Tuesday, June 12, 2012

TUDUNG PENDEK




Konbanwa

Hari ini yutaka begitu terkesan sekali dengan soal pemakaian tudung di kalangan wanita. Pemakaian tudung di kalangan wanita yang berfesyen kini tidak mengikut spesifikasi Islam sebenarnya. Gambar di atas adalah contoh pemakaian yang selalu kita nampak di sekeliling kita. Fesyen tudung yang pendek banyak berada di pasaran yang selalu menjadi pilihan para umat Islam sekarang ini.

Orang berkata wanita bertudung tidak semestinya baik. Mungkin disebabkan cara pemakaian tudung yang tidak melepasi paras dada menyebabkan wanita begitu terdedah kepada perangkap nafsu. Ada beza persepsi dan pandangan di antara wanita yang bertudung labuh dan bertudung pendek. Kebiasaannya wanita bertudung labuh kurang terdedah kepada jenayah seksual berbanding dengan bertudung pendek.


Gambar di atas adalah lebih sedap di pandang. Yutaka sangat suka melihat wanita bertudung labuh. Mungkin bagi pendapat orang lain, bertudung labuh diklasifikasikan sebagai tidak mengikut fesyen terkini. Sebenarnya bertudung labuh seperti ini sesuai dibawa ke mana-mana. Di negara barat, wanita bertudung labuh di "buang" daripada mengikuti aktiviti masyarakat.

Walaupun begitu. aktiviti bertudung labuh ini mestilah dikenakan dengan cara pemakaian yang menutup aurat. 

a) Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan.
 b) kain atau seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali. 
c) mesti memakai sarung kaki.
d) baju mestilah  labuh dan longgar. 
e) Kasut tinggi yang tidak berbunyi (jika bertumit tinggi, hendaklah tumitnya diperbuat daripada getah)


JEMU TERHADAP SESUATU PERHUBUNGAN



Konbanwa

Hari ini yutaka teringat kisah rakan yutaka yang menceritakan mengenai jemu terhadap pasangannya. Sekarang rakan yutaka ini sudah bernikah dengan pasangan yang dikatakan sangat menjemukan dahulu. Syukur kepadaNya di atas pembinaan masjid itu. Perasaan jemu itu hampir-hampir sahaja menyebabkan rakan yutaka ingin memutuskan hubungan dengan pasangan nya itu.

Yutaka ada bertanya mengenai di manakah datang nya perasaan jemu itu ketika sebelum bernikah. Jawapan nya adalah mudah dia sudah bosan dengan sikap pasangan nya. Pasangan nya sangat mengambil berat terhadap keselamatan nya. Selalu berkorban untuk dirinya. Dan yang paling penting adalah menyayangi dirinya sepenuh hati. Tetapi mengapakah rakan yutaka begitu bosan dengan sikap pasangan nya?

Rakan yutaka ini berkata dirinya sudah terlalu biasa diambil berat sedangkan dirinya tidak begitu mengambil berat terhadap pasangan nya. Jikalau ada pertengakaran kecil, pasti si pasangan itu akan beralah walaupun terkadang silapnya datang daripada rakan yutaka sendiri. Jadinya, rakan yutaka ini seolah tidak bersyukur kerana mendapat pasangan yang amat mencintai dirinya.

Selain itu juga, rakan yutaka ada mengatakan bahawa dia mencari pasangan yang jauh lebih baik daripada pasangan nya itu. Yang lebih kacak, lebih berkerjaya, lebih romantik. Dia menjadikan kekurangan yang ada pada diri pasangan nya itu sebagai alasan untuk dia berasa jemu. Dia mencari kesempurnaan di dalam diri pasangan nya walaupun dia tahu setiap manusia tidak sempurna.

Apa yang yutaka dapat perhatikan di sini adalah rakan yutaka tidak menghargai insan yang selalu bersusah payah untuk dirinya ketika itu. Adakah faktor kesempurnaan dan faktor sudah biasa menerima layanan istimewa boleh dijadikan alasan untuk dia berasa jemu? Tidakkah rakan yutaka patut bersyukur kerana ada insan yang sudi berada di sisi nya di kala susah dan senang? Apa pendapat anda?


Hargailah insan yang begitu menyayangimu sebelum
kamu kehilangan jejaknya.


Wednesday, June 6, 2012

YUTAKA SAYANG DIA


Konbanwa

Hari ini yutaka ingin menceritakan mengenai apabila sayang, apa yang perlu kita lakukan? Lelaki sememangnya diciptakan untuk menjadi pelindung kepada wanita. Pastinya lelaki yang punya asas agama yang kuat akan melindungi insan yang disayangi. Ini kerana, wanita merupakan tanggungjawab bagi seseorang lelaki.

Jika seorang lelaki mengasihi dan menyayangi seorang wanita itu, seorang lelaki perlulah menjaga wanita itu sebaik mungkin. Menjaga ini lebih kepada sentiasa membawa wanita itu ke jalan Allah. Mana-mana yang kurang elok, diperbetulkan kesilapan nya. Tidak dibiarkan kesilapan berterusan walaupun mungkin teguran itu mungkin akan membuatkan panas telinga wanita itu.

Yang perlu diberi perhatian adalah mengenai aurat wanita itu sendiri. Lelaki perlu menasihati dan terus memberi galakan kepada wanita yang disayangi untuk menutup aurat. Untuk mengubah seseorang wanita tidak begitu susah kerana hati wanita ini sangat lembut. Dengan pendekatan yang penuh hikmah, insya Allah nasihat itu boleh diterima dengan hati terbuka.


Selain itu juga, untuk menunjukkan sayang terhadap wanita, lelaki perlulah menghargai wanita. Wanita perlu dihargai untuk setiap apa yang dilakukan. Tidak kira besar atau kecil sumbangan nya, pastinya penghargaan itu merupakan satu motivasi kepada wanita itu. Sekiranya wanita sudah melakukan sesuatu perubahan positif, lelaki perlu menghargainya dalam bentuk pujian dan galakan.

Lelaki yang mencintai wanita juga, hendaklah menerima dan cintai kelemahan nya. Kelemahan bukan tiket untuk para lelaki mencari cinta lain. Kelemahan perlu ditampung dengan sempurna. Seperti kata pepatah Inggeris " Sharing is Caring and Loving " . Jadikan kelemahan itu sesuatu yang seronok untuk dikongsi bersama. Barulah dinamakan cinta sejati.

Yang paling utama adalah, lelaki perlu menjadi imam yang terbaik untuk wanita yang disayanginya. Imam ini bukan sahaja ditikar sejadah, tetapi menjadi hamparan kepada wanita menuju ke syurga. Bermakna menjadi teladan yang baik untuk wanita yang disayanginya. 


Insya Allah, untuk Scya, yutaka akan 
cuba yang terbaik untuk menjaga beliau.