Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009


Konbawa..

tinggal 60 minit atau sejam lagi
kita akan memasuki tahun 2010..
wah..teruja sungguh hati ini

jika diimbas kembali tahun 2009
kehidupan kita mesti dipenuhi dengan
campuran suka dan duka yang dilalui
yutaka pun tidak terlepas daripadanya



yutaka malas nak kenang kembali
kisah sedih yang dilalui sepanjang 2009
kerana bila dikenang, hati makin sakit
biarkan sahaja dan mengambil
iktibar terhadap apa yang berlaku

so untuk tahun 2009 ini, yutaka senaraikan
perkara paling best yang pernah dilalui

a) berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.
b) dinilai cemerlang dari segi kerja di mata bos yutaka..bestnya..
c) dikurniakan rakan sekerja yang best, dan  yang memahami
d) masih berkesempatan menjaga kedua ibu bapa yutaka
e) berkenalan dengan si dia..
f) dapat pindah ke department baru di mana hati makin tenang

untuk itu, untuk tahun 2010
yutaka berazam mahu
menjadi manusia yang lebih baik
dari semua segi..amin3x



TEGUR? BOLEH KE?


Konbawa

Sebenarnya isu ini sengaja diketengahkan
Baru² ini yutaka hadiri mesyuarat
dan salah satu topik yang dibincangkan adalah
tegurlah kesalahan orang lain..

Budaya tegur menegur jika ada salah silap
merupakan budaya yang semakin pupus
di mana situasi masa kini tidak
membenarkan budaya ini berkembang seperti dulu

Bila ditegur, ada yang tidak berpuas hati
dan paling tak profesional adalah berdendam
dengan si penegur kesilapan..
bila dah berdendam, akan disebar luaskan mengenai
keburukan si penegur kesilapan ke serata dunia

dalam situasi di opis pula, bila ditegur
bos akan dicucuk setiap hari.bila bos terpengaruh
tindakan drastik dilakukan iaitu keluarkan
si penegur kesilapan ke deparment lain..
busuknya hati mereka ini


 

Sunday, December 27, 2009

PICTURE OF THE WEEK



 Note : Telefon Bimbit & Cermin Mata Tanpa Power

DIBENCI BILA DITINGGALKAN


Konbawa..

Yutaka sebenarnya hendak bawa satu kisah
sebuah pengakhiran sebuah percintaan
di mana apa yang sering diutarakan adalah
mengapa kisah cinta itu berakhir

bila sudah berakhir, pastinya ada suara²
yang bertanya sebab berakhirnya
kisah percintaan sepasang merpati..
sebelah pihak yang marah akan
menceritakan keburukan orang
yang pernah dicintainya dahulu



habis dicanangnya kesilapan kelemahan
orang yang pernah menambat hatinya
apa yang dilakukan itu adalah untuk
mengelakkan diri daripada disalahkan
oleh masyarakat sekeliling

tak perlu la dibongkarkan apa yang
pernah dikongsi bersama dahulu..
anggap saja kamu berdua tidak
ditakdirkan untuk bersama
tidak perlu disalahkan siapa
yang betul, siapa yang salah

Jika ditakdirkan kita terpisah, bermakna
dia bukan jodoh yang terbaik untuk kita
kerana Allah akan berikan yang berhak
kita dapatkan di muka bumi ini..


APABILA DIRI DIKAPANKAN..

Konbawa..

Minggu sebelum perayaan Hari Natal
yutaka berpeluang untuk mengikuti
satu kursus anjuran jabatan

dalam salah satu modulnya
ada satu program Kembali Ke Fitrah
di mana setiap peserta 
diberi peluang untuk merasai suasana
berhadapan dengan sang malaikat



dengan bertemankan lagu sedih
diikuti dengan suara zikir tok imam
dan dengan titisan air menyentuh diri
didatangi pula oleh sang malaikat
yang sentiasa tetap menjalankan tugasnya
menyoal manusia berkenaan amalnya di dunia

setiap persoalan si malaikat perlu dijawab
jika salah, maka habuannya adalah seksaan
di kala terseksa, manusia hanya mampu merintih
dan memohon untuk diberi peluang untuk
segera sujud dan beramal kepadaNya sekali lagi

walaupun ini hanya satu lakonan situasi di kubur
namun yutaka sebagai hambaNya seakan gusar
dengan dosa yang begitu banyak sekali dilakukan
tidak tertunai lagi tanggungjawab yutaka
sebagai hambaNya di muka bumi ini..



Thursday, December 24, 2009

LAGUKAN KALIMAH ALLAH


Konbawa..

Untuk post kali ini, yutaka
mahu kongsilah mengenai perlunya
kita mengaji Al-Quran di rumah..

Al-Quran sememangnya mempunyai hak
dan kita perlu menyempurnakan
hak Al-Quran itu..tetapi apakah hak itu?
Hak Al-Quran adalah kita mesti khatam
Al-Quran sebanyak dua kali setahun



Alangkah bagusnya jika kita melagukan
kalimah Allah itu di rumah kita..
jangan biarkan rumah anda sepi
tanpa bacaan Al-Quran..

perkara ini seringkali yutaka sematkan
rumah kita seolah-olah rumah yang
gelap tanpa sebarang cahaya..
Jangan jadikan alasan
"SAYA TIDAK TAHU MENGAJI"
sebagai alasan untuk kita bermalas²an

kita hendaklah mewariskan peri pentingnya
kembali kepada Al-Quran kepada generasi
akan datang..dan itu adalah mengaji Al-Quran





Friday, December 18, 2009

BOS..ANY PROBLEMS?

Konbawa..

Yutaka sebenarnya saja nak post
berkenaan dengan satu sikap bos
yang sangat susah untuk berbincang
dengan anak buahnya



SITUASI 1


Situasi yang pernah terjadi kepada yutaka
yang mana sukar nak lupakan mengenai
seorang bos yang tidak berbincang dengan
yutaka mengenai pertukaran yutaka
ke bahagian lain. bukan mahu dilayan seperti
anak raja atau putera raja, tapi tak salah
jika berbincang dahulu dengan yutaka.
Pertukaran yutaka ke bahagian lain itu
disampaikan oleh bos bahagian lain


SITUASI 2

Rakan yutaka dipanggil oleh bos yang lain
mengenai kesalahannya di dalam proses kerja
Bosnya tidak pernah panggil atau menegur sendiri
rakan yutaka itu..dan menyerahkan tugas menegur
itu kepada bos yang lebih senior..yang paling bestnya
adalah semasa rakan yutaka dipanggil,
bosnya ada di meja bos senior itu..



Situasi 1 memperlihatkan betapa tak profesional
bos yutaka di dalam mentadbir urus
mengenai situasi yang kecil
Situasi 2 pula memperlihatkan betapa bos itu
tidak berani untuk menegur kesalahan
anak buahnya itu..

Yutaka pun tertanya susah sangatkah
jika mahu berbincang secara bersemuka?
jika ada masalah, bincanglah dari hati ke hati
tidak perlu takut untuk berbincang kerana
kami semua bukannya berfikiran ortodok 
yang tidak bule dibawa berbincang

Wednesday, December 16, 2009

PICTURE OF THE WEEK



Note : Cahaya Lampu di Mercure Johor Palm 
Resort & Golf Senai


Monday, December 14, 2009

MALAS...BERAPA HARGANYA?


Konbawa

Malas? @ Mim Alip Lam Sin
dalam ejaan jawinya adalah
sifat yang perlu dielakkan
ada ke harga untuk bermalas² an?
hehe..jom yutaka bawa anda
kepada realiti kehidupan kita..



SITUASI 1

Lately yutaka macam malas je
nak basuh kereta..cian kereta ku itu
habis dihinggapnya habuk dan kekotoran
bila dah malas tu, yutaka pon decide
nak hantar ke car wash..kena bayar RM8
maka RM8 adalah harga malas
kerana tidak basuh sendiri

SITUASI 2

Tugas seorang pelajar adalah belajar
rajin² dan bersungguh².
hendak enjoy bule, tapi biarlah berpada²
Bila pelajar malas untuk belajar,
ke mana hala tujunya selepas tamat?
rata-ratanya adalah sukar untuk
mendapat pekerjaan yang bergaji besar
itu merupakan harga yang perlu dibayar
kerana malas berkawan dengan buku

SITUASI 3

Kita sebagai hamba Allah disuruh
untuk beribadat kepadaNya
kita kadangkala terlupa nak buat
terutama sekali dalam bab solat
jadi bila dah malas nak solat,
malas nak ucapkan syukur kepadaNya,
maka jauhlah Allah dari kita
Jauhnya Allah itu merupakan harga kemalasan
kita di dalam menunaikan solat..



Maka dengan itu, 
berapakah nilai kemalasan anda?
fikir2kan lah ya..


Saturday, December 12, 2009

BENCINYA AKU PADA ....

Konbawa

Di dalam kehidupan ini kita
kadangkala berasa sangat sedih
dan kadangkala juga kita
sering teringat akan kisah pilu
yang pernah menimpa kita itu

Apabila kita teringat akan kisah sedih itu
minda kita akan disetkan untuk
mengingati dan akan terkejap di dalamnya
untuk tempoh yang agak lama..
Apabila terkejap, kita akan didorong
oleh satu perasaan benci kepada
pelaku yang membuatkan kita sedih

Sebenarnya perasaan benci itu datangnya
dari perasaan sayang dan cinta di hati
tapi disebabkan hati telah dilukai
benci pon hadir menawan sang cinta
tika benci menerpa, hati kita sakit
dan kita akan dijangkiti sakit kemurungan



PLAYER as known as PLAYBOAT

Konbawa

Sebenarnya yutaka saja nak bawakan
kisah mengenai seorang pemain cinta
pemain cinta yang suka bikin hati
orang lain penasaran dengan
cinta pura-puranya

Pemain cinta @ PLAYER
@ PLAYboy @ PLAYgirl boleh
dikategorikan sama. kerana apa?
kerana sikap dan perlakuan yang
suka mencari cinta lebih dari satu..





PLAYgirl mungkin lebih suka
menumpang "TUI" di atas kekayaan
sang arjuna berpoket tebal
PLAYboy pula mungkin didorong
oleh banyak sebab..

Adakah PLAYER² ini tidak berminat
untuk bercinta dengan ikhlas?
Mungkin mereka ada alasan masing²
tapi satu yang pasti, PLAYER ini
tetap bersalah kerana pura² cinta

Tuesday, December 8, 2009

KERANA CINTA, HIDUPKU PUN BERUBAH


Konbawa..

Cinta itu buta? adakah ianya benar?
ada orang kata, cinta tidak buta
yang buta adalah insan yang bercinta
walau apa pun pertikaian makna istilah ini
namun apa yang perlu diberi perhatian
adalah kuasa cinta itu sendiri

Cinta kepada manusia adalah cinta
yang sungguh indah kerana
bercinta adalah perlakuan
memberi, menerima dan menghargai



Kuasa cinta ini sungguh dahsyat
pabila bercinta, terkadang hilang pertimbangan
di mana saraf-saraf otak
tidak mampu berfungsi seperti biasa
ada juga yang sangat taksub dengan cinta
sanggup nekad berbuat apa sahaja
demi cintanya kepada insan lain

di sini perlunya sokongan rakan dan famili
di mana jika terdapat percanggahan 
etika perilaku, maka hendaklah
disedarkan dan diperbetulkan
walaupun terpaksa melawan hebatnya
kuasa cinta di jiwa