Tuesday, July 28, 2009

YATIM, SITI ZAILAH DAN AZAM

Konbawa..

ini adalah post paling pendek
sekali pernah dibuat oleh yutaka
cuma satu ucapan untuk
member yang akan dapat
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
pada tahun ini

Tahniah untuk
Yatim, Siti Zailah dan Azam

atem n zaza,
nmpknya kalian akan lebih fames lps ni
jangan sombong sudah la..

BILA KAWAN MENJADI MUSUH


Konbawa..

Pekaba? kali ini yutaka
nak coretkan mengenai
apa yang terjadi apabila seorang
kawan rapat
bertukar menjadi musuh

kawan itu indah bila
adanya persefahaman di dalam
etika berkawan

apabila adanya unsur² jeles
dan cucuk mencucuk
ikatan suci ini kan retak lerai


bila dah tak ngam..
setan pun berbisik di telinga
hati berdegup kencang menahan marah
bibir pula akan mengata² sepuasnya
rahsia tersirat keluar semahunya

kadang² kita rasa seakan menyesal
kerana terlalu jujur di dalam bersabahat
adakah perlu disematkan ungkapan
"berkawan perlulah berpada-pada"
di dalam hati sanubari

Monday, July 27, 2009

AKU KAH PENDENGAR SETIA?


Konbawa..

Pekaba semua? arini yutaka nak
nak kisahkan mengenai kesukaan
yutaka iaitu mendengar masalah
or luahan orang sekeliling.

haha

Nak kata yutaka ni reti beri nasihat
tak jugakla, tp kalau
sekadar nasihat cket² tu boleh kot.
tp yutaka tahu, tak semua luahan
itu
perlukan maklum balas..
kerana kebanyakkan manusia
perlukan teman mendengar sahaja

tapi takpelah,
sekurang² nya yutaka boleh amik iktibar
dari kisah yang yutaka dengar tu

dari situ yutaka boleh belajar erti kehidupan

betul tak?











Saturday, July 25, 2009

SAMBUNG BELAJAR? MAYBE


Konbawa..


Yutaka sebenarnya suka belajar
benda-benda baru..
kerna apa? kerna dengan belajar
yutaka akan jadi lebih baik lagi

dalam minda ini, terfikir juga
macam nak sambung belaja

almaklumlah dulu masa sekolah
kurang rajin dan berangan xsudah

walaupun ramai yang kurang setuju
apaila diajukan hasrat ini
terutama sekali Sis Masrita
tp itu adalah perancangan dan pelaburan
yang rasanya yutaka teringin
nak lakukan selepas ini


tq to my mum, family n
also nisrin alyani
for supporting me



SETIAKAH WANITA?

Konbawa..

Apa khabar semua? post kali ini
adalah mengenai KESETIAAN.
wanita sering dikaitkan dengan
istilah kesetiaan

wanita akan setia walaupun
hubungan itu hanya sekadar
teman istimewa..
sukar untuk "tackle" wanita
yang punya kekasih di hati


kerna apa? kerna bagi wanita
cinta mereka hanyalah satu
Tidak boleh sesapa pun yang bisa
merobohkan
perasaan cinta di kalbu

jika pihak lelaki turut setia
alangkah bagus + bertuahnya wanita itu
bagaimana pula sebaliknya?
astagfirullah..minta dijauhkan..
amin3x

HIKMAH PASTI DATANG


Konbawa

"Sabarlah mungkin ada hikmahnya"
ayat ini merupakan satu pernyataan
yang sering diungkapkan apabila
kita hendak menyabarkan seseorang
yang mengalami
suatu kesedihan

Hikmah ini samada secara sedar atau tidak
pasti akan berlaku
cuma kita perlu sabar untuk
hadapi kesedihan itu

Jika kita bersabar dan berdoa
kepada Pencipta, yutaka
yakin hikmah disebalik kesedihan itu
akan muncul juga.
cuma lambat atau cepat sahaja.


Thursday, July 23, 2009

PERNAHKAH?

Konbawa..

Pernahkah
adalah post kali ini.
sebagai seorang anak, pernahkah kita
melakukan perkara dibawah ini
kepada ibu tercinta kita?

a) Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu setiap masa selagi dia masih bernyawa
b) Hadiahkan fatihah untuknya sebagai penenang hati
c) Infakkan tenaga menjaganya ketika dia memerlukan kita tanpa keluh kesah
d) Jaga dan peliharalah hatinya daripada kesedihan
e) Jangan jadi anak yang derhaka sebaliknya hormatilah dia sepanjang hidup kita
f) Jangan biarkan air mata ibu mengalir kerana kita

Jika nak dibandingkan dengan jasa ibu
melahirkan dan mendidik anaknya,
rasanya perlakuan di atas tidak cukup
lagi untuk membalas jasa mereka
tp better than nothing, kan?
moralnya, bahagiakan ibu selagi
kita punya ruang, peluang, dan waktu.


BULAN SYAABAN KINI KEMBALI

Konbawa..

rasanya yutaka tidak lambat nak post
mengenai info bulan Syaaban ini.
info ini yutaka ambil daripada satu artikel
yang mungkin boleh kita dapat faedahnya

BULAN SYAABAN

Syaaban ertinya berserak-serak. Ketika ini masyarakat arab pada zaman dahulu akan berserak-serak mencari air di dalam bulan ini kerana pada bulan ini daerah mereka akan mengalami alam kekeringan yakni kekurangan air. Pada bulan ini terjadinya NISFU SYAABAN di mana Allah akan menurunkan rahmatNya pada hamba-hambaNya dengan membuka 300 pintu rahmat. Setiap amalan akan diangkat pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w. bersabda "Lakukanlah amalan yang mampu oleh kamu kerana sesungguhnya Allah tidak pernah jemu sehingga kamu sendiri yang berasa jemu.? (Hadis HR. Bukhari)


KELEBIHAN BERPUASA DI DALAM BULAN SYAABAN;-

1) Sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam bulan Syaaban akan diampunkan dosanya.

2) Mereka yang berpuasa pada hari khamis pertama dan khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan ke dalam syurga

3) Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk Syurga.

4) Mereka yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban dan berselawat ke atas nabi S.A.W. sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya.

5) Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebelum Syaaban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaratul maut, terlepas dari seksa kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari kiamat dan diwajibkan baginya syurga.


Wednesday, July 22, 2009

YOU JUMP I JUMP


Konbawa..

Pekaba semua? baru-baru ini
yutaka ada menonton filem TITANIC
dalam² menonton itu, yutaka
suka statement pasangan kekasih

" YOU JUMP I JUMP "

dalam konteks pasangan kekasih
maybe tersemat ayat ini dalam jiwa
tetapi dalam konteks berkawan,
rasanya susah nak cari

Susah nak mencari kawan sejati
yutaka pernah jumpa kawan yang
"YOU JUMP I RAN AWAY"

kenapa yutaka kata camtu?
sebabnya adalah kawan yutaka itu akan datang
jika perlukan bantuan
tetapi bila senang,
yutaka
dicampak ke laut mati

so, anyone can jump with me?

Tuesday, July 21, 2009

KISAH KURE² DENGAN ARNAB?

Konbawa..

Yutaka di zaman tadika
suka menonton kisah² haiwan
salah satunya adalah kisah
kure-kure dengan si arnab



so terfikir laks nak wat
satu tag berkenaan dengan kisah
haiwan berdua ini
just try n error..

jom kita menjawab soalan ini

1. Pernah melihat kisah kura² dan arnab?
pernah..tp dah bertahun lamanya..
lupalah
siapa yang menang..hehe

2. Kenapa watak kura² dan arnab dipilih?
maybe sebab penulis cerita ini ada membela arnab dan kura-kura. or maybe watak-watak ini sangat cumel..huhu

3. Anda suka jadi kura² yang kurang laju?
or arnab yang lemau?
kalau jadi kura², alamatnya tak sampai la ke mana²
kalau jadi arnab, myb saya kandas dalam exam..haha


4. kenapa ending, kura² yang menang?
nasib je tuh..kalau rematch balik mesti arnab menang
tu pun kalau arnab sudah mula belajar daripada kesilapan


5. Dimanakah terletaknya kekuatan kura².
di akalnya? di kakinya? semangatnya?
mana ada kuat..kan dah kate tadi..nasib je

6. Punca sebenar arnab kalah?
arnab sengal boleh terlelap?
atau penulis kisah ini sangat benci sama arnab?
maybe ada konspirasi yang mahu menjatuhkan arnab. pengacara
NTV7 edisi siasat, Karam Singh Walia
perlu menyiasat perkara ini

7. Jika arnab yang menang, apakah tajuk cerita yang
sesuai? arnab laju tp lemau? or kura² terkedek²? or else?
arnab menang kerana kure² terkedek²

8.bolehkah rakan blog anda menjawab soalan ini?
IFIN
CIK BONEKA CHANTEQ

ICE


AKU NAK BERSARA as known as RETIRED

Konbawa..

Hari ini adalah hari yang
sungguh bosan sekali
Ntah kenapa tetibe sahaja
rasa kebosanan ini melanda

Maybe sebab faktor
persekitaran kerja yang
tidak best or maybe
kerna setiap hari yutaka
mengadap kerja yang berulang²


Orang pernah kate bestla
kerja yutaka sekarang nih
sebab tidak banyak kije,
tidak ada perkara berbangkit

tapi yutaka sebenarnya lebih
tertekan jika pancaindera yutaka
ini tidak digerakkan
semaksimal mungkin

so, what can i do after this?
help me Allah, give me a breath

Monday, July 20, 2009

SEDIKIT PERSAMAAN



Konbawa..

Yutaka sebenarnya suka
dengar lagu Sepi nyanyian Yuni Shara
penuh kesyahduan dan
mendalam maksudnya


SEPI

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

- m('u')m -

Sunday, July 19, 2009

MISTERI SANGATKAH YUTAKA?

Konbawa..

Yutaka baru-baru ini dikejutkan
dengan satu penyataan daripada
rakan yutaka yang mengatakan
yutaka ini sangat misterius

myb sebab disangka misteri
maka yutaka seringkali "disakat"
oleh akak² di office yutaka

wah², betul ke sangat misteri?
takdelah..mana ada misteri,
mungkin sebab yutaka ni
sangat² pendiam + pemalu

maka istilah misterius ini dijelmakan

jangan tak sangka
sebenarnya yutaka ni
suka bercerita, berbual²
suka mendengar masalah rakan
suka memberi kata-kata semangat
kalau sesuatu hubungan itu
menjadi rapat.



SIAPAKAH AKAN MERATAPI PEMERGIANKU?

Konbawa..

oho..bunyi post tu agak sedey
jangan bilang yutaka sudah
buang tebiat di pagi² ahad ni..

just terfikir sahaja..
if arwah MJ disanjung diratapi
seluruh kelompok manusia
adakah ada walau seorang yang
meratapi + menangisi
pemergian yutaka nanti


Soalan yang tidak mungkin
yutaka jawab atau melihat
sekarang ini.
Mungkin ada, dan mungkin tidak

Tetapi yang penting sekarang
adalah adakah yutaka sudah
bersedia untuk pergi
dengan hanya berbekalkan
secawan pahala?


Saturday, July 18, 2009

MAAFKAN DIA, NO WAY !!

Konbawa..

Pernahkah hati anda disakiti
disakiti hingga hancur luluh
Pernahkah anda rasa
nak tumbuk muka orang yang
telah sakiti hati anda?

pernahkah terlintas difikiran
untuk memaafkan orang itu?
maybe terlintas juga, tapi
rasa geram dihati selalu
menjadi penghalang

memaafkan orang itu adalah
sifat yang mulia
tidak semua orang bisa memaafkan
terkadang kita tak sengaja mendoakan suatu
keburukan akan berlaku
kepada si dia


marilah kita sama-sama
belaja memaafkan orang yang
pernah menyakitkan hati kita
kerana apa? kerana kita perlu
kasihan pada hati kita
yang selama ini tidak tenteram

percayalah jika anda berjaya
memaafkan si dia,
hati anda akan lega sangat2
dan akan tenang

BAIKNYA DIA


Konbawa..

Berbuat baik? mesti anda
semua suka sekiranya
orang berbuat baik kepada anda?

buat apa berbuat baik
sedangkan orang tak pernah
berbuat hal sedemikian
kepada kita?


pertanyaan itu yutaka pernah
dengar dari seorang teman


yutaka pun terfikir juga
ermm..maybe betul juga
tapi tidak mengapa la..
biarlah orang itu nak balas
or tidak kebaikkan kita itu
yang penting kita ikhlas
berbuat baik
urusan selanjutnya kita
serahkan kepada Allah

Tidak rugi berbuat baik
manusia menyenangi kita
pahala pun diberikan olehNya

JANGAN BERKAWAN DENGAN DIA, DIA TU...

Konbawa..

Pekaba semua? yutaka sebenarnya
suka berkawan dengan sesiapa sahaja
dalam-dalam berkawan tu,
ada juga yang berbisik

" janganlah kawan dengan dia tu, dia tu.."

erm..xtahulah nak cakap apa eh..
sebab bagi yutaka, apabila berkawan 2
yutaka lebih suka berkawan
dengan
ikhlas dan jujur

pernah satu ketika yutaka dicemuh
kerana berkawan dengan problem-maker
tapi yutaka tetap berkawan dengan dia
sebab apa? sebab yutaka rasa mereka ini
perlukan teman untuk berkongsi
masalah yang terpendam di jiwa

yutaka ingat sampai sekarang kata-kata
seorang penceramah
"Jika kita berbaik dengan orang,
Insya Allah, orang akan baik dengan kita"



Friday, July 17, 2009

BERILAH DIA PELUANG

Konbawa..

Kadang-kala kita selalu
mendengar rungutan daripada
seseorang yang seakan
tak puas hati
kerana tidak diberikan peluang
untuk menyertai sesuatu program.

mungkin kerana dia yakin
bahawa dia boleh
menyumbangkan kejayaaan
tapi benarkah dia ni berbakat?
Jika nak tahu, senang je..
watlah ujian saringan.


Dari situ kita boleh
melihat samada rungutan itu
sekadar cakap-cakap besar
ataupun memang dia ni
layak diberikan ruang untuk
menyertai sesuatu program

kita tak boleh menjangkakan
bahawa semua orang tahu
akan bakat kita,
apa kata kita membuktikan kepada mereka
bahawa kita ada sesuatu bakat
anugerah Illahi


Thursday, July 16, 2009

CIK AIN SUDAH PENING KEPALA

Konbawa..

yutaka ada mendengar satu khabar
mengenai siapa yang bakal
menggantikan tempat
bos yutaka sekarang ini

Seorang wanita muda
cantik, maybe sedikit pendiam
pastinya punya akal yang bijak
orangnya adalah CIK AIN

terdengar keluh resah darinya
yang membayangkan cabaran
yang amat besar
yang perlu
ditempuhi pada masa mendatang

tapi yutaka yakin akan
kemampuan CIK AIN di dalam
menerajui departmen yutaka nanti
Apa-apa pun, jika benar khabar itu,
yutaka ucapkan

SELAMAT DATANG
JADILAH SEORANG BOS YANG BEST

& MARILAH BERSAMA-SAMA
BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN


Wednesday, July 15, 2009

KENAPA DISALAHKAN NASI LEMAK ?

Konbawa..

semasa yutaka di bangku sekolah
yutaka sering mendengar
mengenai keluh resah pelajar
yang susah hendak belajar
setelah makan nasi lemak.

Ada bukti saintifik mengenai
kesahihan keluh resah ini

di mana terdapat item di dalam
penyediaan nasi lemak ini
yang membuatkan mata
kita mengantuks

yutaka ada membuat eksperimen
untuk menentusahkan bukti saintifik ini
ternyata penangan nasi lemak ini
sungguh dahsyat.

Jadi yutaka ambil satu inisiatif
iaitu belajar 2 jam selepas
sahaja makan nasi lemak

So far so good..
tak percaya? cubalah..



TERASA KEHILANGAN

Konbawa..

Yutaka sebenarnya rasa sangat lega
apabila mengetahui rakan yutaka
yang telah kehilangan
ibunya baru-baru ini
sudah ok

Yutaka tengok dia ok
still bekerja seperti biasa
tp yutaka pasti hatinya tak
setenang luaran fizikalnya.



Mungkin yutaka tidak bisa
melihat mata hati rakan yutaka itu
tapi yutaka amat faham
erti suatu kehilangan


Moga rakan yutaka
akan terus tabah dan sabar
dan moga Allah
lindungi dirinya
dan familinya



PUISI INI UNTUK SI DIA


PERGINYA AKU

IZINKAN AKU PERGI
KU LELAH DENGAN SEMUA INI

IZINKAN AKU BAWA DIRI
BIARKAN AKU MELANGKAH PERGI


IZINKAN AKU PERGI SENDIRI

AKU TAK MAMPU LAGI BERDIRI

LERAI SUDAH SIMPULAN HATI

LETAKNYA KASIH SAMPAI MATI


IZINKAN AKU PERGI
BIARLAH PURNAMA SETIA MENEMANI

SELIMUTI AKU TUK DAMAIKAN HATI
WALAU SUKAR TETAP DITEMPUHI

SELAMAT TINGGAL SANG PUTERI..


BOS AKAN PERGI?

Konbawa..
baru-baru ini bos yutaka dapat kerja baru..
wah..yutaka tumpang gembira
akhirnya impian menjadi kenyataan

walaupun myb dia tak sempat baca
post kali ini..
yutaka nak wish la pada dia

tahniah ..
all de best n teruskan

menjadi bos yang best


seronok bekerja bersama dengan
encik Norzaidy bin Kamaruzaman



Tuesday, July 14, 2009

MENGAPA BEGITU BANYAK PROTOKOL


Konbawa..


Apa khabar semua? Yutaka sebenarnya
tak begitu faham dengan protokol
yang dilaksanakan di dalam office

Protokol itu penting di dalam sektor awam
tapi kadang-kadang benda kecil
pun
tak boleh lebih kurang..
ntahla ek..tak faham la
rasa cam tak releven pun ada

Paling tak boleh terima tu
nak minta sesuatu pun
nak kena wat surat

takkan nak berkira ma..
satu office pe..

what ever..





TERUS TERANG, PERLUKAH?

Konbawa..

Berterus terang itu baguskah?
wah2..tajuk ni terlalu umum
tp yutaka nak bawa kalian
kepada yang lebih mendalam cket skopnya
iaitu perlukah kita berterus terang
kepada seseorang sekiranya
si dia
agak "menjengkelkan"


perlukah kita berterus terang kepadanya?
takut juga sekiranya dengan mengambil
tindakan sebegini si dia akan jauh hati.
Paling tak best jika si dia bermusuhan
dengan kita..xke naye tuh?


kadang-kadang yutaka agak pening
jika berhadapan dengan situasi begini
sebabnya yutaka tak suka untuk
menyakitkan hati seseorang
dengan
kritikan yang akan yutaka hamparkan

myb ada orang berpandangan
bahawa berterus terang itu lebih baik
kerana si dia akan lebih cepat sedar
akan kesilapan yang dilakukan
walaupun kadang2 kritikan itu
boleh menghiris kalbu..

anda bagaimana? perlukah terus terang
atau simpan sahaja dalam hati?
Anda sanggup melukakan hati seseorang
dengan tindakn terus terang ini?




Monday, July 13, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN MISS YOU

Konbawa..
Birthday again? ya..y not ma..
yutaka sebenarnya nak wish
birthday pada officemate yutaka
yang akan menyambut
ulangtahun kelahiran
pada
14 Julai 2009

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Miss You

Hopefully :

a) awak dipanjangkan umur
b) ditambahkan rezeki
c) dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia

d) lulus peperiksaan
e) bertambah manis dan cantik



HAPPY BIRTHDAY TO..

Konbawa..

Yutaka sebenarnya suka lor
wish birthday pada birthday person nih haha..
tp terpikir juga
adakah ada orang akan wish
birthday pada yutaka nanti?

mestilah ada..iaitu
my famili..akan wish birthday
pada yutaka nanti..hoho
itu sudah memadai bagi yutaka

tp kalau ada mmbr2 yang wish
yutaka menadah tangan tanda
syukur kepadaNya sebab masih ada orang
yang ingat dan sudi wish

haha..


Sunday, July 12, 2009

WOMEN? HOW SPECIAL ABOUT IT?

Konbawa

Yutaka ada membaca satu artikel
mengenai kaum hawa..
So, yutaka nak share mengenai
keistimewaan kaum hawa ni.
jom kita menyusurinya bersama-sama

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

wah2..betapa beruntungnya kaum hawa ini..




PUISI UNTUK SI DIA


IZINKAN AKU MERINDUI KAMU

BILA TERASA RINDU DI KALBU
TERLAYANG AKU DI AWAN BIRU
TERTANYA AKU PADA SANG BAYU
ADAKAH DIA GEMBIRA DI SITU

BILA TERASA RINDU DI KALBU
TIDUR MALAMKU SERING DIBURU
TAK SENGAJA KU SEBUT NAMAMU
BERULANGKALI TANPA RASA JEMU

BILA TERASA RINDU DI KALBU
PINTU CINTAKU TERPEKIK KEPADAKU
CUBA BERBISIK TUK KATAKAN SESUATU
BAHAWA AKU CINTA PADAMU


Saturday, July 11, 2009

BILA AGAKNYA AKU BISA..

Konbawa..

Baru-baru ini yutaka
ada mendengar dan mendapat tahu
ada sesetengah teman yutaka
yang berjaya menjawat jawatan baru
jawatan yang lebih tinggi dari sekarang

yutaka tumpang gembira
terkadang tu terfikir juga
bila la giliran yutaka untuk
merasai kegembiraan seperti itu?

Yutaka tetap positif
dan berbaik sangka padaNya..
yutaka berdoa agar impian yutaka
untuk upgrade my position
akan menjadi kenyataan.

amin (infiniti kali)


SUKARNYA MENJADI BONDA

Konbawa..

Apa khabar sume? Sejak 2 menjak ni
berita kehilangan anak perempuan
makin menjadi-jadi.
Takut juga yutaka mendengarnya..

Apa yang dicoretkan oleh media adalah
gadis-gadis ini memang berniat
untuk melarikan diri untuk
mengikut teman lelakinya
dan pergaduhan dengan ibunya
dijadikan alasan bagi berbuat demikian


Terfikir juga bagaimanakah perasaan ibunya
apabila anak gadisnya pergi dari rumah
tanpa meminta izin daripadanya?
Sukar juga ya menjadi seorang ibu,
dengan tanggungjawab menjaga rumahtangga,
dan tanggungjawab mendidik anak-anaknya.

Seharusnya kita sebagai anak-anak
cuba mendengar sebab leteren ibu
sebelum mengambil apa-apa tindakan.
ingatlah keberkatan hidup anak-anak
bergantung kepada doa sang ibunya.

Wednesday, July 8, 2009

SALAHKAH DIA ?

Konbawa..
Yutaka sebenarnya tertanya
mengenai beberapa persoalan
yang sering melingkari urat minda yutaka ni

a) Salahkah dia jika dia tidak bekerja sebagai satu pasukan?

b) Salahkah dia sekiranya rakan sepasukannya lari tinggalkan dia?


c) Salahkah dia seandainya sering membuli rakan sepasukannya sedangkan rakannya itu tidak pernah "beta" atau melawan balik ?

d) Salahkah dia jika meng " air con " penyelianya?


e) Salahkah dia sekiranya menjadi mata-mata penyelianya?

f) Salahkah dia seandainya dia berkira mengenai pembahagian folder?


g) Salahkah dia jika melayari internet di masa kerja sedangkan rakan yang lain membuat kerja?

h) Masih salahkah dia sekiranya dia tak sengaja melukakan hati rakan sepasukannya?


i) tersangat salahkah dia seandainya rakannya tidak menegur kesilapannya kerana dia anak emas penyelianya?



Setiap yang berlaku itu ada sebab mengapa ianya terjadi
Kita sebagai manusia tidak terlepas melakukan kesilapan,
sebab itu kita masih perlukan sejuta mata
untuk
menegur kesilapan kita.

diharapkan sejuta mata itu akan dapat menegur kita
sebelum kita semakin alpa dengan dunia ciptaan sendiri

HAPPY BESDAY TO MY BRO


Konbawa..
Nampaknya tinggal 20 minit
sebelum pukul 12.00
tak terlambat rasanya
nak wish something to my bro..

Di sini yutaka nak wish

" SELAMAT MENYAMBUT HARI
ULANGTAHUN KELAHIRAN "


Moga adikku ini

a) bertambah dewasa
b) dipanjangkan umur untuk beribadat kepadaNya

c) ditambahkan rezeki yang halal dan berkat
d) dikurniakan teman hidup yang memahami,
e) dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia
f) dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat

Tuesday, July 7, 2009

HARI KIAMAT MAKIN HAMPIR..


Konbawa..
Bulan ni adalah bulan
kelahiran bagi staf wanita
di office yutaka

lepas seorang.. seorang
yang "meletup"..
wah..mesti best kan
menimang cahaya mata


Dalam keterujaan ini,
yutaka sebenarnya diselubungi
rasa risau dan takut..
ini kerana kebanyakkan
bayi yang dilahirkan itu adalah
bayi perempuan..


ini makin mengurangkan populasi
kaum adam di muka bumi ini..
apabila makin berkurangan,
ni membawa petanda kecil
bahawa kiamat makin hampir..


Apabila mengenangkan perkara ini
yutaka rasa yutaka belum bersedia
untuk menemui Pencipta yutaka
ini kerana amalan baik masih belum
mampu menampung
dosa-dosa yutaka..

Monday, July 6, 2009

BERTUKAR, TERTUKAR, DITUKAR?

Konbawa..

sekarang nih office yutaka
tengah wat pertukaran tmpt
kerja bagi staf-stafnya

dalam sibuk-sibuk bertukar tu
ada satu dua komplen kurang
berpuas hati dengan pertukaran itu
Terdengar juga alasan-alasan yang kukuh
disebalik kurang berpuas hati tu


Yang paling pening kepala
adalah Madam Mumu..
bagus Madam Mumu, sebolehnya dia
nak puaskan hati semua orang.

sifat macam ni la yang buatkan
yutaka respect pada dia

bukan senang tau nak cari
seorang penyelia yang bertimbangrasa
macam Madam Mumu.

Sunday, July 5, 2009

m('u')m

KAU TIDAK SENDIRIAN

Kau tidak sendirian di kala ini
masih lagi punya kerabat di sisi

kau tidak sendirian sedih menangisi

masih punya teman untuk berkongsi


Walau hujan tidak begitu memahami

Jiwa merintih sedihnya hati

Tapi usah dihiraukan semua ini

Kerna masih ada sudi mendengari


Teguhkan kiblat doa kepadaNya

Disabarkan imanmu di jendela jiwa

Dikuatkan semangat hadapi segala

ujian Illahi penuh hikmahnya



Jangan sendirian menanggung sedih
aku disini sudi berkongsi jiwa yang pedih

NAK JADI MENTERI PERTAHANAN..


