Thursday, August 20, 2009

KAKI KIPAS vs KAKI MENGATA


Konbawa..

Kali ini yutaka nak bawakan
satu isu di mana boleh kita
renungkan bersama.

Di bawah ini ada 2 situasi :

a) seorang kaki kipas bos, yang sangat baik dengan bosnya sampai menjadi mata-mata bos secara rela bagi memberitahu kegiatan ofismate yang lain

b) seorang ofismet lain mengumpat sikap
kaki kipas ini sambil berkata " patutlah dia tak dikurniakan anak, perangai macam &*#@$%.. "

di dalam 2 situasi berbeza ini,
yutaka terfikir mengenai siapakah
di antara mereka bermulut "nakal"?


mungkin ada yang berkata si kaki kipaslah
bermulut nakal
. sebab apa?
sebab menjadi "king..king" bosnya

mungkin juga ada yang berpendapat sebaliknya.
kerana apa. kerana membabitkan soal rezeki anak
di dalam perbuatan mengipas itu.

Yutaka tidak mahu "point"
siapa salah siapa betul. cuma soal anak itu
agak keterlaluan untuk dipersoalkan.
Tidak wajar kita memberikan sebab musabab
di atas urusan Allah yang kita tidak mengetahuinya
Soal rezeki anak adalah kuasa Allah.


No comments: