Sunday, February 21, 2010

BENTUK KEBAHAGIAAN BUKAN CARI KEBAHAGIAAN



Konbawa

"Bahagianya aku selama ini"
mesti kata-kata ini yang diimpikan 
oleh setiap manusia di muka bumi ini
adakah kita berhak berkawan dengan
sang bahagia nan ceria itu? 
jawapnya adalah ya, kita berhak

persoalannya bagaimana kita 
mahu mendampingi sang bahagia ini?
bolehkah kita menjumpainya dengan
mencarinya di celah kedukaan?

mencari kebahagiaan itu boleh,
tetapi adakah dengan mencarinya
kita boleh jumpai dengan mudah?
biasanya makin dicari sesuatu,
makin susah kita mahu menemuinya

apa kata kita cuba membentuk kebahagiaan
walaupun ianya bukan semudah yang dikata
tetapi kita sudah berusaha untuk berkawan 
dengan kebahagiaan dan menjauhkan diri
dengan sang kedukaan nan lara

kita boleh mencari tetapi jika kita
bisa membentuk sesuatu kebahagiaan itu
yutaka rasa kita boleh mengekalkan
kebahagiaan itu di dalam diri kita sendiri
di samping membahagiakan orang lain



No comments: