Monday, December 14, 2009

MALAS...BERAPA HARGANYA?


Konbawa

Malas? @ Mim Alip Lam Sin
dalam ejaan jawinya adalah
sifat yang perlu dielakkan
ada ke harga untuk bermalas² an?
hehe..jom yutaka bawa anda
kepada realiti kehidupan kita..



SITUASI 1

Lately yutaka macam malas je
nak basuh kereta..cian kereta ku itu
habis dihinggapnya habuk dan kekotoran
bila dah malas tu, yutaka pon decide
nak hantar ke car wash..kena bayar RM8
maka RM8 adalah harga malas
kerana tidak basuh sendiri

SITUASI 2

Tugas seorang pelajar adalah belajar
rajin² dan bersungguh².
hendak enjoy bule, tapi biarlah berpada²
Bila pelajar malas untuk belajar,
ke mana hala tujunya selepas tamat?
rata-ratanya adalah sukar untuk
mendapat pekerjaan yang bergaji besar
itu merupakan harga yang perlu dibayar
kerana malas berkawan dengan buku

SITUASI 3

Kita sebagai hamba Allah disuruh
untuk beribadat kepadaNya
kita kadangkala terlupa nak buat
terutama sekali dalam bab solat
jadi bila dah malas nak solat,
malas nak ucapkan syukur kepadaNya,
maka jauhlah Allah dari kita
Jauhnya Allah itu merupakan harga kemalasan
kita di dalam menunaikan solat..



Maka dengan itu, 
berapakah nilai kemalasan anda?
fikir2kan lah ya..


No comments: