ALL ABOUT ZAMANI SLAM
25/05/1971
Lahirnya anak bongsu kepada pasangan En. Hj. Ibrahim & Pn. Kamariah..
Juga adik bongsu kepada Pn. Norehan, Pn. Zuraidah & En. Zulfazil..
sape lagi kalau bukan.. Zamani..
12 tahun (1983)
Lps Zohor, zamani main bola dgn kwn2nya di
padang (Keramat, KL) berkaki ayam (tak pakai kasut)..
waktu tu la jari kaki kanan zamani patah..
arwah ayah zamani bw dia pi hospital besar KL..
2 minggu zamani tak leh jln secara normal..
meraung2 dia nangis mlm tu sbb sakit..
14/06/1985
Ayah zamani iaitu Hj. Ibrahim bin Hj. Abdul Majid
telah kembali ke rahmatullah (Al-Fatihah utk arwah)..
Semoga roh arwah dicucuri rahmat & berada di dalam
golongan org2 yg beriman.. amin..
Tingkatan 1-3 (1984-1986)
Zamani bersekolah di St. John Institution, KL.
Tingkatan 4-5 (1987-1988)
Zamani bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan..
16 tahun (1987)
Time tu cuti sekolah..Zamani tak balik KL tapi ikut kawannya balik kampung kat Negeri Sembilan tu..
Mandi kat sungai (tak tau berenang) tapi nak tunjuk 'ek' kononnye tau berenang..
aleh2 lemas.. kawan dia (AHMAD TARMIZI) yg selamatkan dia atas izin Allah..
Alhamdulillah.. kalau tak, takde la kite kenal penyanyi zamani sekarang ni..
22 tahun (1993)
Masa ni abg adek adalah remaja yg ghairah berlumba (mat rempit)..
Lom jd artis lagi..
Lps abis lumba, zamani pi petronas (toilet)..
tiba2 no plat motor rxz dia disebut kuat2 oleh 2 org polis..
terketar zamani dibuatnye..
mlm tu tgn zamani bergari ke balai polis..
rupa2nya polis tu ingat yg motor tu motor curi..
padahal zamani beli gune duit dia sendiri tau..
uisshh.. buat suspen aje..
Tahun 1994
Pelancaran album pertama Slam di Pyramid Disco..
Cian zamani mase tu entah kenapa dia tak leh nak nyanyi masa buat persembahan..
suara hancur.. lepas persembahan tu dia terus pi toilet..
nangis.. so sad.. tp pengalaman tu zamani jd kan pengajaran..
Tahun 1996
Zamani disahkan menghidap batu karang dalam buah pinggang..
so dia pun buat operation.. sekarang ni pun sakit tu kjp dtg kjp ilang..
cam dia gak.. hehe.. (sori zamani)..
masa ni zamani frust gila coz tak dapat nyanyi dgn baik
lagu gerimis mengundang kat peringkat akhir muzik2..
masa pertandingan pujaan 10 nescafe lagu jika kau rasa getarnya,
tiub saluran kencing dlm badan zamani baru je dikeluarkan..
bayangkan sakit yg zamani tanggung mase tu..
tapi Alhamdulillah diorang jd juara mlm tu..
lagu paling popular..
04/07/1997
Gathering bersama SlamFC di Cherating, Pahang selama 3 hari 2 mlm..
50 ahli FC + staf BMG + staf Johan Music..
Pi 2 bas.. menginap di Tanjung Inn Village..
masa ni diadakan sekali majlis penerimaan anugerah platinum berkembar
utk album unplugged I yg terjual lebih 100ribu unit
& anugerah single platinum utk album unplugged II
yg terjual lebih 50ribu unit..
01/11/1997
Emak zamani iaitu Pn. Kamariah bt. Hj. Abdul Majid
telah kembali ke rahmatullah kerana menghidap penyakit darah tinggi,
kencing manis dan buah pinggang..
masa tu arwah berada di wad ICU Hospital Sentosa..
arwah pergi utk selama2nya tepat jam 6.27pm..
zamani ada di sisi arwah emaknya semasa arwah menghembuskan nafas terakhir.. Al-Fatihah..
Semoga roh arwah dicucuri rahmat & berada di dalam golongan org2 yg beriman.. amin..
10 hari sblm arwah emak zamani meninggal,
kereta kesayangan zamani (Mazda RX7) hilang dalam pagar rumah dia..
maknenye dalam masa 10 hari tu..
2 harta yg tak ternilai harganya hilang dari hidup dia..
so sad.. dan kete tu dah dijumpai di pasir mas, kelantan...
ciannye la kat zamani kan.. dugaan..
Tahun 1998
Album Slam Dalam Harapan diterbitkan bersama novel berilustrasi
Slam Dalam Harapan..
Tahun 1998
Zamani nak jual kereta mazda mewah dia
dgn harga RM50,000.00 tunai..
Mei 1998
Slam berpecah.. sedih gile mase nih..
25/05/1998
Surprise birthday party utk zamani yg ke 27 tahun
telah diadakan di sebuah warung milik isteri kpd teman baik zamani (hatta)
yg juga PRO NAR Records..
Tahun 2000
Sebab nak belajar berdikari, zamani dok sewa kat Bukit Antarabangsa..
Manja sgt.. So kene la belajar hidup sendiri..
kan..kan..kan..
25/07/2002
Album single pertama Zamani dilancarkan..
Tahun 2002
Zamani dapat anugerah vokal lelaki pilihan kat Anugerah Era 2002..
masa ni CT dpt anugerah vokal perempuan pilihan.. (saje je bgtau).. hehe..
Tahun ni juga Telemovie Syair SiPari2 diterbitkan dalam bentuk vcd..
12/07/2003
Zamani dpt masuk anugerah Juara lagu akhir utk
lagu syair si pari2.. tp takde rezeki..
kemenangan tidak berpihak padanya..
Tahun 2004
Telemovie Celak Pak Andam diterbitkan..
17/01/2005
Zamani adalah antara finalis anugerah juara lagu utk
lagu kala hujan.. tp tak jugak menang..
emm.. bila nak menang ni?
OTHER
- Klinik yg selalu abg adek pegi - klinik kat taman setiawangsa..
- Zamani tak suka minum air akar kayu.. pahit..
selalu kalau sakit, dia telan pil pain killer yg doktor bg..
- Zamani ada kereta iswara 1.3 valve (merah)..
dia taknak jual kereta tu sbb ade sentimental value..
(bw arwah maknye pi hospital mase sakit)..(THIS ARTICLE IS TAKEN FROM NINA AS A MODERATOR OF ZAMANI FANCLUB)
anyway thanx for this article
iPhone 5S Simple Review
10 years ago
7 comments:
thanks so much nina for sharing this..susah betul nak tau profile ttg zamani ni...bile dpt detail mcm ni, best plak baca...kalo ada cite lg, update la lg..heehhehee..
I'm a fan of zamani too! From spore, can't wait for Slam to come down here in 4 days time!!! This Friday at spore Expo! Love always, DyaNadeeya(jurong west, spore)
sya suka zamani dan slam hgga sekarang dan tak pnh jemu dgr lg diorang.terutama zamani punya suara sangat unik,maybe key suara dah mmg begitu.thanks a lot for sharing.
Wahhhh there's nothing in that pages. I couldn't see anythin here. Maybe something wrong. I'm is zamani fan from indonesia. I like him since i'm 4 years old now i'm 23years old. Anybody can help me to get his email,phone number or his address? Please send to my email viyindependent1991@gmail.com. Thanks
Hi
Can anybody inform about Zamani i mean the newest things about him ?!
Thanks all so much
abang Zamani is always the best
zamani the best
Post a Comment