Tuesday, October 27, 2009

TAG : 50 KEGEMARAN 50 KEBENCIAN


Konbawa..

Marilah kita menjawab tag ini

.. KEGEMARAN ..

nama kegemaran - yutaka
colour kegemaran - 7 warna pelangi
makanan kegemaran - nasi ayam bonda ku..sedap beb
minuman kegemaran - apple susu, tembikai susu
baju kegemaran - japanese n korean outfit
seluar kegemaran - boxer..seksi bro
toilet kegemaran - toilet yang ada paip
beg kegemaran - beg duit
kasut kegemaran - kasut pinjam
minyak wangi kegemaran - body shop, silky for men
bedak kegemaran - xpakai bedak
sabun mandi kegemaran - badanku semulajadi wangi, so xperlu rasanya
pencuci muka kegemaran - setakat ini xde, sebab masih mencari kesesuaian
cikgu kegemaran - Madam Kamariah, Madam Rusyidah
subjek kegemaran - Sejarah dan Ilmu Hisab
jenis rakan kegemaran - yang kaya, senang nak pow..hehe
haiwan kegemaran - panda..cute tul
kedai makan kegemaran - kedai makan kat sekolah, murah lor
fast food kegemaran - En McDonald dan En Kentucky punya.
cyber cafe kegemaran - rumahku cyber cafe ku
bus stop kegemaran - bus stop yang ada jual air cincau
tempat hangout kegemaran - Jusco Bkt Indah, banyak butik tuh..best
aktiviti kegemaran - YM, blogger, tulis puisi dan novel
blog kegemaran - blog sendiri, n my sibling's blog
website kegemaran - yang ada donload lagu free.hehe
buku kegemaran - buku warna
sikap lelaki/wanita kegemaran - yang caring, yang cintai diri ini seadanya 
hadiah kegemaran - kereta dan banglo
handphone kegemaran - Sony Ericsson
laptop kegemaran - Apple
kereta kegemaran - kereta hitam ku
rumah kegemaran - penthouse
hotel kegemaran - hotel california..ada ke?
tempat dating kegemaran - di taman bunga rose
movie kegemaran - lelaki X, sepi
lagu kegemaran - lagu² rossa, intan nuraini, stacy dan zamani slam
album lagu kegemaran - hearthbreaker, hati yang kau sakiti
penyanyi kegemaran - zamani slam dan g dragon
pelakon kegemaran - P Ramle, yutaka takenouchi
watak kartun kegemaran - Ach Ketchum dalam siri Pokemon
pelawak kegemaran - Zizan
tempat holiday kegemaran - japan n korea
tempat honeymoon kegemaran - rahsia, nanti korang tiru.huhu
bus kegemaran - bus naeila..skrg dah xde..huhu
pemandu bas kegemaran - lupa la nak tanya nama die..
prinsip hidup kegemaran - SELAMBA JE
kata-kata kegemaran - KU RINDU DIA
pasukan bola sepak kegemaran - johor fc
pemain bola sepak kegemaran - ronaldo, kaka
game kegemaran - teng² , belon acah

----------------------------------------------------------------

.. KEBENCIAN ..


nama kebencian - markonah
colour kebencian - colour oren
makanan kebencian - yang ada rambut pembuatnya
minuman kebencian - minuman yang tawar..tensen beb
baju kebencian - baju hujan
seluar kebencian - seluar curi
toilet kebencian - toilet di kampung, seram tahap gaban
beg kebencian - beg duit yang panjang..ntah pepe je
kasut kebencian - kasut koyak..susah nak lari beb
minyak wangi kebencian - minyak wangi expired
bedak kebencian - bedak adik ku
sabun kebencian - sabun shokobutse
pencuci muka kebencian - pencuci muka wanita
cikgu kebencian - xde beb, cikgu ku penawar kalbu
subjek kebencian - Fizik dan lukisan kejuruteraan. tak faham
jenis rakan kebencian - yang ego, bajet bagus, dan busuk badannya
haiwan kebencian - ulat gonggok
kedai makan kebencian - yang servisnya lambat thp siput
fast food kebencian - genting sepah..mahal giler
cyber cafe kebencian - yang tidak ada cafe
bus stop kebencian - PUDU..jem lor..
tempat hangout kebencian - tepi² tangga dan kedai makan
aktiviti kebencian - mengutuk sepanjang masa dan tak insaf²
blog kebencian - blog not found
website kebencian - emoe..selalu hang
buku kebencian - buku novel yang tebal².berjanggut nak abiskan
sikap lelaki/wanita kebencian - egoistic, ala² diva, jalan tak jejak bumi
hadiah kebencian -  xde
handphone kebencian - handphone yang tidak ada kredit
laptop kebencian - laptop yang berat
kereta kebencian - kereta api. lambat betul nak sampai
rumah kebencian - rumah tangga yang bergolak
hotel kebencian - hotel yang mahal tak kena tempat
tempat dating kebencian - di kerak bumi
movie kebencian - movie hantu kelakar..ntah pepe je
lagu kebencian - lagu asal di remix
album lagu kebencian - album lagu cetak rompak
penyanyi kebencian - penyanyi yang panggil hujan..ong kedek kedek kedek
pelakon kebencian - pelakon watak jahat
watak kartun kebencian - mum-bra dan joker
pelawak kebencian - pelawak yang merapu dlm program raja lawak
tempat holiday kebencian - air terjun tercemar
tempat honeymoon kebencian - di angkasa lepas
bus kebencian - bus rosak
pemandu bas kebencian - pemandu bus transit link
prinsip hidup kebencian - MENGALAH
kata-kata kebencian - POYO
pasukan bola sepak kebencian - pasukan yang kalahkan johorfc
pemain bola sepak kebencian - ADEBAYOR. berlagak star..pepe je
game kebencian - bola tampar..xbest langsung



KEPADA EN IFIN, EN ICE DAN CIK BONECA SILA JAWAB

Monday, October 26, 2009

SUSAH TAK KERJA ITU?


Konbawa

Kerja merupakan satu ibadah
Jika kita bekerja dengan ikhlas
berkatnya hidup manusia itu
Insya Allah terjamin

Bercerita mengenai kerja ini
yutaka teringat mengenai
sikap seorang pekerja yang
sering risau jika mendapat
kerja yang susah dan mencabar


apabila diminta tukar bidang kerja
mengelatat menanyakan rakan²
"susah tidak kerja itu?"



kenapa perlu risau mengenai
susah atau senangnya kerja itu?
runtuhkan permainan pemikiran
yang mengatakan 
SUSAH.. SUSAH.. SUSAH..
 
tiada kerja yang senang di dunia ini
tetapi tidak mustahil kerja yang kompleks 
bule menjadi senang dan mudah
sebab apa? sebab kita yang membuatnya


RINDUKU PADA SI DIA?


Konbawa

Setelah hampir seminggu di tempat baru
yutaka ditanya oleh rakan² yutaka mengenai
siapakah gerangan wanita yang
yutaka rindui di tempat kerja yang lama

ada yang kata wanita itu,
ada yang yakin kata wanita ini
ada yang masih mencari² siapakah wanita itu
wah..main berteka teki pula

haha..kelakar sungguh
kontroversi yang tak dijangka
yutaka sebenarnya rindu pada semua
tidak ada yang tertinggal dalam
kamus minda ini



 thanks to cik aini coz belanja makan hari ini

Friday, October 23, 2009

KASIHAN DIA


Konbawa

Di dalam kehidupan seseorang,
sudah tentu kita tidak disukai
oleh 1 2 individu yang lain

tak senangnya orang kepada kita
kadangkala bersifat sangat subjektif
ini kerana dengan satu sikap, perlakuan
or kata² itu bule membuatkan
kita dicemuh dari belakang..

ada rakan yutaka pernah alami
situasi ini di mana orang malas
nak layan cerita die..
orang kata die ni suka cerita
yang best2, kira membangga diri la

terkadang kasihan pula tengok
nasib yang menimpa oleh rakan yutaka itu
tapi hendak wat camne kan,
setiap orang punya persepsi masing².
terpulanglah

>



Wednesday, October 21, 2009

AKU, OFFICE DAN KERJA

Konbawa..

Di dalam post yang lepas
bertajuk TATA MY FREN
yutaka ada kisahkan mengenai
pertukaran yutaka ke tempat yang baru

Pertukaran itu terjadi last minute
ada beberapa kenalan rapat yang
agak kehairanan dengan kehilangan yutaka
memang tak sempat untuk
khabarkan pada dunia
( nak ke orang mendengarnya? )




Di tempat yang baru, tentulah kena belaja
ilmu yang baru dan asing
agak pening sedikit, tapi yutaka
takkan berputus asa untuk memahirkan diri
dengan skop kerja yang baru

Setakat ini yutaka di dalam adaption's process
kena tune balik cara kerja, kena ramahkan mulut
kena menanggung kerinduan
pada rakan²

KENAPA TIDAK HARGAI PELUANG?

Konbawa

Manusia seringkali seakan alpa
dengan peluang di depan mata
terkadang peluang itu orang lain
tidak berkesempatan merasainya

yutaka nak bawa satu kisah
mengenai sikap tidak bersyukur
atas peluang yang diberi



yutaka ada kawan lama lelaki
sudah punya kekasih hati yang setia
namun malangnya sang arjuna
agak nakal kerana menduakan
cinta di laman hati

terkantoi pula, namun diberi peluang
dan ruang untuk berubah oleh kekasihnya
sang arjuna pula berjanji tuk setia,
namun itu hanya mainan bibir
untuk meredakan kekasalan di hati wanita itu
malangnya sang arjuna tertangkap sekali lagi

yutaka agak kurang mengerti mengenai
keikhlasan sang arjuna itu di dalam
menghargai peluang yang diberi
janganlah mensia² kan kesetiaan sang kekasih
kerana kita tidak mungkin mendapat
kesetiaan yang sama dari insan lain



Monday, October 19, 2009

KENAPA PERLU BERPERANG?


Konbawa

Di dalam dunia pekerjaan
pastinya ada yang kurang
berpuas hati sesama pekerja
dan yang paling tidak sedap
didengar apabila melibatkan
beberapa department

ya, yutaka akui terkadang
ada yang berkecil hati
apabila suatu permintaan
mereka tidak dipenuhi
dan terkadang jua permintaan
yang banyak ini tidak dapat dipenuhi
kerana tidak bisa untuk
berbuat demikian



Apabila terjadinya situasi yang tegang ini
timbullah perang dingin di antara mereka
dan apabila situasi menjadi dingin,
perkara remeh temeh pun boleh jadi isu

yutaka tidak mengatakan siapa yang betul
atau siapa yang salah,
cuma yutaka macam hairan kenapa 
tidak ada satu situasi bekerjasama
dan saling menghormati di antara mereka

sampai bila kita harus muncungkan bibir
mengata di belakang, saling menyalahkan
dan saling tidak sebulu?
yutaka yakin masih ada ruang dan peluang
untuk memperbetulkan ketaksefahaman
yang terkurung di balik kotak hati



Sunday, October 18, 2009

TATA MY FREN


Konbawa..

Di saat keyboard ini dijamah
sang jemari, yutaka baru sahaja
balik dari kota metropolitan
Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia

untuk makluman kalian,
yutaka ditukarkan ke tempat baru
nampaknya tidak sempat ya
nak ucap selamat tinggal kepada
officemate di department yutaka

ada orang tanya,
tidak sayangkah pada mereka? 
soalan yang sangat sedih untuk dijawab
takkanlah yutaka tidak sayang
kerana yutaka menganggap mereka
adalah penting dalam hati ini

doakan yutaka berjaya
di tempat baru yek..
teruja, seram dan bersemangat
menyelubungi diri untuk memulakan
kerja di tempat baru





Thursday, October 8, 2009

ANAK EXAM IBU CUTI


Konbawa

Yutaka tertarik dengan sikap
prihatin sang ibu apabila
anaknya menduduki peperiksaan besar
keprihatinan ibu ini dapat dilihat
apabila mereka sanggup bercuti dan
mendoakan anaknya di rumah

wah..begitu risaunya sang ibu
memikirkan anaknya yang akan
menduduki peperiksaan besar
xkisahla, yang penting itu adalah
satu usaha terakhir yang mampu
dilakukan sang ibu untuk kejayaan anaknya



lihatlah bagaimana sang ibu
sanggup mengorbankan segalanya
untuk kejayaan anaknya
Jika anaknya tidak sedar,
memang anak derhaka namanya

usaha terakhir ini wajar dipuji
namun jangan dilupa usaha berterusan
dari pihak anaknya untuk bersedia
menduduki peperiksaan itu juga penting
kerana apa? kerana usaha tangga kejayaan

kepada sang anak pula marilah
bersama-sama mendoakan kejayaan diri
jangan mengharapkan doa dari ibu sahaja
walhal diri alpha untuk sujud kepadaNya







BILA BOSAN KUASAI DIRI


Konbawa

Syukur kepadaNya kerana memberi
ruang dan peluang kepada diri ini
untuk terus menulis di dalam
blog yang tidak seberapa ini

Sebenarnya yutaka ada mengarang
 sebuah puisi sewaktu bosan² di pejabat..
jangan beritahu cik bos yutaka eh
karang kalau dia tahu susah juga
sebab takut nnt die mintak
yutaka coretkan puisi untuk dia..haha

CORETAN SEPI 

Bosan aku di laman meja ini
Urat di jari terhentinya fungsi
Sepasang mata mahu tertutup rapi
Minda turut serta lena di kamar sepi

Sudah puas ku pujuk sang mata
Jangan berkawan dengan sang lena
Takut nanti Penciptaku kan murka
Ambil rezeki yang tidak halal puncanya


Bermacam naskah buku sudah dibaca
Satu persatu dibaca hingga akhirnya
Supaya minda ini berfungsi sentiasa
Tidak mahu mati dalam kebodohan nyata


Bila agaknya aku kan bisa
Bekerja tanpa sedarnya jalannya masa
Biar waktu ku terisi sepenuhnya
Dengan berkatnya usaha berganda




dah lama xtulis perkataan ahaks
dalam penulisan blog ini..
kepada Sis G-Hanes, ahaks





 

Wednesday, October 7, 2009

EGOKAH AKU?


Konbawa

Sebenarnya yutaka saja nak bawa
satu kisah yang mungkin anda perasan
di mana berlaku di sekeliling kita

Kisah ini adalah kisah benar
di mana apabila seseorang mendapat
sesuatu rezeki, dia akan mula berlagak
terutama sekali mendapat pekerjaan 

Simptom ini kerap kali berlaku
di mana mereka mula merasa sangat gah
sangat berbangga, mula terbang
tidak pijak di bumi yang nyata

mula berkira untuk membantu orang, dan
gaya berbicara sangat angkuh



bukan nak mengata sesiapa
tetapi itulah kenyataan yang berlaku
di sekeliling kita ini.
tidak ke mana pun jika hidung 
ini terlalu tinggi..

orang akan hormat kita jika
kita sentiasa beringat bahawa
kita hanya meminjam rezeki dariNya


Sunday, October 4, 2009

PERNAHKAH ANDA?



Konbawa

Apa khabar semua? Lama tidak post
di blog ini.. Agak sibuk sedikit
dengan kehidupan seharian

Kali ini yutaka nak share mengenai
sesuatu yang boleh diambil manfaatnya
iaitu mengenai DOA..

yutaka pernah ditanya oleh seseorang
iaitu pernahkah yutaka mendoakan :

a) keharmonian rumahtangga kedua ibubapa
b) keharmonian kehidupan keluarga



Jika yang sudah berumahtangga
y not kita mendoakan kebahagian
rumahtangga masing²..

ya..walaupun nampak simple..namun
keperibadian dan kebahagiaan
seseorang bermula daripada
keharmonian di rumah dahulu..

marilah kita pelihara
diri dan keluarga kita
dengan cara berdoa dan
sujud kepadaNya






Thursday, October 1, 2009

APA MAKNA SEORANG KAWAN


Konbawa..

yutaka ada menerima satu sms
dari seorang kawan lama mengenai
apa makna seorang kawan
setiap patah perkataan itu
cuba dirungkaikan maknanya

K . A . W . A . N

K  - kehadirannya menceriakan
A  - antaranya tiada rasa curiga
W - walaupun jauh namun dekat di hati
A  - ambil berat
N  - namanya sentiasa di hati


terkadang kan istilah kawan ini
wujud sewaktu berada dalam kesusahan
di mana bila susah baru nak ingat kawan
bila senang, satu sms bertanyakan khabar
pun terlupa nak dihantar.

Alasan sibuk bekerja selalu dijadikan
modal apabila kita terlupa kawan² kita
Tapi itulah hakikat seorang manusia
bukan kata semua, tetapi
rata-ratanya bersikap sebegitu