Monday, August 31, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO YOU, MY MOM


Konbawa..

tanggal 31082009 ini yutaka
nak wish sesuatu untuk
ibu yutaka

HAPPY BIRTHDAY TO YOU, MOM

Sedang memikirkan apa
yang hendak ditulis, yutaka
coretkanlah satu puisi khas untuk ibu yutaka


ku terdiam terkocaknya jiwa
berbisiknya hati di kotak mata

seakan mahu turunnya manik berharga

ditahan supaya tidak bah di dunia

gembiranya aku punya kamu

terlahirnya aku di sisi dirimu

dikalimahkan aku dengan takbir Tuhanku
dilangitkan aku dengan manisan madu

terima kasih wahai ibu

didepakan tanganmu dipimpinnya aku
ditegurnya aku bila silap tingkahku
dikuatkan aku dengan azam citamu

jika Allah makbulkan pintaku
kan ku sayangi kamu dengan kasihku

kan ku jagai kamu lebih dari nyawaku
kan ku cintai kamu dengan mendoakanmu


Selamat menyambut hari
ulangtahun
kelahiran, ibu


Sunday, August 30, 2009

IBUKU ANAK MERDEKA?


Konbawa

Mengikut perkiraan minit,
lagi 15 minit lagi kita
sebagai rakyat Malaysia
akan menyambut
hari ulangtahun kemerdekaan ke-52

Setiap kali tanggal 31 Ogos
yutaka akan menyambutnya
dengan gembira sekali

kerana apa?
pertamanya kerana merdeka
keduanya kerana ibu yutaka menyambut
hari
ulangtahun kelahirannya pada 31 Ogos

tarikh keramat ini sentiasa
diingati dan diraikan oleh
yutaka sekeluarga
syukur kepadaNya kerana
bisa meraikan hari berbahagia ini
pada tahun ini.


ZIARAH KUBUR DI BULAN SYAWAL

Konbawa..

Yutaka tertarik dengan satu
segmen agama yang membincangkan
mengenai ziarah kubur.
so yutaka nak share la dengan kalian

Kebiasaannya waktu berziarah ini
dilakukan apabila syawal menjelma
Ya..mungkin kerana waktu itu
adalah waktu senggang kita
waktu di mana semua bercuti
tapi sebenarnya waktu ziarah itu
adalah pada bila² masa sahaja


Kenapa ya tidak berziarah sebelum
datangnya bulan Ramadhan?

Alangkah bagus sekiranya kita
dapat berziarah kubur pada waktu itu.

Kerana apa? kerana dengan berziarah itu
kita boleh sedar kita juga akan menjadi arwah
dan menimbulkan rasa syukur kerana
kita masih berpeluang untuk merasai
nikmatnya beramal di bulan Ramadhan

Apabila timbulnya rasa syukur itu
yutaka pasti setiap insan akan berlumba²
untuk menambah pahala dengan
beramal di bulan Ramadhan.



Saturday, August 29, 2009

PERLUKAH @!x%#@ DALAM BLOG


Konbawa

Sebenarnya yutaka suka membuka
blog rakan² yang lain..
dari situ yutaka dapat baca
dan pelajari sesuatu

ada beberapa blog yang yutaka baca
ada satu perkara yang yutaka
kurang berkenan di dalam
penulisan blog tersebut
iaitu penggunaan kata² kesat
yang tidak seronok dibaca


ya, mungkin itu satu keluh kesah
di dalam diri penulis blog
yang menulis di dalam
emosi yang tidak menentu
tapi rasanya tidak manis jika
dipaparkan bagi bacaan umum

bukankah bahasa jiwa bangsa
dan bahasa jiwa penulis?


ahhhhhhhh !!!!
i hate that person






Friday, August 28, 2009

KEMERDEKAAN ITU ..

Konbawa..

apa khabar semua? Merdeka?
setiap kali topik ini selalu
diwar-warkan di dalam
kempen² kemerdekaan.

merdeka kah kita? ya..secara
zahirnya nampak macam merdeka.
ini dapat dilihat dari segi
bebasnya kita dari penjajah
bagaimana pula dari
perspektif hati, pemikiran dan gaya hidup?

seperti biasa, bila tiba kemerdekaan
ada upacara perarakan, count down 54321 di dataran,
ada mini konsert, dan sebagainya



tapi pernahkah anda fikirkan
adakah kebiasaan seperti di atas
terus berlaku di masa hadapan?
just berarak, countdown, tengok konsert
n say merdeka ! merdeka ! merdeka !


adakah nilai merdeka itu
masih wujud dan terus
mekar di masa hadapan?
kita patut memikirkan soal itu.

SELAMAT HARI MERDEKA, MALAYSIA


Thursday, August 27, 2009

5 IN 1

Konbawa..

25082009 merupakan hari
yang paling kritikal bagi yutaka
di mana yutaka didatangi
ujian daripada Allah

Ujian itu berbentuk sakit di mana
yutaka dihadirkan dengan
5 jenis penyakit serentak..
sakit kepala + sakit gigi + demam
+ selsema + batuk



wah..banyak betul sakit
yang menghinggapi tubuh ini..
ini merupakan sakit yang amat
terkesan sepanjang yutaka
berpijak di bumi Allah ini

orang kata sakit merupakan
jalan untuk dihapuskan dosa²
jika ya, syukur
jika tidak, yutaka anggap ia
sebagai satu bentuk ujian dariNya
untuk yutaka bermuhasabah diri

Monday, August 24, 2009

SAYA MAHU JADI ASKAR ATAU POLIS

Konbawa..

Yutaka sebenarnya teringat
masa zaman kecil² dulu
iaitu zaman belum mumaiz
di mana yutaka ditanya mengenai
cita-cita yutaka
oleh guru kelas.

Mungkin tidak lagi terdedah
dengan dunia pekerjaan
maka, yutaka pun terikut²
dengan cita² rakan masa itu
iaitu mahu menjadi askar atau polis


kalau dikira, tidak ramai
yang memilih pekerjaan
jurutera, doktor, or cikgu.
hampir 90 % memilih pekerjaan
polis dan askar.

Bukan mahu merendahkan
profesion askar dan polis,

tp entah la ya, pelajar sekolah
tidak didedahkan dengan prospek
pekerjaan yang lain, yang kalau
dilihat bermacam pekerjaan yang
boleh disandang di masa hadapan.

Maybe kita sebagai generasi kini
sekurang²nya boleh mendedahkan
prospek pekerjaan yang lebih luas
kepada anak² bangsa kita.


CAN I SPEAK..


Konbawa..

speaking in English
as known as cakap london ni
merupakan perkara yang
banyak faedahnya jika
dipraktikkan dan diamalkan.

yutaka pun sedang berusaha
untuk membiasakan diri dengan
bahasa penjajah kita ini,
tp tu tak bermakna bahasa kebangsaan
diketepikan atau dipandang sepi

jika kita menguasai bebarapa bahasa
yutaka yakin ia boleh membantu
kita di masa hadapan..
yutaka kagum dengan kepetahan
Mahathir Lokman dalam melontarkan
beberapa jenis bahasa.

bak kata Tun Dr Mahathir,
janganlah malu untuk bercakap
dalam bahasa asing sekiranya anda
mahu menguasainya dengan sempurna



Sunday, August 23, 2009

SAYANG TAPI..

Konbawa..

Perasaan sayang merupakan
satu sifat yang dikurniakan
oleh Yang Esa kepada hambaNya.

Tetapi kebiasaannya orang
yang disayang cepat lari
daripada kita dengan jauhnya
terutama sekali kawan-kawan
yang rapat dengan kita


best ke perasaan ditinggalkan
for me, seriously sangat xbest..
lagi ok if kita yang meninggalkan
sebab sedihnya tidak mendalam

tapi realitinya macam itulah,
orang yang kurang mesra,
terasa lama je dengan kita
dan orang yang disayangi
jauh pergi tinggalkan kita sepi




Saturday, August 22, 2009

ADA APA DENGAN GULA?

Konbawa..

pekaba semua? syukur kepadaNya
kerana berjaya harungi hari pertama
berpuasa di dalam bulan Ramadhan

so hari pertama, yutaka sekeluarga
hanya berbuka puasa di rumah
tanpa membeli di bazar Ramadhan
cuma beli item-item untuk dimasak sahaja

dalam sibuk membeli, cari juga
gula pasir..cari-cari tak jumpa...
rupanya di kaunter pembayaran
satu pelanggan satu pek gula..
wah2, dicatu pula pembelian gula.

terfikir juga, takkanlah gula pun
nak dijadikan mangsa krisis
Malaysia banyak pe bekalan gula.
kalau keadaan ini berterusan,
rasanya ramai yang "lebam" sebab
terpaksa minum sky juice je..



tapi minum air suam lagi ok
baik untuk kesihatan


Friday, August 21, 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK

Konbawa..

Pejam celik akhirnya sampai
juga bulan Ramadhan Al-Mubarak
pada tahun 2009..
syukur kepadaNya kerana
mengizinkan kita menyambutnya.

banyak ucapan selamat berpuasa.
yang diterima daripada rakan².
terima kasih banyak²..

maka dengan ini, yutaka pun
nak mengambil kesempatan
mengucapkan sebaris kata
untuk anda semua

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


sekilas nasihat di bulan ramadhan

a) tunaikan tanggungjawab anda sebagai hambaNya dengan berpuasa..

b) puasa lah anda dari segala aspek terutama sekali aspek penglihatan, pendengaran,

c) alangkah baiknya jika setiap pagi mengerjakan solat dhuha daripada membiarkan mata dan mulut anda dilimpahi dengan tahi mata dan air liur basi

d) inilah masa untuk merasai apa yang dirasai oleh orang kurang berada.

e) bagi sesiapa yang nak berdiet, pandai² lah catu makan dan minum semasa berbuka.

f) apa kata kita ambil suku daripada perbelanjaan makanan dan minuman semasa berbuka itu dengan menderma atau bersedekah. besar pahalanya.


Thursday, August 20, 2009

BERAPA HARGA KESIHATAN?


Konbawa..

Sekarang ini wabak H1N1
semakin serius di Malaysia.
Tun Dr Mahathir, mantan PM
kita pun ada menyuarakan
peripentingnya pemakaian
topeng muka di kala ini.

tapi rasanya wabak ini tidak berjaya
menakutkan warga manusia
untuk terus berwaspada
dengan mengambil langkah pencegahan
seperti pemakaian topeng muka.


ada yang memberi alasan
lemas ditekup dengan topeng..
dan ada yang berkira-kira
dalam membeli topeng muka..

sume alasan itu boleh diterima
tapi berkirakah kita dari segi soal kesihatan?
duit boleh cari, kesihatan tidak
boleh dijualbeli.
lemas hanya seketika,
jika sakit terus menderita.

KAKI KIPAS vs KAKI MENGATA


Konbawa..

Kali ini yutaka nak bawakan
satu isu di mana boleh kita
renungkan bersama.

Di bawah ini ada 2 situasi :

a) seorang kaki kipas bos, yang sangat baik dengan bosnya sampai menjadi mata-mata bos secara rela bagi memberitahu kegiatan ofismate yang lain

b) seorang ofismet lain mengumpat sikap
kaki kipas ini sambil berkata " patutlah dia tak dikurniakan anak, perangai macam &*#@$%.. "

di dalam 2 situasi berbeza ini,
yutaka terfikir mengenai siapakah
di antara mereka bermulut "nakal"?


mungkin ada yang berkata si kaki kipaslah
bermulut nakal
. sebab apa?
sebab menjadi "king..king" bosnya

mungkin juga ada yang berpendapat sebaliknya.
kerana apa. kerana membabitkan soal rezeki anak
di dalam perbuatan mengipas itu.

Yutaka tidak mahu "point"
siapa salah siapa betul. cuma soal anak itu
agak keterlaluan untuk dipersoalkan.
Tidak wajar kita memberikan sebab musabab
di atas urusan Allah yang kita tidak mengetahuinya
Soal rezeki anak adalah kuasa Allah.


Tuesday, August 18, 2009

HARI INI BESDAY MY SISTA

Konbawa

Hari ini 18082009 merupakan
hari ulangtahun kelahiran satu² nya
adik perempuan yutaka


SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN
CIK FARAH ADILA


di hari bersejarah ini, yutaka berdoa agar :

a) dipanjangkan umur

b) ditambahkan rezeki


c) dikurniakan bakal suami yang baik


d) dikuatkan semangat untuk teruskan cita²


e) punya spirit yang kuat seperti yutaka..hehe



Monday, August 17, 2009

BOLEHKAH KITA TERLALU RAPAT?

Konbawa..

adakah anda punya teman rapat?
rapat di mana segala rasa, rahsia
dan profil diri diketahui
oleh
teman rapat anda

adakah perlu diperihalkan semua
perkara tentang kita

kepada teman rapat kita itu?


Jika anda punya rakan yang sehati sejiwa
dan bebas daripada
perasaan dengki dan cemburu
anda dilahirkan bertuah..
kerana apa? sukar untuk
mendapatkan
insan berhati mulia ini


yang penting adalah sekiranya kita punya
teman rapat
ikhlaslah dalam menjalinkan hubungan
dengan keikhlasan ini, yutaka yakin hubungan
rapat ini akan kekal
hingga hujung nyawa


PABILA IDEA ITU KONTANG


Konbawa..

Sewaktu yutaka mula² blogging nih
ada yang tidak percaya yang yutaka
ni rajen tulis menulis walaupun
pada secara luarannya yutaka
ni seorang silent person

maybe kerna tertumpah sedikit kot
bakat ibu yang gemar tulis menulis
ini di dalam darah anaknya..haha..


tapi kadang² tu berkarat juga idea ini
yelah .. bukan semua perkara
sesuai untuk di post di dalam blog
kena juga menjaga sensitiviti hati kan?

moga Yang Maha Esa berikan setitis
ilmuNya kepada yutaka untuk
yutaka terus berkongsi sedikit ilmuNya
kepada kalian semua

Friday, August 14, 2009

PABILA MALAIKAT MENYAPA

Konbawa..

Di dalam bulan Syaaban ini,
yutaka banyak mendengar
mengenai berita pemergian ke sisiNya.

Sebabnya kematian kadangkala
sangatlah simple dan mudah
ada yang pergi ketika sedang duduk,
ada yang pergi ketika bermain bola,
ada yang pergi ketika tidur


Terfikir juga alangkah senangnya
ditarik kembali nikmat yang dikurniakan.
terutama sekali nikmat bernafas + bernyawa.

apabila malaikat datang menjemput dengan tiba²,
adakah kita punya bekalan yang cukup untuk diadili olehNya?
sempatkah kita mengucap dua kalimah syahadah?


adakah keadaan ini
satu petanda untuk
kita bersiap sedia sebelum
malaikat menyapa?

SAD AND HAPPY

Konbawa..

Arini adalah hari yang
penuh emosi sekali
ada suka dan duka

Kadangkala yutaka nak
kecapi rasa bahagia selalu
tapi Tuhan itu Maha Adil
tidak semua hidup itu
dilingkari rasa bahagia sentiasa

Yang sedihnya hari ini adalah :

a) Madam Mumu, Sis G-Hanes, Sis Eirda
dan Puan Sherry tidak dapat
bersama² meraikan yutaka
di Majlis Hari Q hari ini

b) tidak dapat berborak lama² dengan
Sis Masrita kerana dia terlalu sibuk
dengan perjalanan Hari Q


Yang bestnya hari ini adalah :

a) diraikan di Hari Q

b) dapat mengambil gambar dengan
Sis Masrita dan Sis Far Eida,

c) officemate yutaka (especially my department)
hadir sama meraikan yutaka di hari Q

d) dapat jumpa dengan .... ahaks

Syukur kepadaNya


Thursday, August 13, 2009

HUKUM KARMA

Konbawa..

Sebagai khalifah di bumi Allah ini
kita tidak keseorangan di dalam
menjalani tanggungjawab sendiri.

walau sebesar mana kedudukan
kita di mata masyarakat,
kita masih memerlukan bantuan
dan pertolongan daripada orang lain.

sentiasalah beringat bahawa jangan sesekali
kita berbuat jahat
kepada orang lain
kerana
satu hari kita pasti akan meminta bantuan
daripada orang yang
telah kita sakiti itu.

jangan salahkan insan yang terluka itu
sekiranya "rayuan" pertolongan anda itu
tidak dilayan atau dipandang sepi



PUTERI KEBAYAN TAGGED ME

Konbawa..

Terharu rasanya menerima tag
daripada seorang rakan blogger
bernama puteri kebayan..
dah lama tak menjawab
soalan tag nih..best2



LET ME ANSWER THIS TAG

nama timangan :


yutaka

anda seorang yang :

pendengar yang baik,
pendiam tp banyak cakap

lagu kesukaan :

Semua lagu Zamani + Slam..
legenda tuh..

food kesukaan anda :

suka makan nasi lemak,
karipap, chezzy wadges,
roti canai, masakan ibu yutaka

sikap yang membuatkan anda stress :

suka cerita gempak2 tapi
hakikatnya hampeh

menda yang mesti ade lam beg :

dalam beg duit saya ada ic,
kad dan duit syiling

warna kesukaan anda :

tengok keadaan..
but now i prefer a
white, blue n black

kali terakhir anda menangis dan mengapa :

menangis? no..no..no..
jatuhlah imej yutaka sebagai
seorang lelaki sejati..
kalau sebak dan terharu tu ada..
time tu adalah apabila yutaka
first time mendapat anugerah dekan..
sob..sob..sob..

tag 6 rakan :

rakan tag saya adalah
IFIN
BONEKA CANTEQ

ICE


Wednesday, August 12, 2009

KEJARLAH APA YANG ANDA TAKUTI

Konbawa..

Setiap manusia mesti ada
perkara atau situasi yang
paling ditakuti

Kenapa kita gementar berhadapan
dengan perkara yang kita takuti itu?

Ada orang takut dapat kerja susah
orang yang takut diberi tanggungjawab

ada yang takut berkomunikasi

ada juga takut dengan kertas Matematik



Sebenarnya kita takut untuk memberi
ruang dan peluang kepada diri
untuk mencuba sesuatu yang baru
kerna apa? kerna kita takut diketawa
akibat satu kegagalan atau mungkin
takut dimarahi akibat tersalah buat

Kejarlah apa saja yang menakutkan anda
hadapi dia dan tawan dia
dengan kekuatan semangat
jangan biar diri tewas dengan ketakutan

MUSIM SAKIT

Konbawa..

Sekarang ni adalah musim sakit.
Mana-mana kita pergi mesti akan
kedengaran orang batuk²..
yutaka pun tidak terkecuali
didatangi sang batuk ini..

Yutaka rasa musim batuk ini
sudah berada di dalam
tahap bahaya dan kritikal..
Ini terbukti dengan pemakaian
topeng muka di klinik, bank
dan di jabatan kerajaan


di office pun yutaka digesa
untuk memakai topeng muka
semasa bekerja
tapi bila pakai tuh
terasa sesak nafas pula..huhu

tapi oklah tu,
nampak cam ala² doktor kan
bukan selalu nak bergaya doktor kan
haha

To my officemate Pn Sherry..
hope u can get well soon

Monday, August 10, 2009

SUSAH JUGA MENJADI SI MODEL


Konbawa..

Jika anda perhatikan di dalam
majalah hiburan mesti anda
tidak terlepas pandang terhadap
sang model yang begitu
cantik ber "posing"

pernahkah anda terdetik dalam diri
" Jika aku lah model itu, kan ke bagus.. "

Baru-baru ini yutaka berkesempatan
untuk menghadiri sesi fotografi
wah..teruja betul..tetapi susah lor
nak menjadi model-model ini

habis pening kepala sang photographer
melihat aksi tidak profesional
yutaka semasa bergambar
berdedai² air peluh di wajah teruja ini

agaknya macam mana la situasi
yutaka nanti jika gambar kahwin

mahu diabadikan oleh lensa kamera?


i can't imagine lor




PENANTIAN DAN KESABARAN


Konbawa..

Syukur Alhamdulillah kerana
di saat ini yutaka sedang
menikmati rezeki dari Allah

rezeki ini tidak datang
dengan mudah tanpa
sebarang kesulitan.
kesabaran + ketekunan + kesabaran
+ doa famili
+ dorongan rakan
itu yang menyelamatkan yutaka
daripada perangkap putus asa

tidak perlulah yutaka nak stori
mengenai dugaan dan pengorbanan
yang terpaksa ditempuhi
cuma sekarang ini yutaka sedang
mendekatkan diri kepadaNya tanda
terima kasih yutaka atas nikmatNya


a special appreciation to
my parents, my siblings,
nisrin alyani, siti aisah,
and all my friends

Sunday, August 9, 2009

WHY I LOST MY APPETITE?

Konbawa?

Semenjak 2 3 bulan ni
yutaka macam sudah hilang
selera untuk makan

kehilangan ini sudah sampai
tahap kritikal apabila yutaka
rasa macam bosan untuk makan..


adakah ini menunjukkan tanda² buang tabiat? @
adakah perut ini "menghasut" selera makan
supaya menghentikan peranannya? @
adakah ini masanya untuk mengamalkan nasihat
berhenti makan sebelum kenyang?

risau juga apabila mengalami situasi ini
tetapi dalam masa yang sama
yutaka memanjatkan kesyukuran
kerana
masih ada lagi rezeki untuk yutaka.

Syukur Alhamdulillah


CURI TULANG BUKAN SIKAP KAMI

Konbawa..

baru-baru ini yutaka
bersama² dengan rakan office
berpeluang untuk menjadi
pengawas peperiksaan


yang menduduki xm tu
ada dalam 100++ calon,
dan dibantu oleh 11 pengawas
letih gak mengawasi calon ini
dahla ramai, luas pula dewan xm tu

di dalam sibuk menjalankan tugas
yutaka seakan terperasan
ada 4 pengawas yang curi tulang
rupanya bukan yutaka seorang je perasan
Sis Eirda dan Sis Husk La pon perasan

dengan tidak mesra alam
4 sekawan ini hanya duduk dibelakang

berborak² sambil jari membelek² hp

sepatu berat untuk meronda²

bila melihat yang lain rajin mereka pon kije ala kadar sahaja

yutaka + Sis Eirda + Sis Husk La
bukan berkira sangat
soal kerja ini kerana bagi kami
amanah yang diberikan itu
wajar disempurnakan dengan ikhlas


Sis Husk La (pemilik eye shadow paling menawan di alam semesta)
bersama Sis Eirda (Sis yang paling open minded di muka bumi)


alamaks di manakah yutaka di kala ini?

Friday, August 7, 2009

KENAPA BEGITU PREJUDIS?

Konbawa..

Yutaka sebelum ini ada
meminta bantuan daripada
seorang wanita di office yutaka

apabila yutaka bercerita
dengan teman² yutaka
ada yang memandang sinis
terhadap yutaka


apa salah dia sehingga
orang memandangnya
secara "serong" ?

adakah sebab penampilan dan cara berjalannya
membuatkan
dirinya dipandang sebegitu?
tidak adil rasanya kita menghukum
seseorang secara luaran sahaja

BOROSKAH AKU?


Konbawa..

Boros? apa yang anda faham
tentang erti boros?
adakah boros itu memboloskan
wang dicelah² dompet?
atau adakah boros itu memboboskan
wang secara tidak sengaja?

kadangkala boros itu dikaitkan dengan
sifat suka berbelanja
tanpa berhemah

Ada rakan yutaka seakan risau
akan sifat suka berbelanjanya.
walaupun harganya murah,
tapi kekerapan berbelanjanya
adalah tinggi

bagaimana ya untuk menghilangkan
sikap suka berbelanja tanpa kawalan ini?
soalan ini memang susah untuk dijawab
kerna semua ini terpulang kepada
kawalan diri memasing

jom pi shopping..



ADAKAH IMPIAN KU AKAN TERCAPAI

Konbawa..

sebelum ini yutaka ada post mengenai
hasrat untuk menyambung pelajaran
secara jarak jauh

tetapi ada orang yang kurang bersetuju
dengan hasrat yutaka itu
atas alasan ditakuti yutaka lambat
untuk mendirikan rumahtangga

yutaka tertarik dengan kata-kata
officemate yutaka, Sis Eirda
yang mengatakan sambung belajar
tidak semestinya lambat bertemu jodoh
mana tahu yutaka akan bertemu jodoh
semasa yutaka belajar jarak jauh itu

( thanks Sis Eirda )


sebenarnya sambung belajar itu
memang impian yutaka semenjak dari
sekolah menengah lagi..
mungkinkah impian dan
hasrat itu akan tercapai?

doakan yutaka ye kawan²
moga yutaka dapat mencapai impian
untuk sambung belajar secara jarak jauh
dah menyempurnakan dengan jayanya

Thursday, August 6, 2009

MINTA MAAF TEMAN²

Konbawa..

Tahun ini adalah tahun sibuk
di dalam kalendar yutaka
kerna yutaka terlibat
dengan peperiksaan dan cuti

yang buat yutaka serba salah
adalah kerja yutaka terpaksa
di cover oleh teman²


Secara peribadinya yutaka
bukan sengaja untuk
berbuat demikian
tapi sebagai seorang manusia
yutaka tahu tindakan yutaka ini
seakan menyusahkan teman² yang lain


buat teman² yang selalu membantu
yutaka ingin ucapkan terima kasih
moga jasa kalian ini akan dibalas
oleh Allah Yang Maha Esa


BILA KALI TERAKHIR

Konbawa..

Yutaka sebenarnya ada terfikir
mengenai kekerapan kita sebagai manusia
di dalam
menghadiri majlis ilmu
terutama sekali ilmu agama

rasanya bila agaknya
kita berkesempatan untuk
menghadiri majlis ilmu agama?


mungkin agak lama
sekali halwa telinga ini
tidak dihidangkan dengan
alunan nasihat dan bacaan Al-Quran

Jika terlalu lama,
marilah kita
bersama-sama
berusaha untuk
mendapat keberkatan daripada
majlis ilmu agama

PUISI UNTUK SITI AISAH

Konbawa

Yutaka sebenarnya tak tahu
bagaimana nak ekpresikan
rasa terharunya yutaka kepada
SITI AISAH BINTI MOHD YASIN

tapi xpe2..yutaka ciptakan
satu puisi untuk dia

TERIMA KASIH KUUCAPKAN KEPADAMU
KERNA MEMBAWA SINAR DI KALA BUNTU
IKHLAS DIBANTU TERPANCAR DIKALBU
DIHULURKAN TANPA MENGENAL AKU

TERIMA KASIH PADAMU SANG PUTERI
MEMBUAT AKU SEGAN SENDIRI
PINTA DIBANTU SEPENUH HATI
WALAU KITA BARU KENAL SEHARI

SITI AISAH

KUCORETKAN DOA KEPADA ILLAHI
MOGA CERIA TERUS MENYELIMUTI
DIBERKATI SAMPAI MASA TERHENTI
JUGA DIBERIKAN MANISNYA PEKERTI


AKU DAN SITI AISAH

Konbawa

Pada 05082009 & 06082009
yutaka pergi ke Serdang atas
urusan pembelajaran

Sepanjang berada di sana
yutaka ada hadapi masalah
wah2..berselirat otak ini
memikirkan jalan untuk
menyelesaikan masalah tersebut

Tapi nampaknya Tuhan
tidak membiarkan yutaka sendirian
yutaka dibantu oleh seorang wanita
yang luhur budinya, baik pekertinya

wanita itu bernama

SITI AISAH BINTI MOHD YASIN

terharu sangat2..
jika diberi peluang
yutaka teringin membalas kembali
budi yang dihulurkan itu


thank you to shira
n kakak kepada siti aisah


Tuesday, August 4, 2009

HAIROL, EPPY BURFDAY

Konbawa..

esok 05082009 adalah
hari bersejarah bagi kawan yutaka
bernama MR HAIROL

Hari itu adalah
hari ulangtahun kelahiran dia
yang ke berapa eh?
alamaks lupa laks umur dia
yang ke 28 rasanya


To Mr Hairol, i wish :

a) Moga dipanjangkan umur
b) ditambahkan rezeki
c) dikurniakan famili yang bahagia
d) dikurniakan anak yang cerdas
e) dapat Anugerah Khidmat Cemerlang next year

Monday, August 3, 2009

KU BERADA DI TENGAH - TENGAH

Konbawa..

Di dalam hidup ini kadangkala
kita sukar untuk membuat keputusan
lebih-lebih lagi membuat keputusan yang
membabitkan hubungan silaturrahim


Pernahkah anda merasa tersepit
di antara dua orang yang "berperang"
di mana kedua-duanya adalah
rapat dengan anda?

Tentu sukar untuk memilih
di antara kedua-dua pihak..
jika mahu pilih sebelah kanan
sebelah kiri akan terasa

jika yang kiri disebelahi
yang kanan pula berkecil hati


apa pendapat kalian?
Kadang-kadang sukar untuk
menentukan siapa yang salah
dan siapa yang betul

Yang penting sekarang ini,
jangan diputuskan mana-mana
hubungan semata-mata
termakan hasutan kebencian
yang diciptakan oleh
pihak "berperang" ini

Sunday, August 2, 2009

BERKIRA SANGAT LA DIA

Konbawa..

Hari Selasa 05082009 ini
yutaka akan ke Kay Ell
kota metropolitan Malaysia
atas urusan belajar

Kebetulan rakan yutaka pun
turut pergi atas urusan yang sama
so, yutaka cadanglah nak tumpang dia
yelah kan, dah sekali jalan kan

tp nmpknya cadangan ditolak
atas alasan seat kereta penuh

alasan yang sengaja diciptakan
erm..hampeh sungguh kawan camni

yutaka tumpang bukannya free
bayar duit minyak n tol pe..
berkira sangat nak tumpangkan
insan seberat 50++kg nih..
tak kempis pon tayar kereta tu

susah ada kawan jenis camni
ada di sisi waktu senang je
bila susah, bye²



Saturday, August 1, 2009

ANAK KEDUA DIPULAUKAN?

Konbawa..

Dalam susunan adik beradik
ada yang pertama, yang kedua dan terakhir
kadang² susunan adik beradik
memainkan peranan di dalam soal
perhatian sedara mara yang lain


Yang sulung semestinya diingati
kerana apa? kerana dilahirkan dahulu
Yang bongsu sering diberi perhatian
kerana apa? kerana dilahirkan kemudian
dan agak manja sedikit


yang selalu menjadi mangsa
adalah anak kedua..
selalu sahaja "dipulaukan"
dan kadang² tidak disedari
akan kewujudannya..
kasihan bukan?

tapi itulah senario yang berlaku
di dalam kehidupan kini
adakah senario ini boleh diubah?
i don think so

BAHAYANYA ENCIK MOTOR

Konbawa..

Hari ini yutaka berjalan²
cari pasal di town
perjalanan tu diganggu oleh
kesesakan lalu lintas

tensen tul if jln sesak nih

rupanya ada accident
di antara motor dan kereta
teruk gakla si penunggang motor tu
gerun tul melihatnya

dalam dok melihat tu
terfikir juga walau secekap
mana pun kita ride motorcycle
accident tetap xdapat dielakkan

kasihan ya pada "en motor" selalu sahaja
dibuli oleh
"mat motokar" yang lain




KUIH MADAM MUMU BEST CUMA..

Konbawa..

Hari jumaat yang lalu
yutaka berkesempatan
membeli lebih awal
kuih raya dari Madam Mumu

Pembelian itu adalah secara selamba
kerana yutaka tak berkesempatan
untuk mencuba dan merasanya

the result is..
kuih tu sedap cuma "jem" tu
agak keras sedikit..
tp secara totalnya BEST


gambar hiasan..bukan gmbr sebenar