Sunday, March 29, 2009

PLEASE ANSWER MY TAG



Konbawa..


Lama tol rasanya tak update blog nih..
tgk2 ada orang tag kat yutaka..
thanks to ICE 4 this tag..

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :

Nak empat ker? Erm..cuba erk..tak janji ada empat ;

* yutaka
* oshin
* angah

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :

* 21 September 1983, yutaka dilahirkan
* 21 September setiap tahun, yutaka akan menyambut besday..ahaks
* Tarikh lahir my parents
* Tarikh lahir my siblings

FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES :

* kilatkan kereta
* jengah email
* minum air oren
* Iron baju

FOUR WAYS TO BE HAPPY :

* dapat gaji
* dapat kerja besar
* menang main bola dalam game Pro Evolution 2009
* senyum masa mengadap cermin

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :

*
Teman sepermainan iaitu Kujumaisniza
* Halim Mesran my best fren in Sekolah Menengah Teknik Segamat
* Cikgu Rusyidah, my best teacher in Sekolah Menengah Teknik Segamat
* My beautiful fren SOLEHA AHMAD

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE :


* LOVE
* LOVE
* LOVE n
* LOVE

FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION :

* Malaysia bumi bertuah
* Japan nak jenguk sedara Big Bro Yutaka Takenouchi
* England nak amik gambar dengan pemain bola sepak England
* Hawaii..nak bergelek tepi pantai.. ahaks..



FOUR FAVOURITE DRINKS :

* Air Putih minum lepas makan
* Ice Blended time pi GIANTS Tampoi
* Air Kelapa minum masa matahari tegak di kepala
* Air Tembikai masa time puasa Ramadhan

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG/HANDBAG :

* handphone..mesti ada..
* kad pengenalan diri..penting, kalau tak kena tangkap pulis
* gambar my parents..sejuk memandangnya
* makanan penting sebab selalu lapar..

FOUR FAVOURITE COLORS :

* red

* black
* blue
* white

TOP FOUR HANGOUTS :

* no komen..

TOP FOUR U LOVE SO MUCH :

* Allah
* Nabi Muhammad
* my religion..AL ISLAM
* family

TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU :

* seluar n baju baru
* handphone
* wallet
* katil tempat beradu

TOP FOUR WHO YOU WILL TAG :

nak kena tag orang ker..erm..xpe2..xnak nyusahkan orang..

TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY :

* xnak hampakan ICE..cian die
* soalan senang kan..so jawab ler..
* ada kelapangan masa..syukur
* sebab ICE selalu menyanyi lagu Kiss Me Through The Phone


Saturday, March 21, 2009

SAMPAI BILA AKU HARUS DIHUKUM


Konbawa..

Yutaka sebenarnya malas nak post perkara2 yang sedey2 nih..
tapi disebabkan tidak mampu menahan seorang diri..
maka yutaka coretkan di sini..

Yutaka sebenarnya rasa sangat tertekan
dengan tanggapan negatif rakan2 pejabat..
terutama sekali komuniti wanita ..
tanggapan negatif ini terjadi ekoran daripada satu peristiwa
yang melibatkan yutaka dengan seorang staf wanita ..

Nak kata yutaka salah, ya yutaka akui..
Tapi jangan dilupa wanita itu pun bersalah
Kira dua-dua salah la..
tp komuniti wanita tempat yutaka
bekerja
menyalahkan yutaka 200 %..
Kata yutaka itu la ini lah..
semua salah yutaka..

Tanggapan negatif ini sedikit sebanyak
membuatkan saham yutaka jatuh menjunam..



Apabila yutaka mahu berkawan dengan seseorang,
maka timbullah cerita negatif mengenai yutaka..
yutaka malas nak kepoh2 mengenai perkara yang lepas..

tp yutaka tertanya2..
sampai bila yutaka akan dihukum sebegeni?
mungkin yutaka tidak ada jawapannya sekarang..
tapi yutaka akan terus berdoa dan berdoa..
agar tekanan dan bebanan
dipandang serong oleh komuniti wanita ini
akan berakhir wat selamanya..



HAPPY TO ANSWER

Konbawa..
Yutaka baru menerima pelawaan ICE untuk
menjawab beberapa soalan tag.
nasib baik soalan senang nak jawab dan sikit.


date of birth?

Keluar melihat dunia pada 21 September 1983.
Thank you mama.. LOVE U SO MUCH..

best present yg pernah dpt?
Kad besday daripada parents masa belaja kat asrama..
Bila dapat tu rasa bersemangat nak studi elok2..cayol2

gift yg di impikan..?
Seseorang isteri yang solehah, boleh menerima famili yutaka.
bijak pemikirannya, dan sedap mata memandang

fav numbers?
Apa-apa nombor sume best. tak cerewet la.


fav colour?
putih bak salji, merah berani,
biru setenang langit tinggi

best place yg ingin dijejaki?
yutaka nak bercuti di luar Malaysia bersama famili dan orang tersayang.


rase bahagie bile.....
Dapat menjadi 'somebody" dan dapat
menyediakan satu penghidupan sempurna
untuk parents

fav movie..
"step up 1"

fav artist ..






Thursday, March 19, 2009

SELAMATKAN DIA WAHAI TUHAN

Konbawa..

Tadi Yutaka dikejutkan dengan satu cerita la.
Cerita mengenai adik kawan yutaka
accident dan telah kembali ke rahmatullah.

Actually, yutaka baru tau sebenarnya..
2pun rakan yutaka yang bagitau.
Bila dengar cerita tuh, yutaka dapat
bayangkan
betapa sedihnya kawan yutaka 2.


Selidik2, rupanya terdapat sedikit
ralat di sebalik cerita kemalangan tu.
Adik kawan yutaka 2 mmg kemalangan,
tp masih lagi hidup..
Syukur kepada Allah.. lega rasanya hati ini.

Yutaka harap agar adik kawan yutaka
cepat sembuh dan dapat menjalani
kehidupan dengan gembira..

" YA ALLAH, SELAMATKAN DIA. SEMBUHKANLAH DIA.
KERANA AKU TAK MAHU MELIHAT KAKAKNYA SEDIH "


amin ( infiniti kali )

RAHSIA PERSONALITI


Konbawa..

Arini yutaka nak kongsi la mengenai
rahsia personaliti dari kiraan tarikh lahir.
tapi jangan terlalu taksub,
just suka-suka je.
Pekata anda cuba sendiri?
Jika sama, ia hanyalah kebetulan,
tp kalau salah jgn marah.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)


Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon

- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.



So. bagaimana? Adakah mempunyai persamaan?

Sunday, March 15, 2009

WAJAH ATAU HATI?

Konbawa..
kali ini yutaka hendak membawa satu isu
iaitu WAJAH ATAU HATI?



Wajah atau hati? Mana yang anda dulukan?
Wajah? atau hati? Yutaka rasa hampir
keseluruhan akan berkata wajah berbanding hati.

Kenapa? Sebab manusia akan tertarik
pada sesuatu yang tersurat dahulu berbanding tersirat.
Wajah adalah tersurat manakala hati adalah tersirat..

Yang tersurat ini adalah sesuatu yang
boleh dilihat oleh mata kasar manusia..
Manakala yang tersirat pula sebaliknya..

Wanita atau lelaki yang hanya
mementingkan wajah berbanding hati?
Pada pengalaman yutaka..

a) lelaki akan memilih wajah
b) wanita akan memilih hati


Sebab apa? Sebabnya wanita lebih bersifat redha
berbanding lelaki yang matanya agak nakal.
Wanita hanya mahukan seorang lelaki
yang boleh memimpin, stabil, dan
bisa buat wanita tertawa.

Lelaki pula lain ceritanya. Walau tidak semua,
tetapi lelaki lebih cenderung kepada suatu
yang indah dan sedap mata memandang..
Jadi tidak hairanlah, ada suami yang
agak sasau apabila melihat awek cantik

Yutaka rasa kedua-dua item ini perlu
diberi perhatian yang sama rata.
Hati memainkan peranan penting,
namun wajah yang sedap mata memandang
( tidak terlampau cantik ) itu rasanya memadai.


BIARKAN AKU PERGI, KASIH


Konbawa..

Di saat pagi yang syahdu ini, yutaka tetiba sahaja
teremosi. Tak tahu nak jelaskan macam mana..
Hanya bunyi ketukan huruf di keyboard
boleh mewakili emosi yutaka sekarang ini.

Puisi ini adalah cetusan rasa emosi
yang dirasai yutaka bagi mewakili
perasaan seorang wanita yang
tidak pernah pudar cintanya terhadap
seorang lelaki sehingga wanita itu
menghembuskan nafas terakhirnya.


Terdiam aku di timbunan pasir itu
Menanti pertanyaan malaikat di situ
Tiba saatnya ku pulang kepada Mu
Menanti balasan sikapku terdahulu

Sayang..

Mungkin karyaku lambat tiba
Tiba setelah ajal di hujung nyawa
‘Tuk’ menyatakan rasa cinta di jiwa
Tak pernah padam dari kotak rasa

Walau dirimu tidak dimilikki aku
Namun ku bersyukur bisa ketemu
Dengan kamu bikin aku merindu
Rindu belaian cinta di kalbu

Sayang

Walau kita takkan pernah bisa
Menjadi kekasih Majnun dan Laila
Namun perlu diketahui hakikat yang ada
Kamu cintaku terakhir dan pertama

Selamat tinggal kasihku
Biarkan aku pergi temui Penciptaku

~~Al Fatihah untuk Allahyarhamah Zafira~~

Friday, March 13, 2009

INDEKS CEMBURU LELAKI MENGIKUT ZODIAK

Konbawa..
Ohayo gozaimas !! Kali ini yutaka nak share la

mengenai cemburu seorang lelaki mengikut bulan zodiak. Bukan wanita sahaja ada sifat cemburu, lelaki pun ada. Jom lihat yuk !!



Aquarius


Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces

Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries

Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx
Gemini

Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer

Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo

Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra

Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x

Scorpio

Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius

Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx

So anda di mana tahap cemburu anda?

CURIGA dan SMS

Konbawa..

Dalam post kali ini, yutaka mahu mengulas mengenai
sikap curiga wanita terhadap pasangannya.
Adakah curiga tanda sayang?
Adakah curiga perlu?

Sebagaimana post yang terdahulu, yutaka ada menyatakan
curiga itu perlu tapi jangan keterlaluan.
Acapkali apabila seseorang wanita itu curiga, perkara
yang dilakukan adalah menyamar menjadi wanita lain.
Penyamaran ini bertujuan untuk memikat pasangannya
dan dilakukan dengan memberi sms perkenalan.
Jika pasangannya melayan, maka ia boleh dikategorikan
sebagai TIDAK SETIA !!



Yutaka rasa wanita tidak perlu lah menyamar bagi
menguji tahap kesetiaan lelaki.
Mengapa perlu buat kerja yang sia-sia itu?
Sepatutnya, setiap pasangan perlu saling percaya
Jika tidak, rasanya sesuatu ikatan hati itu
tidak akan berkekalan.

Pada yutaka, tidak perlu lah keterlaluan camni.
macam budak-budak.

RIMAS LAH..


nokhtah..



Thursday, March 12, 2009

MENGAPA WANITA BEGITU BERHATI-HATI ?


Konbawa..

Apa khabar? Yutaka ada terfikir tentang satu perkara
mengenai hal wanita iaitu lebih kepada perihal berhati-hati seorang wanita. Wanita cukup berhati-hati mengenai
seorang lelaki.

Ada dua situasi di mana seseorang wanita cukup berhati-hati :

a) apabila seseorang wanita mahu menerima cinta lelaki
b) apabila seseorang wanita curiga mengenai kesetiaan lelaki

Kenapa agaknya wanita ini telalu berhati-hati?

Pada pendapat yutaka la, wanita begitu berhati-hati apabila mula mengenali seseorang lelaki. Dan lelaki
tersebut ada usaha dalam memikatnya.
Ya, sudah semestinya seseorang wanita agak berhati-hati.
Ini kerana wanita ini mendambakan seorang lelaki yang mampu membimbing, menjaga, dan berkongsi rasa.

Mengenai wanita yang curiga mengenai kesetiaan lelaki,
yutaka rasa ia perlu. Bukan apa, tidak semua lelaki
akan setia pada seorang wanita. Tapi, janganlah keterlaluan.
Yutaka pernah mengalami situasi ini. Ouhh..letih-letih.
Terlalu curiga membuatkan seseorang lelaki rimas.


Apa-apa pun, berhati-hati itu releven, tapi jika keterlaluan, rasanya akan merugikan diri sahaja..




Wednesday, March 4, 2009

NAK HADIAH .. NAK JUGA

Konbawa..
Pekaba? Hadiah atau present ni selalu dikaitkan dengan pemberian lelaki kepada wanita. Gentlemen katakan.. Yutaka pon suka terima hadiah dan bagi hadiah. Yutaka suka tgk wajah gembira apabila seseorang menerima hadiah tapi di dalam memberikan hadiah, kena gak waspada
jangan tersalah timing or tersalah bagi hadiah..



Hadiah yang anda beri ada memberikan maksud yang tersirat...


JAM TANGAN

Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN

Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG

Tanda mesra

RANTAI LEHER

Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG

Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT

Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN

Semoga kasih berkekalan dan dekatselalu.

PAYUNG

Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.



MINYAK WANGI

Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR

Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU

Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA

Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT

semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN
mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN
tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

Satu lagi... . zaman mellinieum... .


HANDPHONE


tandanya, kau jangan lari dariku!!!!
aku kan cari kamu walau dimanapun
melainkan kalau handphone tu ditutup... ..
HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!

MASUK MEMINANG

tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!


ANIAYA as known as SABOTAJ

Konbawa..

Arini kan baru yutaka dapat tahu yang seorang kawan yutaka
telah pun bertukar pejabat..Baru tahu tuh..so agak terkilan la
sebab kawan yutaka ni berlalu pergi cam gitu jerk..

Ada satu perkara yang bermain di fikiran yutaka?
Kenapa secara ttibe je kawan yutaka ni bertukar?
Kenapa tidak ada majlis perpisahan untuknya dibuat?
Ada sumber memberitahu yang kawan yutaka ni DIANIAYA..
bermaksud ada orang di pejabat call bahagian HR minta
die dikeluarkan dari pejabat..
So patut pun kawan yutaka blah cam tu je..
xcakap pon die kena tukar dan last bile..

Bercakap mengenai ANIAYA as known as SABOTAJ nih
mengingatkan yutaka pada kisah yutaka
di mana yutaka secara ttibe saja menerima arahan
ditukarkan ke bahagian lain..
Setelah diselidiki barulah yutaka dapat menyimpulkan
bahawa ini angkara cik MONG's
seorang NENEK (dah nak bersara)



Tapi takpe..arini ari nenek tua tuh..dunia ni kan bulat..
arini die aniaya yutaka esok myb ada orang aniaya die.
Yutaka taknak balas balik.Biar Allah balas perbuatan die

Apa yang dapat dipelajari oleh yutaka adalah
kita janganlah sesekali menggunakan taktik kotor
untuk menjatuhkan orang lain..
Kerana tidak mustahil satu hari nanti
kita akan meminta tolong pada orang tu juga..

p/s kepada NENEK MONG's :

jangan risau, yutaka tak akan balas balik
perbuatan nenek.
yutaka tidak akan memaafkan perbuatan nenek
tunggu di padang mahsyar di hari manusia dihisap.

fullstop..

Tuesday, March 3, 2009

KENTUT'S


Konbawa.. Arini kan yutaka rasa cam nak tergelak je bila baca artikel pasal kentut's ni. plak tu dikaitkan dengan personaliti kan.. jom kita tengok siapa yang kena..

1. Orang TIDAK JUJUR

Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.


2. Orang BANGANG

Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN LUAS

Orang yang tahu bila harus kentut.

4. Orang SENGSARA

Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.


5. Orang MISTERIUS

Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.


6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.


7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.


8. Orang SADIS

Orang yang kalau kentut di katil terus dikibaskan baunya ke katil orang lain.


9. Orang PEMALU

Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.


10.Orang yang STRATEGIK

Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak agar orang lain tidak dengar.




11.Orang BODOH

Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.


12.Orang PELIK

Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit"


13.Orang SOMBONG

Orang yang sering mencium kentutnya sendiri


14.Orang RAMAH

Orang yang senang mencium kentutnya orang lain.


15.Orang yang tidak senang BERGAUL

Orang yang kalau kentut sembunyi.


16.Orang AKUATIK

Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekuthuk".


17.Orang ATLETIK

Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18.Orang JUJUR

Orang yang mengaku kalau habis kentut


19.Orang PINTAR

Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.


20. Orang MALANG

Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....



Kentut-kentut anda bagaimana? Fikir-fikirkan lah....

APA PERSONALITI SAYA?

Konbawa.. Dah lama rasanya xpost ape-ape kat blog nih. Windu laks pada blog. hehe.. Dalam kita cuba mengenal orang lain, adakah anda tau jenis personaliti anda?

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.





a) Personaliti Periang. Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:

1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain

2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri

3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri


4. lebih banyak bercakap dari mendengar


5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah


6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain


7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak





b) Personaliti Pendiam bersifat:


1. lebih suka menyendiri


2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai


3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian


4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian


5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu

6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain




c) Personaliti Perasa bersifat:

1. mahu jawapan yang pasti dan tepat


2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak


3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak


4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh

5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu


6. kurang mempunyai firasat





d) Peramal sifatnya:

1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa

2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru


3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh


4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut


5. sering memberi jawapan berbentuk umum

6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa


7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan

8. suka menguji kebolehan orang lain



e) Personaliti pemikir bersifat:


1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang


2. sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik


3. yang penting dia mestilah benar setiap masa


4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik


5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi

6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan



f) Personaliti sensitif bersifat:

1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan, kehendak dan kesukaan orang lain

2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul


3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan


4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain

5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

So.. camne personaliti anda? Rasanya sukar kita untuk menilai diri sendiri.
Betul tak? hehe..