Thursday, May 28, 2009

BOS YANG DISUKAI

Konbawa..
Sebenarnya yutaka suka
melihat pegawai-pegawai yutaka
bekerja dan bertingkahlaku di pejabat
seronok betul lihat mereka ni

kebanyakkan pegawai tidak
pernah mempedulikan samada
mereka disukai atau tidak digemari
oleh staf bawahannya.

Di sini yutaka nak listkan ciri
pegawai yang yutaka sangat suka :

a) pegawai yang mengambil berat tentang hal pekerjanya

b) bertolak ansur dengan staf bawahannya


c) tidak sombong


d) bekerja keras dan komited pada kerja

e) pegawai yang suka menyiasat sebelum
membuat keputusan. Tidak mudah terpengaruh dengan hasutan orang lain. ( ciri ini susah bagi siapa yang pantang dicucuk oleh staf bawahannya )

f) memberi penilaian prestasi dengan adil.
lebih melihat kualiti kerja berbanding kuantiti mengampu semata-mata

g) menegur dengan baik sekiranya
staf bawahannya buat kesilapan. Rasanya tidak salah menegur dengan sopan berbanding memperli atau memperlekehkan kemampuan staf bawahan.

h) berfikiran terbuka terhadap cadangan dan pandangan staf bawahannya. di samping menggalakkan idea kritis bagi kebergunaan bersama.

Alangkah bagusnya sekiranya
pegawai kita seperti di atas.


suka pegawai macam hj obet, pn mu,
en zaidy, pn alfaradoh, en farid

No comments: