Sunday, May 31, 2009

FRIENDSTER @ FACEBOOK @ MYSPACE

Konbawa

Pekaba semua? Kalian semua mesti
ada FRIENDSTER @ FACEBOOK @ MYSPACE
@ TAGGED @ else kan?

Apa faedahnya jika anda
mendaftar sebagai pengguna?
Mungkin boleh terjumpa kenalan lama
dan boleh mendapat jodoh.

Tapi di sebalik faedah ini,
dirasakan ada satu keburukannya
iaitu hubungan couple menjadi
renggang dan putus.

Kenapa yutaka berkata demikian
kerana kebanyakkan mereka yang bercouple
secara tidak sengaja
terjatuh cinta
pada teman alam maya.

Walaupun tidak semua
tapi faktanya ramai
yang putus gara-gara
FRIENDSTER @ FACEBOOK @ MYSPACE
@ TAGGED @ sewaktu dengannya.


Saturday, May 30, 2009

KAWAN TIDAK IKHLAS

Konbawa..

Kali ini yutaka nak bawa
satu topik yang dah biasa didengar
iaitu berkawan biar ikhlas

kawan? kawan bukan lawan
tp kawan adalah teman
susah kalau nak mencari
kawan di dalam office

kawan perlukan satu
hubungan give and take
kalau xde unsur give n take
rasanya susah nak kekal


Yutaka ada seorang kawan di office
yang tidak pernah give tp selalu take
bila yutaka ada sesuatu
dan xbagitau die..
bukan main terasa dia
tp bila dia ada sesuatu,
tak pernah nak share dgn yutaka

kenapa perlu ada perasaan macam itu?
bukan yutaka nak ungkit
mengenai kebaikkan yang diberi
tapi kenalah sama-sama share











Thursday, May 28, 2009

TERUK JUGA KESAN ITU


Konbawa..

Apa kabar semua? mungkin anda
pernah terlibat di dalam kemalangan.
Di sebalik kemalangan itu,
pasti ada implikasinya.

Adik yutaka pernah terlibat di dalam
kemalangan kecil di kampusnya.

kesannya adalah pada lututnya
sampai sekarang dia masih terasa
sakit pada bahagian lututnya

Rakan sepejabat yutaka, Miss Fiza
pernah mengalami kemalangan
yutaka lihat dia ini masih lagi
terasa sakit pada bahagian tangannya
sayu je lihat apabila dia menaip di keyboard
dia seakan mengalami kesukaran di situ


Yutaka sebenarnya seakan merasa apa
yang mereka rasai atau deritai

apabila melihat implikasi yang
sampai sekarang masih dirasai.

Moga mereka berdua
kuatkan semangat, dan cepat sembuh.
Amin3x

BOS YANG DISUKAI

Konbawa..
Sebenarnya yutaka suka
melihat pegawai-pegawai yutaka
bekerja dan bertingkahlaku di pejabat
seronok betul lihat mereka ni

kebanyakkan pegawai tidak
pernah mempedulikan samada
mereka disukai atau tidak digemari
oleh staf bawahannya.

Di sini yutaka nak listkan ciri
pegawai yang yutaka sangat suka :

a) pegawai yang mengambil berat tentang hal pekerjanya

b) bertolak ansur dengan staf bawahannya


c) tidak sombong


d) bekerja keras dan komited pada kerja

e) pegawai yang suka menyiasat sebelum
membuat keputusan. Tidak mudah terpengaruh dengan hasutan orang lain. ( ciri ini susah bagi siapa yang pantang dicucuk oleh staf bawahannya )

f) memberi penilaian prestasi dengan adil.
lebih melihat kualiti kerja berbanding kuantiti mengampu semata-mata

g) menegur dengan baik sekiranya
staf bawahannya buat kesilapan. Rasanya tidak salah menegur dengan sopan berbanding memperli atau memperlekehkan kemampuan staf bawahan.

h) berfikiran terbuka terhadap cadangan dan pandangan staf bawahannya. di samping menggalakkan idea kritis bagi kebergunaan bersama.

Alangkah bagusnya sekiranya
pegawai kita seperti di atas.


suka pegawai macam hj obet, pn mu,
en zaidy, pn alfaradoh, en farid

RINDUNYA PADA SI DIA



Konbawa..

Di sini yutaka sj nak post
mengenai kerinduan yutaka
pada seorang wanita

Jika tidak nampak dengan dia
rasanya macam sedih je
tadi yutaka lihat dari jauh sj..

bukan tidak pernah cuba mendekati
tapi yutaka tak pernah
diberi
ruang tuk menghampiri

maybe takdirku hanya tuk merindu

atau mungkin dia ditakdirkan utkku?


Wednesday, May 27, 2009

ORANG KETIGA

Konbawa..
Pekaba semua? Post kali ini
agak panas sedikit iaitu mengenai
orang ketiga di dalam sesuatu hubungan

Bila sebut orang ketiga sahaja
pastinya ramai orang tidak suka
akan kehadiran orang ketiga.
di sini yutaka terfikir mengenai
siapa yang salah? orang ketiga?
atau orang pertama?


tidak ada siapa mahu jadi orang ketiga
adakah orang ketiga perlu disalahkan 100%?
atau orang pertama yang sibuk menggatal
mencari orang ketiga?

mari kita renungkan kenyataan ini

a) perlukah orang ketiga mengganggu
orang pertama sekiranya dia tahu
bahawa orang pertama sudah berpunya?

b) mungkin orang pertama sudah bosan dengan
hubungannya lalu mencari orang ketiga
bagi memenuhi ruang kosong dihatinya

kadang kala yutaka rasa sangat pelik
apabila orang pertama sudahpun ada
pasangan yang sangat manis, cantik dan baik,
tetapi matanya masih mencari pemandangan lain.
adakah manusia tidak pernah
puas
dengan apa yang mereka ada?



Monday, May 25, 2009

100 Q?


Konbawa..
Pekaba semua. kali ini
yutaka nak menjawab 100 soalan
tag dari ICE..
wah..nampak cam menarik ,

jom kita sama-sama menjawab

001. Name → Eh mana pula surat beranak ni..next.
002. Nickname(s)→ yutaka
004. Zodiac sign → virgo
005. Male or female → male
006. Elementary → tadika kemas
007. Middle School → sk tmn tun aminah 1
008. High School → smk tmn tun aminah
smk skudai baru
smt segamat
009. College School → Universiti Terknologi Malaysia
Universiti Putra Malaysia
010. Hair color → hitam itu menawan
011. Long or short → short
012. Loud or Quiet → depends on situation
013. Sweats or Jeans → sweats
014. Phone or Camera → phone camera
015. Health freak → syukur sihat lagi
016. Drink or Smoke? → never
017. Do you have a crush on someone? → ada tapi tak sengaja
018. Eat or Drink → drink
019. Piercings → never
020. Tattoos → berdoce wat tattoo

FIRSTS:
023. First piercing → nope
024. First best friend → rasanya KUJUMAISNIZA
025. First award → pelajar terbaik dalam subjek Pendidikan Islam
026. First crush → alamaks..no comment
027. First pet → ikan pelaga
028. First big vacation → terlupa. I'm SORRY
030. First big birthday → ada time sekolah tadika.siap tiup lilin lagi. so sweet




CURRENTLY:
049. Eating → ayam fried
050. Drinking → sky juice
052. I'm about to → thinking about HER
053. Listening to → suara dari mata hati
054. Plans for today → nak update blog
055. Waiting for → kerja baru dan married

YOUR FUTURE:
058. Want kids? → mahu la.
059. Want to get married? → mesti mau
060. Careers in mind → pegawai tadbir n ahli perniagaan

WHICH IS BETTER IN THE BOY/GIRL YOU LIKE?
068. Lips or eyes → eyes
070. Shorter or taller? → not to short n tall
072. Romantic or spontaneous → spontaneous sebab yutaka seorang romantik. haha
073. Nice stomach or nice arms → stomach la
074. Sensitive or loud→ dua2 penting..nak pilih mana eh
075. Hook-up or relationship → pass.next question
076. Trouble maker or hesitant → dua2 xmaula.bule bikin huru hara

HAVE YOU EVER:
080. Lost glasses/contacts → pernah..tapi kejap je.pastu jumpa balik
081. Ran away from home → nak duduk mana jika lari dari rumah?
082. Held a gun/knife for self defense → takut nak pegang.bahaya ooo
083. Killed somebody → ada tapi dalam game GTA. cian orang tuh..huhu
084. Broken someone's heart →pernah tapi tak sengaja
085. Been arrested → pernah kantoi makan dengan girl
087. Cried when someone died → sebak sangat2.

DO YOU BELIEVE IN:
089. Yourself → ya.. 100% lor
090. Miracles → nop tp percaya pada rezeki
091. Love at first sight → hehe.ada gak
092. Heaven → yes sir
093. Santa Claus → ada ker? tipu la..
094. Tooth Fairy→ dongengan semata-mata
095. Kiss on the first date → tak baik lor

ANSWER TRUTHFULLY:
097. Is there one person you want to be with right now → mahu..tapi..
098. Are you seriously happy with where you are in life → ya
099. Do you believe in God → percaya di dalam hati
100. Post as 100 truths and tag 20 people→ alamaks ..nak post pada sapa eh? erm..




rasanya soalan no 3 takde..macam mana nih?hurm...

Sunday, May 24, 2009

KENAPA DISALAHKAN HARI ISNIN?

Konbawa..

pekaba semua? yutaka nak bawa anda
semua memikirkan mengenai suatu hari
yang selalu tidak best iaitu
Hari ISNIN

Hari Isnin adalah hari
pertama bekerja dalam seminggu
dan hari pertama persekolahan
mesti bosan apabila berakhirnya hari Ahad


kalau ujian JPJ hari Isnin
alamatnya hampir semua tidak lulus
sebab pegawai JPJ selalu bad mood atau
kalau nak berurusan dengan seseorang
kebiasaannya tidak dilayan dengan baik
sebabnya adalah tidak ada mood

mungkin sudah nasib
hari Isnin adalah hari pertama
maka selalu orang menganggap
hari Isnin adalah hari membosankan

kasihan hari Isnin..

MARI KITA TINGGALKAN SOLAT JUMAAT

Konbawa..

Kali ini yutaka nak share dengan
anda semua mengenai satu senario
yang sangat sedih bila memikirkan
iaitu mengenai keengganan
seorang lelaki
untuk meninggalkan solat Jumaat

Solat Jumaat adalah wajib dilakukan
ke atas setiap lelaki
Jika tidak dilakukan, berdosa
tapi Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui,
lelaki boleh meninggalkannya dengan bersyarat
dan di qada' kan dengan solat Zohor


Jika seorang lelaki meninggalkan
3 kali atau lebih
bermakna dia bukanlah seorang muslim lagi.
tp itu bukan "pas" bagi meninggalkan
Solat Jumaat dengan sengaja.


Senario kini adalah
jika sudah solat Jumaat sekali
maka 2 kali selepas itu adalah pelepasan bagi tidak menunaikan solat Jumaat

Adakah ini petanda kecil
Kiamat sudah semakin hampir?
mungkin ya..


Saturday, May 23, 2009

BUZY TO COMPLETE MY NOVEL

Konbawa..
Salam. pekaba?
Yutaka sebenarnya ada
beberapa hobi yang
sudah lama yutaka tidak buat

Di antaranya adalah melukis dan menulis
Dulu time-time sekolah
rajin juga melukis dan menulis,
sekarang dah kerja nih
yutaka lebih senang untuk
mengarang puisi
cinta dan putus cinta
sahaja..
hehe


Lately yutaka
tergerak hati untuk kembali menulis
tapi menulis apa?
menulis cerpen, dan novel.
Agak kayu juga la nak kembali menulis ni
tapi lama kelamaan semuanya
berjalan dengan lancar..
syukur..

best juga menulis ni..
sebab kita dapat meluahkan perasaan,
pengalaman, rasa bengang etc.
di dalam penulisan

Thursday, May 21, 2009

MARI KITA POTONG KUKU

Konbawa..
Adakah anda seorang pembersih?
Jika ya, sila lihat kuku anda?
Pendek dan Bersih?

Di bawah ini ada info mengenai
memotong @ mengerat kuku

Barang siapa yg mengerat kuku pada ;

HARI SABTU :
nescaya keluar dalam tubuhnye ubat dan masuk kepadanye penyakit.

HARI AHAD :
nescaya keluar darinya kekayaan dan masuk kemiskinan.

HARI ISNIN :
nescaya keluar daripadanye gila dan masuk sihat.

HARI SELASA
:
nescaya keluar darinya sihat dan masuk penyakit.


HARI RABU :
nescaya keluar darinya was-was dan masuk kepadanye kepapaan.

HARI KHAMIS :
nescaya keluar darinya gila dan masuk kepadanye sembuh dari penyakit.

HARI JUMAAT
:
nescaya keluar dosa-dosa seperti pada hari di lahirkan oleh ibunye dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala....

Adakah kita ikut suka je
apabila hendak mengerat kuku?

HADIAH PALING MENARIK


Konbawa..
Hari ini yutaka nak share dengan kalian
mengenai 10 hadiah yang paling senang dan
sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi


1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.


2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.


3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.


4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia



6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk,
buang sampah, jaga anak, dll.


7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.


8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria
apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi.Kalah pun tak apa, kamu masih menang.


10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.


Hadiah mana yang anda suka?

Wednesday, May 20, 2009

HAPPY belated BIRTHDAY TO SIS G-HANES

Konbawa..
Hari ini department yutaka
celebrate birthday Kak Nor Jehan
aka Sis G-Hanes.


tapi yutaka lambat cket turun
so miss part tiup2 lilin..huhu
tapi apa-apa pun
yutaka nak bagitau satu dunia

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
SIS G-HANES

Cup-cup.. nak tadah tangan ni.. moga

a) Sis G Hanes bertambah cantik
b) dikurniakan anak-anak yang soleh
c) ditambahkan rezeki





PENGARAH ADALAH IDOLA KU

Konbawa..
Pekaba semua? Yutaka sebenarnya
suka perhatikan rakan-rakan
membuat kerja..
Ada yang malas, ada yang rajin,
ada yang hipokrit, ada yang ikhlas.


dalam banyak-banyak insan
yang yutaka perhatikan
yutaka suka lihat
cara kerja
pengarah yutaka.


Memang tabik hormatlah
pada dia sebab
yutaka dapat lihat
keikhlasan dan komitmen
beliau di dalam
mengemudi sebuah office

Yutaka memang menjadikan
beliau sebagai idola atau ikon
yang boleh yutaka contohi.



1 FAMILY IN DA' OFFICE


Konbawa..
Ohayo? sihat? yutaka ok
cuma sedikit kebosanan je..
Post kali ini yutaka nak share la
dengan kalian mengenai
1 family in da' office..

1 family in da' office adalah
situasi kerja yang sungguh seronok
kerana hubungan erat
di antara
setiap staf di pejabat.

Yutaka rasa yang department baru
sekarang adalah bercirikan
1 family in da' office..
seronok melihat semua rakan sekerja
baik, satu kepala, tidak dengki,
dan tidak sabotaj.


Seronok bekerja di dalam situasi macam ini
tidak macam department yutaka yang dulu

a) suka sabotaj orang lain ( bila tidak sekepala je
guna cara kotor untuk menjatuhkan orang lain )

b) suka bermuka-muka depan bos ( bila ada bos je,
rajin, taat, tidak mengelat, bercerita keburukan staf lain.Bila di belakang bos, wah2 gila panggung )

Yutaka bersyukur la
sebab
ditukarkan tanpa rela
ke department sekarang nih.
sebab terasa
1 family in da' office..
mungkin inilah hikmahnya




Tuesday, May 19, 2009

KENALKAN, INI ADIK KU


Konbawa..
Hai semua.kalian sihat?
Yutaka nak share la
dengan kalian mengenai
"kenen mengenen" a.k.a jodoh2 kan

Yutaka pernah suka
dengan seorang wanita..
tp tak kesampaian la
Wanita tersebut cuba pula untuk
"kenen" kan yutaka
dengan adiknya


Bila perkara ini terjadi
yutaka merasakan bahawa
hati yutaka ini seakan boneka
yang boleh dicampak
ke kanan ke kiri

ketahuilah bahawa
Hati ini bukan mudah
untuk menyintai
cinta di hati tidak
mungkin ditukar ganti

Saturday, May 16, 2009

MENJADI PENYABAR

Konbawa..
Pekaba semua. Post kali ini
yutaka nak share mengenai SABAR
Kesabaran merupakan separuh daripada iman.

Bolehkah kita memupuk sifat sabar ini?
Jawapannya adalah boleh..


Yutaka nak share pada kalian sume mengenai
Tips-tips untuk menjadi seorang penyabar.


a) Jangan makan terlalu banyak sangat
sampai ia boleh mematikan hati.
Bila hati mati, sukar untuknya
menimbangkan samada perkara itu baik
atau sebaliknya.

b) Dekatilah kita dengan Kalamullah iaitu Al-Quran.
Dekati ini adalah dengan cara membaca dan
menghayati apa yang terkandung di sebalik kalimahNya

c) Berkawanlah dengan orang yang baik-baik.
Kerana bule belaja bagaimana untuk
mengawal kemarahan dan memupuk sifat sabar

d) Qiamulail iaitu bangun pagi dan sujud kepadaNya.
Bab qiamulail ini merupakan satu situasi
yang sukar dilakukan. Tapi jika dilakukan
amat besarlah faedahnya. Sambil kita sujud,
kita berdoa agar kita dilimpahi dengan sikap sabar.


Friday, May 15, 2009

KENAPA PUAN CHOM SUKA YUTAKA?

Konbawa

Yutaka sekarang rasa lega sesangat
sebab Puan Marcelot Mamat
semakin segan dengan yutaka
myb agaknya kawannya
dah bagitau pada die
yang yutaka sangat marah
akan mulut longkang dia


Kali ini yutaka bukan nak bercerita
psl Puan Marcelot Mamat tu
tapi mengenai Puan Chom
yutaka tertanya-tanya

kenapa Puan Chom selalu saja
attack yutaka dengan
sindiran dan kutukan?


Pelik gakla, sebab yutaka
jarang berborak dengan dia
Dia ni sejak dari dulu lagi suka
sangat menyakitkan hati yutaka


Lepas satu.. satu
entah apa ntah yang die suka
sangat attack yutaka..
macam xde orang lain
yang die suka
sindir, atau kutuk..

Kenapa Ya?
Persoalan yang masih yutaka
nantikan jawapannya..

Thursday, May 14, 2009

KENAPA HANYA SEMENTARA

Konbawa..

Sepanjang yutaka kerja kan..
Yutaka perasan la mengenai
satu perilaku manusia..

perilaku itu adalah
manusia akan kembali kepada Penciptanya
di kala di dalam kesusahan sahaja
terfikir juga..
kenapa tidak berterusan di dalam
mendekatkan diri kepada Penciptanya?



Yutaka ambil 2 contoh :

a) seorang lelaki sangat mencintai seseorang wanita. Puas mencuba untuk mendekatinya, namun tak berjaya.. Setelah buntu, barulah dia teringatkan Penciptanya.. Barulah mahu sujud dan berdoa kepadaNya..

b) wanita yang mengandung menginginkan zuriat
yang baik-baik. Sebelum mengandung, kitab Al-Quran jarang disentuhnya atas alasan sibuk dengan kerja seharian. Semenjak mengandung, mulala tergerak untuk membaca Al-Quran

Tidakkah mereka malu kepada Penciptanya?
Di kala susah baru teringat kan Dia..
Di waktu senang, sering terlupa kepadaNya..

Astagfirullah Al-Azim



PERLUKAH AKU TAHU?

Konbawa..

Pekaba sume? hari ini yutaka kije
cam biasa..takde apa yang baru pun..
hari-hari kerja yang sama dibuat..
nak wat camne, nama pun kije kan..
so kijela dengan hati yang ikhlas.

Ada seorang teman sepejabat
tanya pada yutaka

" Eh yutaka, dengar-dengar puteri_virgo0209 sekarang kat sini erk? Alah yang dulu kau bermesra dengan die tu..Die ikut husband die "

Yutaka jawab " Ye ke? "

Actually puteri_virgo adalah kisah silam yutaka..
kisah yang yutaka takkan lupa sampai bila2..

Tapi perlukah yutaka kisah dengan kehadiran dia di sini?
No..No..No..


Yutaka tak mahu ambil pot pun mengenai
insan yang pernah buat yutaka
sangat menderita dan terluka..

Mungkin satu hari nanti
yutaka akan berjumpa dengan dia..
tapi rasanya kalau berjumpa..
apa yang perlu yutaka buat?


Wednesday, May 13, 2009

SAY TQ TO..


Konbawa..
Pekaba sume..Tengah hari tadi, yutaka
makan dengan mmbr yutaka..
order air minuman dan nasi..

So tggu dan tggu
order tu pun sampai..
yutaka say tq pd orang yang
hantar order tu..
orang tu pun menjawab sama-sama..

Amalan mengucapkan terima kasih
rasanya perlu dipraktikkan..

tak kira pangkat, dan kedudukan seseorang..
Tapi kebiasaannya jarang orang say tq nih..


Kita jarang mengucapkan tq di dalam situasi

a) pelayan menghantar order
b) orang yang menahan pintu lif kerana memberi laluan kepada orang lain

c) pintu di buka kan untuk kita

d) selepas orang mengemaskan meja makan sewaktu kita duduk di meja makan
e) apabila orang yang kita tak suka membantu kita

Sebenarnya kita perlu mengucapkan
tq kepada seseorang yang membantu kita..
Ucapan tq tu lebih berharga daripada
pemberian wang ringgit kerana
bisa bikin seseorang itu gembira.

Tuesday, May 12, 2009

SITI OH CT ?


Konbawa..

Kali ini yutaka nak cerita berkenaan dengan
wanita yang bernama siti..
yutaka amik ini satu laman web
berkenaan dengan 9 Siti yang boleh dicontohi..

1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata saya takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam - Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah - Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah - Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah - Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Mungkin kita boleh mengambil iktibar
daripada 9 insan yang
bernama Siti ini..


Monday, May 11, 2009

KE MANA ZAMANI PERGI?


Konbawa..
Sekarang ni timbul satu cerita
berkenaan dengan artis no 1 MALAYSIA
Zamani Slam sudah menikah dengan
wanita di Kelantan..

Betul ker cerita yang diwar warkan?
Apabila ditanya hal ini kepada
salah seorang fans nye..

Jawapan yang diterima adalah tak pasti


Mungkin ada kebenaran cerita ini..
dan mungkin tidak..

Jika benar, rasanya baguslah untuk dirinya..
Sebab Zamani Slam ini sudah kehilangan
ibu dan bapanya..
jadi dengan adanya isteri..
perjalanan seninya mungkin
akan lebih gemilang lagi


tapi kita kena juga menunggu
pengakuan dari Zamani Slam..
Biar die buka mulutnya sendiri..
biar terungkap segala kemusykilan..

X-SWEET HEART

Konbawa..
Sejak 2 3 menjak ni yutaka
sibuk menghadiri majlis perkahwinan
teman lama yutaka..
Dalam sibuk-sibuk tu..
timbul satu persoalan di minda ini

Soalan itu adalah..

JIKA BEKAS KEKASIH KITA MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN, ADAKAH KITA PERLU MENGHADIRINYA?

Yutaka ada bertanya soalan ini
pada teman-teman yutaka..
Ada pro dan kontra jawapannya..



Ada yang kata..
" pergilah.. orang dah jemput kan

yang lepas biarkan lepas.."

Ada juga yang kata
" Tak mahulah..sakit hati je

tengok die dengan orang lain "


Jika anda mengalaminya..
adakah anda positif dan
redha
dengan takdir Illahi ?


Friday, May 8, 2009

BERLAGAK ITU SEDEKAH


Konbawa..
Sedekah sering dikaitkan dengan smile..
Tapi bagaimana dengan berlagak?
betul ke berlagak satu sedekah?


Kalian mst pernah jumpa
dengan manusia berlagak, kn?
biasanya orang berlagak ni disebabkan
punya sedikit kelebihan
seperti
kaya, pangkat, rupawan..

Kita xperlu mengata orang berlagak ni
kerna kita akan mendapat dosa je..
Kita hanya perlu berlagak balik
If kita mengutuk or mengata
lagilah die suka..

Dengan berlagak balik kita bule
menyedarkan die
bahawa
ego die tak ke mana pon..

Apabila kita berjaya sedarkan die
insya Allah, kita mendapat pahala..

Itu yang dinamakan sedekah..
Kerna sedekah bukan hanya
pada wang derma..
tp lebih daripada itu..

HILANG BARU MENYESAL

Konbawa..

Hi my fren..camne hidup kalian?
moga ok2 dan bagus2 ya..
Post kali ini adalah
situasi yang selalu manusia
lepas pandang iaitu mensia2 kan
orang yang selalu di samping kita..

Kadangkala kita ni terlalu ego
dengan dunia kita
sampai orang yang selalu
berada di samping kita
selalu kita "buang" dari idup kita..

Kenapa mesti kita mensia2 kan
golongan seperti ini..
Mereka punya hak untuk
diberi layanan dan diberi perhatian
Kita sering mengeksploitasi
kebaikan mereka untuk kepentingan diri


Bagaimana jika orang yang di samping kita
pergi dan tidak kembali ??
Adakah kita punya ruang dan waktu
untuk menahan mereka dari pergi?
Apabila situasi ini terjadi
barulah kita menyesal

Bagi sesiapa yang punya
teman seperti ini..
jangan lepaskan mereka pergi
kerna kita tidak mungkin
akan mendapat insan sepertinya lagi..


CEMBURU TAK PERLUKAN SEBAB


Konbawa..

time kat office td,
yutaka ada berborak dgn
rakan yutaka..
borak2 psl kekasih die
yang sangat2 kuat cemburu..