Konbawa..
Apa khabar semua? bertemu kembali ya..
title ni saja bagi gempaks..huhu
baru-baru ini ada seorang rakan
yutaka baru sahaja selesai
menjalani latihan ala-ala tentera..
berkesempatan juga la melihat gmbar2nya..

dalam lihat2 gambar tu kan..
ada seorang wanita bertanya la

"kau tidak mahu masuk "tentera" ni?
tapi kan rasanya kalau kau masuk,
aku rasa kau tak larat kot angkat senapang
ni kalau kau masuk PLKN ni, aku tak tahu la
"

Yutaka senyum sahaja, malas nak layan.
myb maksud dia baik
iaitu masuk "tentera" untuk berbakti
kepada Malaysia.

Yutaka nak juga berbakti kepada negara,
tp dengan cara lain la kan..
mana tahu satu hari nanti
yutaka boleh menyumbangkan idea
dari segi pertahanan negara..


Thursday, July 2, 2009

DIMURAHKAN REZEKI, MURAH KAH?

Konbawa

Pernahkan anda mendoakan
seseorang dengan ungkapan
"moga anda dimurahkan rezeki"

Syukur kepadaNya kerana
masih ada lagi insan yang
sudi mendoakan orang lain.

Yutaka tertarik dengan pertanyaan
mengapa guna ungkapan "DIMURAHKAN"?
tidak "DILIMPAHKAN" OR "DITAMBAHKAN"?
Yutaka terfikir juga, kenapa ya?


Bukan mahu menjadi hambaNya yang tamak,
tetapi bagi yutaka doa kepadaNya perlulah jelas
penggunaan "DIMURAHKAN" itu seakan
boleh dipertikaikan maksudnya.

Maka dengan itu dirasakan
penggunaan ungkapan "DITAMBAHKAN"
atau "DILIMPAHKAN" itu
lebih elok digunakan apabila berdoa kepadaNya.



Wednesday, July 1, 2009

TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN

Konbawa..

bertarikh 29hb jun 2009,
yutaka pergi melawat
seorang teman yang telah
kehilangan seseorang yang
amat dicintai iaitu ibunya

walaupun yutaka tidak
berada di tempatnya, namun
yutaka turut merasai
kesedihan yang dialaminya

kepada MISS LIZA,
moga awak bersabar,
kuatkan semangat,
teguhkan kiblatmu,
dan percayalah
setiap apa yang berlaku
pasti ada hikmah tersirat.


GOSIP..ALAMAK..

Konbawa..

Pekaba? gosip?
anda semua suka gosip?
macam2 gosip yang boleh
kita dengar

Yutaka suka membawa
isu gosip ini, tp seperti biasa
yutaka tak nak point kepada
individu tp lebih kepada
sikap individu


kebanyakkan daripada kita
selalunya tidak sengaja
terdengar gosip..
dan apabila terdengar gosip
itu, kita lebih suka menjadi
hakim untuk mengadili
siapa yang salah.


Yutaka pun bukannya perfect mana,
tp yutaka rasa alangkah elok
sekiranya kita hanya
mengambil iktibar

daripada menjadi hakim

tidak perlu mencanang kesalahan
orang lain sampai ke langit,
kerana ditakuti kesalahan itu berbalik
semula kepada kita..


BEST JUGA EH..

Konbawa..

baru-baru ini yutaka
berkesempatan untuk
berpuasa 1 Rejab..

banyak dugaannya
ada yang ikhlas belanja makan
ada yang tak sengaja terjemput makan
perut ni selalu je bersuara kelaparan..

dalam berpuasa tu yutaka
terfikir di mana alangkah bestnya
jika dapat makan dan minum,
tak kira lah jika makanan dan minuman
itu yutaka paling tak suka..

memang itulah kelebihan puasa
di mana kita dapat menginsafi diri
dan dapat mengajak kita bersama-sama
merasai kehidupan orang yang susah.