Wednesday, January 13, 2010

DAH NAMANYA REZEKI


Konbawa

Kita sebagai manusia ni berbeza
nasib dan tuahnya..terutama sekali dari segi material
ada yang bertuah sebab dapat hidup senang
ada pula yang kurang bertuah sebab tidak sesenang mana

terkadang timbul soal cemburu
bila kita tidak semewah mana
bila tengok orang berada, kita cam berbulu je
bila dah geram, kita pon dengki



kalau dengki baik, alhamdulillah
tp biasanya kita suka dengar bisikan iblis
kita mengata die berbakul²
itu la ini lah..macam²
dosa mengata tak terampun lagi,
ditambah dosa menghasut orang lain..


bila ada yang cuba mencucuk yutaka
yutaka dengar je dan cakap..
"dah rezeki dia..biar jelah..tak perlu fikirlah..
bersyukur la dengan apa yang ada"


 




Tuesday, January 12, 2010

DIA KAHWIN DENGAN BUDAK ITU? TOLONGLAH


Konbawa

Pernahkah anda terdengar suara²
" Ish..betul ke mereka nak kawen, tak kena langsung..lelaki tu dahla @#!#x&!*^ , wanita tu baik "

Yutaka teringat kata² ustazah yang mengatakan
wanita baik untuk lelaki baik dan sebaliknya
tp bagaimana pula jika berlaku sebaliknya..
pastinya akan muncul suara² di atas



Cuba kita buka sedikit ke"ortodok" kan pemikiran kita
fikirkan sebab mengapa perkara ini terjadi
ada idea? yutaka pernah terfikir hal ini,
cuba menilai kebarangkalian
hikmah yang perlu difikirkan bersama

Mungkin memang sudah jodoh mereka bersama
untuk apa? supaya pasangan yang berpekerti mulia
menunjukkan jalan keinsafan kepada pasangannya
itulah hikmah yang boleh difikirkan bersama
Allah itu Maha Pengasih..mungkin Allah
tidak mahu biarkan hambaNya terus sesat
tanpa hidayah dan petunjuk..



Friday, January 8, 2010

BERBUAT BAIK .. ALANGKAH BAGUSNYA


Konbawa

Dengan kesibukan kerja di awal tahun
dan dengan tiada idea singgah di minda
so, itulah alasan di mana  baru satu post ini
yang dicetuskan dalam tulisan blogku ini

Berbuat baik? perkara simple yang
terkadang sukar untuk dilakukan..
untuk kali ini yutaka nak post
bagaimana perasaannya
pabila melakukan kebaikan

Yutaka sentiasa sematkan kata²
seorang penceramah INTAN Kluang
yang pernah menyebut

" Jika kita permudahkan urusan manusia, maka Allah akan
permudahkan urusannya di kemudian hari "



Maka, apabila yutaka berpeluang untuk
melakukan suatu kebaikan, yutaka
rasa sangat gembira..kenapa gembira?
gembira sebab dapat melihat riak wajah
gembira dan disusuli dengan
ucapan TERIMA KASIH

walaupun itu secara sukarela
tapi tersembunyi kepuasan dalaman
di lubuk hati ini kerana bisa
menggembirakan hati orang lain
dengan kebaikan itu..