Wednesday, October 21, 2009

KENAPA TIDAK HARGAI PELUANG?

Konbawa

Manusia seringkali seakan alpa
dengan peluang di depan mata
terkadang peluang itu orang lain
tidak berkesempatan merasainya

yutaka nak bawa satu kisah
mengenai sikap tidak bersyukur
atas peluang yang diberi



yutaka ada kawan lama lelaki
sudah punya kekasih hati yang setia
namun malangnya sang arjuna
agak nakal kerana menduakan
cinta di laman hati

terkantoi pula, namun diberi peluang
dan ruang untuk berubah oleh kekasihnya
sang arjuna pula berjanji tuk setia,
namun itu hanya mainan bibir
untuk meredakan kekasalan di hati wanita itu
malangnya sang arjuna tertangkap sekali lagi

yutaka agak kurang mengerti mengenai
keikhlasan sang arjuna itu di dalam
menghargai peluang yang diberi
janganlah mensia² kan kesetiaan sang kekasih
kerana kita tidak mungkin mendapat
kesetiaan yang sama dari insan lain



No comments: