Wednesday, May 2, 2007

SEKILAS WAJAH DI KUALA LIPIS

Aku baru je balik dari Kuala Lipis arini. Apa yang nak aku coretkan di sini adalah satu peristiwa yang tidak mungkin aku lupakan. Peristiwa ini bertempat di perhentian bas Kuala Lipis. Aku dan adik ku menemani adik perempuan ku membungkus makanan di salah sebuah kedai makanan. Sedang aku menunggu adik ku itu aku telah terpandang seorang gadis bersama seorang lelaki yang usianya agak berumur. Ku kira lelaki tua itu adalah datuknya.

Dengan mengenakan pakaian kurung berwarna oren, boleh ku kategorikan gadis itu berwajah sungguh manis. Hati ini seolah-olah terpaut dengan wajah sang gadis yang bermata redup itu. Mata sang datuk seolah-olah melilau ke sini ke sana. Ku bertanya di dalam hati apa yang dicari oleh sang datuk ini? Rupa-rupanya sang datuk mencari seseorang untuk membantunya menelefon seseorang yang dikenali. Sang datuk tidak pandai menggunakan telefon awam, dan sang cucunya berkurung oren pun sama.

Ku dapat mengagak bahawa gadis itu berasal dari satu daerah terpencil di Pahang. Ini kerana dengan membawa 2 beg yang besar, di tambah pula dengan rasa blur nya di perhentian bas itu serta tidak tahu menggunakan telefon awam. Maka sang datuk pun telah dapat seseorang untuk membantunya menggunakan telefon awam. Gadis berkurung oren itu pun memberikan nombor telefon kepada orang itu. Dia bersama datuknya pergi bersama menemani orang itu menelefon. Dengan selambanya gadis berkurung oren itu meninggalkan begnya di situ.

Aku pulak yang rasa takut jika beg itu diambil orang. Memang sah gadis berkurung oren ini adalah gadis lurus yang jarang sangat ke bandar. Sungguh sayu ku rasakan di dalam hati ini bila melihat ke blur an wajah gadis berkurung oren ini. Ku rasa jika situasi gadis berkurung oren ini berada di Kuala Lumpur atau di Johor Bahru, ku rasa beg itu sudahpun dicuri ataupun ditipu oleh manusia-manusia yang suka mengambil kesempatan.

Rasa menyesal pula apabila tidak sempat menegur si gadis berkurung oren dan tidak sempat mengambil gambarnya walaupun kamera digital berada di dalam poketku. Kenapa ya? Mungkin kerana khusyuk melihat situasi ini. Tidak mengapalah. Mungkin bukan rezeki ku berkenalan dengannya. Tapi apa yang pasti, jika aku bertemu lagi dengannya, aku tidak akan melepaskan berkenalan dan mengambil gambar dengannya.

No comments: