skip to main |
skip to sidebar
HIJRAH ATAU STAY
Konbawa.. Arini kan kat pejabat, tetibe je timbul soal nak berhijrah pejabat..Kecoh satu dunia mengenai soal nak berhijrah or bertukar pejabat nih.
Jika dikupas makna Hijrah ini memang banyak tafsirannya.. Hijrah berasal dari perkataan Hajara iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Senang kata Hijrah ini adalah perubahan atau reformasi. Perubahan yang dimaksudkan di sini dapatlah disimpulkan sebagai perubahan tempat kerja, suasana kerja dan sebagainya.
Manusia sebenarnya perlukan satu suasana baru di dalam rutin kerja harian mereka. Suasana baru di sini adalah persekitaran baru, rakan baru dan cara kerja yang baru. Kebanyakkan OLD TIMER or generasi veteren kat setiap jabatan kerajaan lebih suka menghabiskan masa kerjanya di jabatan yang sama. Antara alasan yang diberikan adalah
a) Tidak perlu belaja perkara baru yang rumit.
b) Ramai rakan-rakan yang sekepala.
c) Kitaorang nak pencen, bagila orang baru tukar..
d) Kerja skrg dah mahir, so watpe nak pi tempat baru. Lecehla..
Pada pandangan yutaka la, manusia itu akan belajar samapai ke hujung nyawa. Pembelajaran manusia itu adalah selama-lamanya, bukan setakat di sekolah sahaja. Mesti orang kata..cakap senanglah. Cuba kena pada batang hidung sendiri, baru tahu...
Yutaka pernah mengalami satu pertukaran bahagian di mana yutaka ditukarkan di atas tiket sabotaj. Walau ditukarkan tanpa rela,yutaka tak mengalah. Yutaka kena tunjukkan pada PENSABOTAJ ( orang lama yang nak pencen ) bahawa yutaka sorang pekerja profesional dan terbaik. Tempat baru yutaka ni agak leceh cket sbb kena selalu berpandukan kepada banyak pekeliling. Tapi berkat kesabaran dan doa, syukur yutaka sudah ok.
Banyak rasanya kelebihan di sebalik hijrah yutaka ini. Paling ketara adalah ilmu. Ilmu yutaka semakin bertambah, tak hanya terhad kepada satu skop kerja saja. Insya Allah, yutaka bercadang nak berhijrah ke jabatan lain pula. Hendak juga merasai suasana kerja baru, temui rakan baru, dan memperolehi ilmu baru.
So, dapat disimpulkan di sini, lebih baik la berhijrah dari terperap pada skop kerja or persekitaran yang sama.
No comments:
Post a Comment