Rakan yutaka sangat
tak selesa dengan
tahap kejelesan kekasihnya
Kadang2 perkara kecil
pon boleh nak jeles..

Yutaka kata dengan die
cemburu itu tanda sayang dan
cemburu tak perlukan

sebab untuk terjadi..



Tapi rasanya if cemburu
terlalu sangat..
rasanya setiap pasangan
akan merungut..

bule cemburu, tapi berpada2..
jangan sampai pasangan kita
minta dilepaskan
dek
kerana sifat cemburu kita..


CEMBURU TANDA SAYANG
SAYANG PERLUKAN KEPERCAYAAN..
KEPERCAYAAN DATANG DARI KEJUJURAN
KEJUJURAN HADIR DARI KEIKHLASAN




Wednesday, May 6, 2009

MOGA PANJANG UMUR MR ZAIDY


Konbawa..

Wassup dude !! Hari ini
yutaka diberitahu oleh Sis G-Hanes
yang esok birthday bos kitaorang..
so yutaka nak wish

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
MR NOR ZAIDY KAMARUZAMAN

Besday ke berapa tu rasanya
tak perlulah dibagitau
kalau nak tau..kena belanja
die makan dulu..huhu


So sempena birthday die ni..
yutaka berdoa agar my bos ni

- Dipanjangkan umur

- Ditambahkan rezeki

- Terus menjadi bos yang best dan sporting

- Dikurniakan rumahtangga yang aman dan bahagia selamanya

AMIN3X

Tuesday, May 5, 2009

MAHUKAH ANDA TUKAR?


Konbawa..
Pekaba? harap-harap sihatla ye..
yutaka terfikirla mengenai
hubungan kapel2 nih..

rasa2nya la..anda sanggup tukar pasangan
tak dengan
selebriti popular,
segak bergaya..
& cantik menawan?

If wanita ada kapel skrg nih..
adakah anda mahu
tukar bf anda dengan selebriti2
seperti Brad pitt, Keanu Reeves,
Orlando Bloom, Kaka or
yutaka takenouchi?



yang lelaki pula..
nak ke mereka tukar gf dieorang
dengan selebriti seperti
Siti Nurhaliza, Beyonce,
Anna Kournikova, or Ayumi Hamasaki?



bagaimana jika
anda diberi peluang sebegini?
mahukah anda menerimanya?


Monday, May 4, 2009

MASIH RELEVENKAH ?

Konbawa..

MASIH RELEVENKAH adalah post yang
yutaka terfikir berkenaan dengan
pencarian jodoh..

yutaka tertanya-tanya

"MASIH RELEVENKAH ISTILAH PERIGI MENCARI TIMBA?

Di Malaysia, rasanya istilah ini
masih releven tuk digunakan
iaitu perigi tidak perlu mencari timba..
ini bersesuaian dengan adat ketimuran
yang dipegang sejak zaman nenek moyang dulu..



Tapi apabila melihatkan situasi kini
di mana jumlah wanita
lebih ramai
daripada jumlah lelaki,
rasanya istilah ini perlu
dilonggarkan sedikit..

Sekiranya istilah ini dipegang utuh
rasanya ramai wanita di Malaysia
tidak berkahwin, tidak punya famili..

kelonggaran yang dimaksudkan
adalah tidak salah sekiranya
perigi cari timba,
tp jangan keterlaluan..
tidak perlu terhegeh-hegeh,

tergedik-gedik di dalam
mencari jodoh..

apa pandangan anda wahai kaum wanita?


Sunday, May 3, 2009

SETIAP KEKECEWAAN ADA HIKMAHNYA

Konbawa..
Yutaka ada post mengenai
kesedihan yutaka berkenaan
dengan kegagalan di dalam
peperiksaan KPLI..

Yutaka terfikir kata-kata
orang tua yang berbunyi

" sabarlah, mungkin ada hikmahnya "

Yutaka fikirkan apa hikmah
di sebalik kegagalan itu?
dalam dok2 pk dan merenung kisah
yutaka terfikirla mengenai beberapa perkara :

a) rasanya jawatan guru itu
tidak sesuai
dengan yutaka kot..

b) mungkin Allah mahu yutaka
menjaga
kedua ibu bapa yutaka

c) Myb Allah mahukan yutaka
menemani
adik yutaka
yang sedang kusut.

d) atau mungkin rezeki lain sampai

setelah yutaka berkahwin kot..hahaha..


e) mungkin mahukan yutaka lebih
menghargai kejayaan
jika
diberikan sesuatu rezeki

Tapi sebagai hambaNya, kita
mesti bersangka baik kepadaNya..
Kena banyak bersabar,
berusaha, berdoa dan tawakal..



SELAMAT ULANGTAHUN NISRIN ALYANI

Konbawa..
Dalam kesibukkan untuk menempuhi xm PTK
yutaka sempat mencuri masa untuk
mencoret di dalam blog nih..

dalam sibuk2 nak xm nih..
terlupa laks satu hari istimewa
iaitu hari ulangtahun kelahiran
rakan baik yutaka..

NISRIN ALYANI BINTI ISHAK

Alamaks..maafla cik yin..
kawanmu ini terlupa laks nak wish..
walaupun terlambat..
tp yutaka tetap nak wish..

" HAPPY BIRTHDAY TO YOU "

Moga dirimu sukses dan sentiasa gembira
Jangan nakal2..berbaktilah kepada ibubapa
moga segala impianmu tercapai jua




Friday, May 1, 2009

KENAPA YA?

Konbawa..
Yutaka sebenarnya tertanya-tanya
sejak dulu lagi
yutaka rasa sangat pelikla

Kenapa ya men game lagi best dari baca buku?

Yutaka selalu tanya pada adik yutaka..
kenapa bila baca buku mesti mengantuks?
lebih-lebih lagi bila
baca buku ilmiah..

kalau baca buku
berunsurkan hiburan
or sukan..
xdela ngantuks sangat..
haha


BERATNYA DOSA DIA

Konbawa..

Kali ini yutaka nak kongsi
satu cerita mengenai satu kisah
yang yutaka
rasa begitu
sedih
bila mengenangkannya

begini ceritanya..
Ketika yutaka dalam
perjalanan pulang bercuti..
yutaka ada singgah
satu stesen petronas la..
masa tu rasanya dkt2 kul 8 la..

datang sebuah kereta kancil
park bersebelahan dengan kereta yutaka
si isteri mengambl beg dan
bergegas
ke bilik solat, manakala si suami
duduk di dalam kereta
sambil makan roti..



Yutaka rasa sedih bila melihatkan
gelagat sang suami itu..
tidak mahu turut serta
di dalam
mendirikan solat maghrib..
ish..tak sangka pula..

Kenapa ya boleh jadi begitu?
seharusnya si suami perlu
memberi tunjuk teladan
yang baik kepada si isteri

Bila melihatkan situasi begitu
yutaka mengucap panjang..

Moga si suami tersebut
diberikan hidayah..
amin 3x


SEDIHNYA PART 2



Konbawa..

Tak sangka dalam gembira bercuti
Yutaka diduga dengan kesedihan
kesedihan kali ini adalah
sedihnya apabila yutaka tak berjaya
melepasi ujian bertulis
bagi temuduga KPLI
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)


Sedihnya sebab yutaka
telah menghampakan
harapan
kedua ibu bapa yutaka..
keduanya, sebab yutaka
terlalu teringin untuk
memasuki
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah..

Maybe bukan rezeki namanya
Takpelah, yutaka redha..
dan myb Allah nak berikan
rezeki yang lebih baik daripada ini..
Sape tau, esok lusa rezeki yutaka pula..

Pepe pun perjuangan ini masih
perlu diteruskan tanpa putus asa..
Yutaka akan terus berusaha,
berdoa dan tawakal selagi bernyawa..

cayok-cayok


SEDIHNYA PART 1


Konbawa..

Yutaka br je balik dari bercuti..
lama tak amik cuti lama camni..
dalam sibuk bercuti-cuti,
yutaka menerima satu berita..

berita mengenai kakak angkat yutaka
tengah melawan dengan masalahnya..

patut pun yutaka call die tak angkat..
Masalah kakak angkat yutaka ni
berat gaklah..
berat sebab yutaka tak bisa membantu
die untuk menyelesaikannya..

Sedih lor sbb tak berada di sisi
die di kala die sedang

kesedihan dan kegusaran..
Tapi yutaka tetap berdoa
agar die menyelesaikannya
dengan sempurna..

Mungkin pertolongan tak bisa diberi
tapi sejambak doa sentiasa
ditadahkan kepada Illahi
telinga ini sentiasa diberi
'tuk dengar keluh resah disanubari


" KAK, JANGAN PUTUS ASA
SAYA DOAKAN YANG TERBAIK
UNTUK AKAK DAN ANAK-ANAK AKAK "