Saturday, February 27, 2010

TAG UNTUK DIJAWAB


Konbawa ..

Sudah lama rasanya yutaka tak wat tag
tp susah gak nak mencari tema
dan mencipta soalan tag nih
dah cam guru penyedia soalan pula


CERITA ANJING DAN BAYANG²

a) pernahkah anda mendengar kisah anjing dan bayang-bayang?
 pernah.. tp sangat lama cerita itu.. time zaman kanak² dulu

b) kenapa bayang-bayang selalu buli anjing?
bayang² ni mmg terkenal dengan sikap pembulinya sejak dari dulu lagi .. myb sebab anjing ni mmg jenis mamalia yang senang kena buli, so padan la muka .. hahaha

c) ke mana hilangnya tuan punya anjing semasa anjing dibuli?
owner anjing ni myb tengah lepak di kedai kopi sambil dengar lagu regge kot

d) mungkinkah tuan punya anjing berkomplot mengenakan anjingnya?
mungkin ada kot, sebab anjing die asyik curi tulang je time kerja .. mana tak bingit tuan punya anjing tu .. nak marah, cam kasihan je..

e) anda rasa anjing ni sengal batu or kera sumbang?
nak kata kera sumbang tak bule, sebab tema ni lebih kepada anjing .. tak bule jawab r .. bule bikin rusuhan di kalangan komuniti anjing nnt..

f) kalau dihadapkan ke muka pengadilan, bolehkah bayang² dihukum?
boleh aja, jika ada bukti yang kukuh..

g) siapa yang bersalah? anjing? bayang²? or penulis cerita? berikan sebab² yang menyokong andaian anda itu?
tak sapa yang salah, yang salah adalah orang yang tak pandai ambil iktibar dari kisah ini

h) taglah kepada kawan2 blog anda ..
 en ifin
en ice
cik boneka


marilah kita lihat apa jawapan anda .. hehe

Sunday, February 21, 2010

BENTUK KEBAHAGIAAN BUKAN CARI KEBAHAGIAAN



Konbawa

"Bahagianya aku selama ini"
mesti kata-kata ini yang diimpikan 
oleh setiap manusia di muka bumi ini
adakah kita berhak berkawan dengan
sang bahagia nan ceria itu? 
jawapnya adalah ya, kita berhak

persoalannya bagaimana kita 
mahu mendampingi sang bahagia ini?
bolehkah kita menjumpainya dengan
mencarinya di celah kedukaan?

mencari kebahagiaan itu boleh,
tetapi adakah dengan mencarinya
kita boleh jumpai dengan mudah?
biasanya makin dicari sesuatu,
makin susah kita mahu menemuinya

apa kata kita cuba membentuk kebahagiaan
walaupun ianya bukan semudah yang dikata
tetapi kita sudah berusaha untuk berkawan 
dengan kebahagiaan dan menjauhkan diri
dengan sang kedukaan nan lara

kita boleh mencari tetapi jika kita
bisa membentuk sesuatu kebahagiaan itu
yutaka rasa kita boleh mengekalkan
kebahagiaan itu di dalam diri kita sendiri
di samping membahagiakan orang lain



Friday, February 19, 2010

SAYA SUKA MERUNGUT


Konbawa

yutaka tertarik dengan satu kisah 
mengenai sikap rakan yang selalu
merungut tanda tidak berpuas hati
perkara yang tidak kena adalah
mengenai persekitaran pejabat

Pejabat sering dilabelkan tidak seronok
kerana faktor kemanusiaan
Manusia merupakan unsur yang bikin
suasana bekerja tidak kondusif
dan paling tak bestnya adalah
mengenai mainan politik pejabat


Manusia rasanya betah dengan 
banyaknya kerja berbanding dengan 
suasana pejabat yang seperti "neraka"
bila sudah ada sikap tidak seronok
ditakuti niat kita tidak ikhlas
dan kerja yang dihasilkan tidak sempurna

bila perkara ini terjadi kepada anda
anda kena berfikir sampai bila harus
hidup digelangi dengan budaya murung 
sewaktu memberikan khidmat

bila difikir kembali rasanya
anda kena positif dan menganggap
itulah resmi yang perlu dihadapi
dengan sebuah senyuman 
anda perlu menyesuaikan diri dengan situasi
bukan situasi yang menyesuaikan diri dengan anda


