pahala
Jika tidak sabar, berdosalah kita kepadaNya

Kenapa kita mesti melawan sikap keluh resah?
keluh resah ini umpama virus berbahaya yang mana
akan membuatkan kita tidak bersemangat,
kecewa dan berputus asa..
dan paling ditakuti, kita akan menyalahkan
takdir atas semua yang berlaku

yutaka pinjam tulisan Dr Fadzilah Kamsah
" Hidup ini ibarat meniti seutas tali,
kadangkala kita jatuh sakit dan terluka.
hanya mereka yang melepasi ujian
dengan sabar pasti berjaya "




kesabaran itu penting di dalam 
kita menempuhi ujian dari Pencipta
Jika anda berjaya bersabar,
kejayaan dan kegembiraan kan diperolehi





MENGELUH .. ADUH..


Konbawa..

Kali ini yutaka nak kisahkan mengenai
seorang rakan yutaka yang sering
mengeluh terhadap beberapa perkara
yang berlaku di tempat kerjanya

Dari segi pembahagian kerja sampailah
ke sikap beberapa rakan setugas
Dibicarakan satu persatu sehingga habis
yutaka hanya tersenyum mendengarnya



kadangkala kita berasa tidak adil
dengan rezeki yang dinikmati oleh orang lain
di mana kita seringkali tidak berpeluang
untuk merasai rezeki yang sama
Apabila situasi ini terjadi, hati mula panas
bila sedang panas, syaitan tanpa menunggu,
jalankan misi untuk menyesatkan manusia

Paling menyedihkan adalah apabila
hati sedang membengkak menahan amarah
kita akan mula mengata umpat dan
mula menyebarluaskan kepada rakan-rakan lain
hati sakit, kerana sikap iri dan dosa umpatan

Pandangan yutaka, sikap negatif ini
masih boleh dibendung dan dirawat..
ubatnya adalah sentiasa SABAR
dan tidak terlalu melayan sangat
kehendak hati yang tidak pernah berasa puas



Sunday, November 22, 2009

PICTURE OF THE WEEK




Note : Birthday Cake my younger brother

Friday, November 20, 2009

ANAK EXAM, IBU BERPUASA


Konbawa..

Minggu ini adalah minggu keluarnya
keputusan peperiksaan besar
wah..ramai yang bergembira
di atas kejayaan masing²

kali ini yutaka nak bawalah satu
senario iaitu berpuasanya sang ibu
sempena anaknya menghadapi
peperiksaan besar..
kalau sebulan, sebulanlah berpuasa



secara peribadinya yutaka tidak faham
mengapa situasi ini menjadi seakan
amalan di kalangan sang ibu
yutaka nak tahu juga dalil nakli dan aklinya
dan camne yek niat berpuasanya..


kalau mahu mendoakan kejayaan anaknya
rasanya solat hajat dan solat tahajjud
itu lebih afdal dan lebih dituntut..
memang agak sukar nak buat,
tapi fadilatnya memang banyak..


Thursday, November 19, 2009

YOU ARE DISQUALIFIED.. I'M SORRY


Konbawa..

Di dalam mencari sebuah
perhubungan yang tulus suci
kita janganlah terlalu gopoh
di dalam menerima seseorang

bagi yutaka, yutaka lebih
suka buat ujian saringan..
cewah2..dah macam minta kerja pula
tapi itu yang yutaka buatlah



yutaka ada mengenali seorang wanita
niat di hati ingin berkenalan la
ok..berkenalan juga..tp dalam masa
sama yutaka ada wat ujian saringan
wanita ini tidak mengenali yutaka
jadi makin senanglah yutaka nak scan

yutaka saja nak uji keikhlasannya
bukan niat nak menipu, tapi yutaka
katakan padanya yang yutaka
tidak kacak, badan berisi gile2, 
berpakaian selekeh ke pejabat.

selepas itu, yutaka lihat hasil ujian itu
the result is she failed the test..
sebab apa? semenjak dari itu
yutaka tidak dilayan lagi..
mungkin sebab kehodohan yang
dimomokkan padanya membuatkan
wanita itu berfikir 1 juta kali

KU GAGAL SEKALI LAGI


Konbawa

Hari ini yutaka cuti rehat
banyak benda nak diuruskan
salah satunya adalah menguruskan
"si dia" yang tersayang..huhu

sebenarnya yutaka ada memohon
jawatan di LPPKN, tunggu juga la
bila la mereka nak panggil temuduga..
dan hari inilah penantian itu berakhir
bila yutaka call LPPKN, mereka kata
urusan temuduga dah lama berakhir..



erm..GAGAL LAGI
bohong la if yutaka tidak sedih
tp tidak mengapa lah, mungkin
bukan rezeki yutaka kali ini
yutaka kena kembali bersemangat
dan terus berjuang untuk mendapatkan
pekerjaan yang lebih baik

penting bagi yutaka untuk
pertingkatkan kualiti diri ini
mungkin dari segi pemikiran @ ilmu
@ kemahiran komunikasi


Monday, November 16, 2009

LUKISAN HATI part 2


Konbawa

Puisi sebelum ini tidak habis lagi..
Masih ada sambungan lagi..hehe
Sudi² membaca yek..

HADIRMU DI KAMAR LENAKU

Tika tidurku diulit nyanyian purnama
Dipuisikan aku dengan madah cinta
Hadirnya kamu di kamar lena
Senyum tawa ku terukir di alam nyata


Ku lihat kamu disatukan di situ
Tanpa aku sedari tertewasnya aku
Tidak bisa aku memiliki kamu
Kerna terlepas melamar cinta di kalbu


Harapan berjuta tinggal kenangan
Ku cinta kamu tidak sempat diucapkan
Ku hanya bisa diam di kamar kedukaan
Doakan dirimu itu ditemani kebahagiaan


Dijodohkan kamu hanya mainan mimpi
Terasa kurangnya beban di laman hati
Adakah ini satu petanda dari Illahi
Mahu ditawannya puteri idaman di sanubari




LUKISAN HATI part 1


Konbawa..

Actually kali ini yutaka tak mau
cerita mengenai apa-apa..
cuma nak kongsi puisi dengan
kalian semua..

JIKA AKU KEKASIHMU

Bukan ku tak mencintai kamu
Bukan pula ku tak merindui dirimu
Tetapi seakan hati tidak merestui aku
Sampaikan salam kasih terus ke kalbumu


Bertanya bibir lain kepada aku
Sampai bila harus ku menunggu
Tawan sang cinta di sudut kamar kalbu
Mungkin sepi dirundung sejuta pilu


Ada bisikan sampai ke halwa
Tidak perlu aku terus menyinta
Kerna egomu seteguh karang di sana
Tak pernah berikan secebis harapan cuma


Ingatan ingin lupai lakaran wajahmu
hati pula masih cintai kamu di situ
Telagah mereka mahu keputusan nan satu
Adakah perlu ku terus cintai diri kamu?



Saturday, November 14, 2009

BANTULAH ORANG LAIN


Konbawa..

Bercakap mengenai bantu membantu ini
yutaka nak bawakan satu kisah
yang menimpa yutaka yang
begitu terkesan di dalam diri ini..

sebelum yutaka menjawat jawatan
sekarang ini, yutaka pernah bekerja
di sebuah jabatan kerajaan
kalau diikutkan yutaka boleh mendapat
ganjaran di atas lamanya yutaka berkhidmat

disebabkan kesilapan teknikal di dalam
penulisan surat berhenti, yutaka
tidak berhak mendapat ganjaran tersebut
puas dirayu kepada bahagian gaji iaitu
En Hamberi, namun dihatinya tidak
ada timbul rasa kasihan kepada yutaka



kalau dikira², ganjaran berbentuk wang itu
boleh dikatakan di dalam RM500++
tetapi disebabkan di dalam penulisan
surat berhenti itu tidak tertulis
"meletak jawatan dan melepas dengan izin"
terus tidak dapat ganjaran itu.

ralat juga lah dengan sikap berkira En Hamberi
tak luak pun jika hendak membantu yutaka
tapi hendak buat macam mana kan,
mungkin itu bukan rezeki yutaka



Thursday, November 12, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO MY LAST BRO


Konbawa..

At the last birthday in the year
my last bro akan menyambut
hari ulangtahunnya pada hari esok
iaitu jumaat 13 nov 2009..

SELAMAT MENYAMBUT BIRTHDAY 
MY LOVELY LITTLE BRO
mohamad faiz bin ibrahim

well bro, ingat pesan abangmu ini
dirimu dah menginjak dewasa
so berfikirlah secara dewasa,
cintailah your own family
family is the priority

moga kamu cepat besar,
dipanjangkan umur, ditambahkan rezeki,
dimatangkan fikiran, dikurniakan
famili yang bahagia selamanya.



Wednesday, November 11, 2009

BEKERJA LAH SELAGI TERDAYA



Konbawa..

Bekerja itu satu ibadah selagi kita
bekerja dengan ikhlas dan halal..
tidak semua kita boleh bekerja
dengan laju dan pantas

Jika kita tidak boleh bekerja
sepantas kilat, kita mesti pandai
mencari masa untuk menyempurnakan
tugas yang diberi kepada kita
seperti buat kerja lebih masa or
datang lebih awal dan pulang lewat sedikit



Jika tidak sempat juga, kita bolehlah
berbincang dengan bos 
minta pendapat bos bagaimana hendak
selesaikan tugas yang tertunggak
janganlah kita bermalas²an
kerana kerja itu satu amanah

yang paling penting, janganlah kita
sengaja melengahkan kerja untuk
buat kerja lebih masa..
kerana apa? kerana kita tidak jujur
dengan rezeki Allah..







APABILA SI DIA MENJADI REBUTAN..




Konbawa

Baru sekejap tadi yutaka melayari facebook,
terjumpalah kawan² lama, lamanya adalah
semasa yutaka dibangku sekolah rendah lagi
dalam dok² view tu, yutaka ternampak
seorang lelaki bernama K

kelakar sungguh apabila mengingatkan
kisah bersama dengannya, kisah itu
adalah mengenai kisah perebutan
seorang wanita berwajah ala-ala arab

sebenarnya kedua² lelaki ini
cuba mengatur strategi
untuk menawan hati puteri pujaan hati
tapi yang tak boleh tahan tu,
K menggunakan taktir kotor

habis dikutuknya yutaka
dihadapan wanita itu,
kata yutaka inilah itulah, macam².
as a gentlemen, yutaka tak balas
apa yang dia buat..just wait n see

terkadang terfikir, ada juga
lelaki yang menggunakan helah kotor
untuk memenangi hati pujaan hati
iaitu dengan memburukkan pesaingnya
pe dah, xgentle betul..


Tuesday, November 10, 2009

SIAPAKAH KITA?


Konbawa..

Apa khabar semua? yutaka sebenarnya
ada bertanya pada diri yutaka sendiri
"siapakah aku"..

kadangkala yutaka sangat
memikirkan mengenai kelemahan
yutaka sebagai hambaNya
bila fikirkan hal itu,
mulalah terasa rendah diri,
tidak yakin pada diri, xmacho..

sebenarnya yutaka tidak
menghiraukan kelebihan yutaka
yelah kadangkala terasa kejam
pula pada kelebihan kurniaan Illahi ini
bila fikir2 kembali,
yutaka patut kembangkan kelebihan itu
sentiasa positif dan yakin akan kelebihan itu

mengenai kelemahan yutaka itu
yutaka akan perbaikinya sedikit²
yang penting ada kekuatan minda dan hati
untuk perbaikinya..
jangan terlalu fikirkan kelemahan anda
kerana takut kelebihan tersembunyi
terus bersembunyi tanpa dipedulikan






Monday, November 9, 2009

SELAMAT HARI LAHIR ABANGKU


Konbawa

Sembilan 11 Sembilan Belas 80 merupakan
hari kelahiran abang yutaka,
xsangka pula, abangku ini sudah
menginjak dewasa yek..

Di saat jari jemari menyentuh keyboard ini,
yutaka baru sahaja meraikan birthday
abang yutaka di  Pizza Hut (tempat fav beliau)
bersama adik dan parents yutaka

So as the second one, yutaka
nak mengucapkan sesuatu kepada
my elder bro ini..

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
mohd fadzli bin ibrahim

doa adikmu ini sentiasa
mengiringi perjalanan hidupmu itu :

a) moga dipanjangkan umur
b) ditambahkan rezeki
 c) moga yutaka cepat mendapat akak ipar
d) moga bisnes makin kencang
e) moga hamstermu sentiasa sihat dan ceria




Friday, November 6, 2009

MENTALITI ENCIK MOTOR


Konbawa

Motor merupakan sejenis kenderaan dua roda
yang kadar kemalangannya adalah sangat tinggi
walaupun banyak kempen²
di "gegar" kan oleh pihak berkuasa
namun kadar itu masih lagi tinggi

untuk itu yutaka nak kisahkan
mengenai pendapat yutaka mengenai
satu kebarangkalian sebab
yang mengakibatkan encik motor
ini kemalangan. ianya adalah
mengenai mentaliti encik motor itu sendiri

selalunya bila yutaka drive
encik motor² ini selalu berada di tengah²
wah2..tunggang seperti makan angin
biasanya encik² kereta ini mula
merungut dan kadangkala memaki

lagi satu situasi adalah
bila nak men "cilok", ikut suka je..
tanpa melihat cermin sisi dan
tanpa memberikan isyarat.

sekiranya mentaliti encik motor
tidak pernah berubah iaitu
menunggang ikut suka hati die sahaja,
kadar kemalangan yang
melibatkan penunggang motorsikal
ini tidak berkurangan.



Wednesday, November 4, 2009

BOLEHKAH CINTAKU DIBELI SANG DUIT?


Konbawa

Duit atau wang merupakan satu
perkara yang sangat digemari oleh
setiap makhluk bergelar manusia
Siapa tidak mahu duit?

Cinta seringkali menjadi mangsa
godaan sang duit ini..
Lagi² wanita, pantang di beri "rasuah"
terus jatuh cinta kepada
sang lelaki berharta

Tetapi adakah berkekalan cintanya itu?
bolehkah duit membeli kebahagiaan hakiki?
bagaimana pula sang lelaki yang
kaya dengan pekerti tp kurang berharta?

jika anda bercinta dengan duit
anda menempah keranda kedukaan
tetapi jika anda bercinta dengan hati
insya Allah anda bahagia selama²nya.



jangan risau, rezeki itu ada di mana



LATIHAN aka KURSUS


Konbawa

Latihan @ kursus merupakan satu
perkara yang banyak faedahnya
jika seseorang menghadirinya

Bila sebut sahaja kena berkursus
ada yang mengeluh, ada yang suka
tapi banyak yang mengeluh
sebab apa? sebab jauh,
dan membuang masa bile hadirinya



tp selalunya kursus diberikan kepada
orang yang tak mo berkursus
berbanding dengan orang yang
mahu berkembang melalui kursus
seringkali disisihkan

sekarang ini siap dengan buku latihan
setiap pekerja kena tulis kursus apa yang dihadiri
erm..hampeh..satu kursus pun tiada
macam mana kerjaya mahu berkembang
jika asyik duduk ofis buat kerja yang rutin?

TAKZIAH UNTUK SHA..


Konbawa..

Hari ini adalah hari yang sedih bagi yutaka
kerana kawan yutaka, SHA baru sahaja
kehilangan ayah tercintanya di pagi hari

tak sempat nak melawat dia hari ini
hanya doa yutaka iringi pemergian
ayahnya si gadis manis itu..

kepada SHA, kuatkan semangat
doakan arwah di tempatkan
di kalangan orang yang beriman..
moga doa awak dibawa sang malaikat
ke atas untuk diperkenankan..
amin3x




Tuesday, November 3, 2009

PERNAHKAH KITA MENYESAL?


Konbawa..

Apa khabar semua? Kali ini yutaka
tibe² nak bercerita mengenai kekesalan..
Kekesalan bagi yutaka adalah satu sikap
di mana kita terasa rugi
di sebalik sesuatu kejadian

tapi kali ini kita fokuskan mengenai
kekesalan kerana tidak pernah
memberi ruang kepada orang lain
untuk mencintai kita

kadangkala kita ini terlalu memilih
bila ada orang yang cuba mendekati
kita terlalu jual mahal, anggap si dia
itu tidak berhak diberi ruang dan peluang
untuk membuktikan cintanya pada kita

kadangkala jua, kita seakan fobia untuk
terima cinta daripada seseorang lantaran
kerana pernah dikecewakan
apabila fobia, kita seakan terlalu kejam
pada jiwa kerana menjadi penghalang
untuk jiwa bercinta sekali lagi.

janganlah kita terlalu "angkuh" apabila
ada orang yang cuba menyunting cinta di hati
kerana myb itu adalah peluang terakhir
untuk kita mendapat seseorang yang terbaik