Thursday, July 23, 2009

BULAN SYAABAN KINI KEMBALI

Konbawa..

rasanya yutaka tidak lambat nak post
mengenai info bulan Syaaban ini.
info ini yutaka ambil daripada satu artikel
yang mungkin boleh kita dapat faedahnya

BULAN SYAABAN

Syaaban ertinya berserak-serak. Ketika ini masyarakat arab pada zaman dahulu akan berserak-serak mencari air di dalam bulan ini kerana pada bulan ini daerah mereka akan mengalami alam kekeringan yakni kekurangan air. Pada bulan ini terjadinya NISFU SYAABAN di mana Allah akan menurunkan rahmatNya pada hamba-hambaNya dengan membuka 300 pintu rahmat. Setiap amalan akan diangkat pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w. bersabda "Lakukanlah amalan yang mampu oleh kamu kerana sesungguhnya Allah tidak pernah jemu sehingga kamu sendiri yang berasa jemu.? (Hadis HR. Bukhari)


KELEBIHAN BERPUASA DI DALAM BULAN SYAABAN;-

1) Sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam bulan Syaaban akan diampunkan dosanya.

2) Mereka yang berpuasa pada hari khamis pertama dan khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan ke dalam syurga

3) Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk Syurga.

4) Mereka yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban dan berselawat ke atas nabi S.A.W. sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya.

5) Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebelum Syaaban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaratul maut, terlepas dari seksa kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari kiamat dan diwajibkan baginya syurga.


No comments: