As Salam
Apa khabar semua? Hari ini tiba-tiba dapat ilham menulis dan dapat sedikit masa terluang. Hari ini yutaka ingin bercerita mengenai ujian daripada Allah. Ujian Allah yang hadir tanda sayangnya Allah kepada hambaNya. Semakin banyak ujian Allah yang datang bererti semakin sayang Allah kepada kita. Ujian Allah ini berbeza-beza. Mungkin ada insan yang diuji dengan kesakitan, ada juga diuji dengan kesusahan wang ringgit, diuji dengan lambatnya jodoh, diuji dengan cinta tidak kesampaian dan lain-lain.
Apa yang pasti setiap ujian itu adalah mengikut kemampuan penerimanya. Tetapi tidakkah kita perasan yang setiap kali ujian yang kita hadapi, ada sahaja insan tertentu yang ditakdirkan membantu kita ketika itu. Sebagai contoh, tayar kita pancit. Tiba-tiba Allah berikan kita ilham untuk mencari pertolongan daripada rakan-rakan kita. Atau mungkin kita hadapi masalah stress kerja, pastinya ada insan yang boleh membantu kita mengurangkan stress tersebut.
Hebat bukan rasa kasih Allah terhadap hambaNya, Allah tidak akan membiarkan kita sendirian di dalam menghadapi ujian dariNya. Tetapi kita sebagai manusia seringkali mengeluh dan mengaduh geram setiap kali ujian itu datang kepada kita. Mungkin juga kita akan termaki hamun kerana stress menghadapi sesuatu ujian Allah.
Apabila menghadapi sesuatu ujian Allah itu, kita boleh mengamalkan prinsip Tenang Doa dan Yakin. Bertenang ketika berdepan dengan sesuatu ujian. Berdoa kepada Allah. Kemudian yakin kepada Allah bahawa Allah akan membantu kita. Tetapi itu tidak mudah dilakukan kerana ada entiti jahat bernama syaitan akan menghasut kita untuk marah dan mengeluh apabila ada ujian daripada Allah.
Apa pun kita sebagai manusia memang ada limit keupayaannya. Kita kadangkala terlepas rasa geram dan termakan hasutan syaitan ketika ujian melanda. Jika kita terlepas mengeluh, kita boleh menadah tangan untuk memohon ampun kepadaNya. Mengeluh tandanya kita tidak redha dengan ujian Allah. Allah tidak pernah berkira dengan kita di dalam pemberian rezeki yang banyak. Tetapi kita sering berkira dengan ujian Allah yang hanya sedikit.

No comments:
Post a Comment