Thursday, October 8, 2009

BILA BOSAN KUASAI DIRI


Konbawa

Syukur kepadaNya kerana memberi
ruang dan peluang kepada diri ini
untuk terus menulis di dalam
blog yang tidak seberapa ini

Sebenarnya yutaka ada mengarang
 sebuah puisi sewaktu bosan² di pejabat..
jangan beritahu cik bos yutaka eh
karang kalau dia tahu susah juga
sebab takut nnt die mintak
yutaka coretkan puisi untuk dia..haha

CORETAN SEPI 

Bosan aku di laman meja ini
Urat di jari terhentinya fungsi
Sepasang mata mahu tertutup rapi
Minda turut serta lena di kamar sepi

Sudah puas ku pujuk sang mata
Jangan berkawan dengan sang lena
Takut nanti Penciptaku kan murka
Ambil rezeki yang tidak halal puncanya


Bermacam naskah buku sudah dibaca
Satu persatu dibaca hingga akhirnya
Supaya minda ini berfungsi sentiasa
Tidak mahu mati dalam kebodohan nyata


Bila agaknya aku kan bisa
Bekerja tanpa sedarnya jalannya masa
Biar waktu ku terisi sepenuhnya
Dengan berkatnya usaha berganda




dah lama xtulis perkataan ahaks
dalam penulisan blog ini..
kepada Sis G-Hanes, ahaks





 

No comments: