Saturday, August 4, 2012

KAMERA HALAL



As Salam

Sebenarnya hari ini yutaka ingin membawakan kisah mengenai pekerjaan jurugambar. Jurugambar yang yutaka ingin tekankan di sini adalah jurugambar perkahwinan. Sememangnya yutaka begitu berminat di dalam hal fotografi ini. Suka mengambil gambar dan suka menjadi model. Pernah dulu yutaka bercita-cita ingin menjadi jurugambar perkahwinan secara profesional.

Profesion jurugambar perkahwinan ini merupakan profesion yang boleh mendatangkan keuntungan yang tinggi. Semakin profesional skill jurugambar, semakin mahal bayaran nya. Mendapat bayaran yang tinggi bagi setiap acara membuatkan ramai yang berebut-rebut untuk memiliki kamera mahal (walaupun ilmu fotografinya sangat amatur)

Rakan-rakan pernah bertanya kepada yutaka. Mengapa tidak melibatkan diri dalam laman fotografi secara profesional? Jawapan yutaka amat mudah. Yutaka tidak mahu berdosa. Berdosa kerana mengambil gambar yang tidak menutup aurat dan dosa memaparkan gambar "telanjang" itu kepada orang ramai. Ditakuti sekiranya yutaka meninggal dunia, yutaka tidak sempat memadamkan potret yang tidak menutup aurat yang pernah yutaka ambil.


Pasti ada suara-suara yang mengatakan yang penting niat. Ya .. niat itu memang penting. Setiap amalan bermula dengan niat. Atau mungkin orang akan berkata lagi yutaka bukan Tuhan yang boleh menentukan dosa pahala seeorang jurugambar. Terpulang kepada persepsi masing-masing. Yutaka manusia biasa, yutaka tidak bisa menangkis mengenai rasa was was nya yutaka berkenaan dengan aurat model perkahwinan itu sendiri.

Jika pengantin itu menutup aurat yang sebenar dan aksi di depan lensa tidak menaikkan nafsu berahi bagi yang melihatnya, yutaka rasa tidak menjadi masalah untuk mencari duit poket di dalam laman fotografi ini. Tapi tidak semua pengantin menutup aurat semasa bersanding di atas pelamin. Jadi renung-renung dan selamat beramal.


Thursday, August 2, 2012

KEKASIH LAMA BIARKAN DIA


As Salam

Hari ini yutaka ingin membawakan satu penceritaan mengenai bekas kekasih. Kekasih lama adalah orang yang pernah kita cintai suatu masa lalu. Kekasih lama diingati? Perlu kah? Kaum hawa seringkali tidak boleh melupakan kekasih lama nya berbanding dengan kaum adam. Bagi mereka kekasih lama tidak mudah untuk dilupakan kerana mereka pernah membahagiakan pintu hati dahulunya.

Berbanding dengan kaum Adam, kekasih lama tidak perlu diingati. Kerana bagi mereka, yang berlalu biarkan berlalu. Yang sekarang lebih dihargai. Tetapi benarkah wanita ni seorang pengingat? Untuk jawapan ini, yutaka ada bukti beberapa orang rakan yang masih dok skodeng kekasih lama nya walaupun sudah berkahwin beranak pinak.


Berhubung dengan kekasih lama walaupun sudah berkahwin adalah satu simptom yang perlu dielakkan. Ini kerana, ditakuti mereka akan terjerumus ke alam SKANDAL. Bila berhubung dengan kekasih lama, segala permasalahan rumahtangga akan dikongsi bersama. Bukankah rahsia rumahtangga adalah rahsia bersama pasangan yang dinikahi. BUKAN KEKASIH LAMA !!

Bila ada masalah, akan diceritakan dengan kekasih lama. Lama kelamaan, perasaan CINTA TERLARANG akan bersemi di jiwa. Bukankah itu CURANG ? Curang yang paling halus dan membunuh adalah menyintai orang lain selain daripada pasangan yang telah dinikahi. Jika ini dilakukan, sudah pasti Allah murka. Bila Allah murka, pastinya balasan nya amat pedih.

Perkara paling utama bagi yang telah bernikah akan bakal menikah, lupakan kekasih lama. Tidak perlu menggatal berkawan balik dengan kekasih lama. Mulakan hidup yang baru bersama dengan orang yang ikhlas ingin menemani anda seumur hidup. Jika kamu berhubung kembali, adakah kamu ingin tergolong di dalam golongan DERHAKA? lebih baik menghindar daripada mengubati.