Wednesday, February 17, 2010

KEKURANGAN UNTUK DILENGKAPI


Konbawa

Lega rasanya yutaka sudah boleh
kembali menulis kerana saat ini
sudah terlepas dari sedikit bebanan kerja

Kali ini yutaka nak bawakan mengenai
kisah rumahtangga walaupun yutaka
sendiri belum melalui alam rumahtangga
Kisah ini adalah berkenaan dengan
kekurangan yang perlu ditampungi
oleh pasangan memasing


Manusia memang tidak pernah
cukup dengan apa yang dimiliki
kadangkala kita mengimpikan
pasangan kita seorang yang 
cantik rupa paras, romantik,
kaya harta dan baik pekertinya

kekurangan yang ada pada pasangan memasing
memang perlu kita tempuhi dan harungi bersama
kita selalu sahaja merungut akan kelemahan 
dan kekurangan pasangan kita sedangkan
kita menyedari manusia itu tidak sempurna

kita sebagai pasangan memang tidak
akan mendapat pasangan yang sempurna
sesuai dengan apa yang diimpikan
tp kelemahan dan kekurangan ini perlulah
ditampungi dan disempurnakan oleh
setiap pasangan yang sudah berumahtangga


tidakkah kita dijadikan oleh Allah
untuk saling lengkap melengkapi
di dalam menjalani kehidupan rumahtangga?

Saturday, February 6, 2010

TAK RUGI JIKA



Konbawa

Bila dah start mem " blog " ini,
mula la datang idea mencurah² .. hehe
Post kali ini yutaka nak bawakan
mengenai perihal orang yang 
suka berlagak dan sangat angkuh

Pastinya di dalam kehidupan seharian kita
ada terjumpa dan berkawan dengan 
manusia yang sangat angkuh dengan 
kurniaan Illahi kepadanya

Rasa angkuh ini biasanya terjadi
seperti filem Tanggang di mana
keangkuhannya mula terserlah apabila
hidup berubah sekelip mata
daripada susah kepada senang
 
Orang yang angkuh ini makin angkuh
apabila orang lain berasa kagum 
dengan pencapaiannya di dunia ini
makin orang kagum, 
makin tinggi terbangnya sehingga 
berasa jijik untuk menjejak bumi

apa kata kita mengambil pendekatan
jangan terlalu kagum 
sebab kalau terlalu kagum, 
kita akan berasa sangat sakit hati
biarkan die dengan dunia angkuhnya
tak rugi la jika tidak melayan keegoannya itu

GADUH? MACAM BUDAK²


Konbawa

Sudah lama tidak update blog kesayangan hamba
ramai teman bertanya, kenapa tidak ada
post yang baru untuk dibaca ?
Minta maaflah yek, yutaka terlalu sibuk
sejak dua menjak ini

Untuk post kali ini, yutaka nak baca
isu gaduh? Gaduh terjadi apabila
sesuatu ketenteraman dicerobohi 
oleh insan yang cetek ilmu kemanusiaannya
Gaduh selalunya berpunca daripada
suatu percakapan yang menyakitkan hati
seperti kritikan tidak membina, menghina,
menyindir tegak², dan mengumpat belakang


Yutaka selalu terkena bahagian yang
menyindir tegak² dan mengumpat belakang.
Yutaka hanya senyum je bila terkena
tetapi makin tidak diendah, makin galak
pula dibuat oleh manusia yang boleh
dijeniskan sebagai bermulut longkang ini

Senyum dan tidak bertingkah tidak bererti 
yutaka takut hendak membalasnya,
tapi yutaka berpendapat manusia 
jenis bermulut longkang berhati sumbang ini
macam budak² yang belum mumaiz
yang tidak dapat membezakan baik dan buruk
perihal perilakunya itu ..