Saturday, February 21, 2009

MENGAPA OFFICE PERLU SAYANG AKU?


Konbawa..

Apa kaba? Tempoh hari yutaka ada menyebut pasal
nak hijrah @ stay dalam post yang lepas..
Yutaka ada menyuarakan hasrat nak hijrah
pada seorang staf wanita tempat yutaka bekerja..

Dan persoalan yang timbul adalah kenapa nak "blah"?
Alasan cover line adalah sebab office tak sayang yutaka..
Diajukan satu persoalan lagi..
" Kenapa office perlu sayang yutaka? "

Susah nak jawab persoalan itu..Kenapa ya?..
Erm..Kalau nak puji diri bagus, nnt orang kata perasan giler
Bila pikir punya pikir aku dapat jwpn..
tp jawapan tangkap muat je kot..huhu


" KENAPA OFFICE PERLU SAYANG YUTAKA?"
Persoalan kenapa dan orang yang dituju itu adalah tidak penting..
Camnila..setiap office perlu sayang pada pekerja-pekerjanya
Tapi di office yutaka, tidak terjadi, sebab :

a) Kebajikan pekerja amat jarang diperhati..Tidak pada pegawai

b) (Ni kes terpencil) Pekerja ditukarkan tanpa ada perbincangan dulu..
Di mana pekerja dicampakkan sesuka hati

c) Perkembangan kerjaya selalu terhalang..Ni kes nak tukar jabatan.. nak cari pengalaman dan suasana kerja yang baru. Bila nak minta tukar ada saja alasan
(balik-balik bila cakap nak tukar jabatan, pegawai kata
tukar bahagian sahaja la)

d) Mana yang baik dengan bos, selalu dapat anugerah cemerlang. Bos tidak memandang pada mutu kerja, tapi mutu MENGAMPU

Tu yang yutaka perhatikan la..Tp rasanya di mana-mana tempat kerja adalah sama..Walaupun begitu, yutaka sayang pada jabatan tempat yutaka bekerja..kerna di sana yutaka dilahirkan dan dibesarkan.. Mana boleh lupa beb.

Friday, February 20, 2009

MENGAPA LELAKI DI TARIK KE NERAKA OLEH WANITA


Konbawa..

arini kan yutaka ada terima la email dari kawan yutaka..
tajuk die uihhh..memang menyeramkanlah..

" MENGAPA KAUM ADAM DITARIK KE NERAKA OLEH KAUM HAWA? "


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)



2. Suaminya


Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatila h dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanla h dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..."

Monday, February 16, 2009

KU BISIKAN LAGU UNTUK AYAH


Konbawa..

arini kan hari besday ayah yutaka.. 16 Februari
tak sangka masa cepat berlalu..dulu rasanya cam diri ini kecil sekali..
tp apabila besday ayah yutaka telah datang, rasanya usia yutaka makin berganjak lajunya..
Yutaka masih belum menunaikan lagi impian ayah.. iaitu mahu melihat yutaka mendirikan rumahtangga..
adoi..letih2..bukan xterniat ke arah itu, tp belum jumpa insan bernama isteri..
apa2 pun yutaka nak kirimkan puisi ini pada ayah yutaka..



Ku kirimkan salam pada sang bayu

Ditujukan istimewa untuk insan yang satu

Insan yang ku sayangi selalu

Ku sayangi dirinya sepenuh jiwaku


Terima kasih wahai bapa

Sudi menjagaku selama 9 purnama

Sambut kehadiran diriku dengan gembira

Alunkan azan di telingaku yang dua


Bila tangisan didendangkan aku

Dirimu sabar menceriakan hatiku

Agar bisa diukirkan senyuman beribu

Diselangi dengan hilaian tawa manjaku


Bapa..


Bila aku mula mengenal dunia

Tegur ingatanmu menjadi penyelamat jiwa

Agar diriku tidak terlalu alpa

Dengan dunia keseronokan semata


Walau jauhnya langkah kaki ini

Walau pantasnya hari berganti hari

Tidak terputus kasih nan suci

Kerana bagiku dikaulah penyeri hati

Sunday, February 15, 2009

WHAT IS TAG?

Konbawa

Apa itu TAG? uish.. malas tol nak jawab tag nih.. tp disebabkan yutaka telah di " TAG " kan oleh ice, maka yutaka cuba menjawab TAG tu. Thanks to ICE coz sudi TAG yutaka..

1. Ungkapkan diri anda(senaraikan 5) .
~ Smile
~ Pendiam
~ Suka memerhati
~ Strong spirit
~ jiwa artistik

2. Nama glamour anda.
~ yutaka

3. Nyatakan status diri anda.
~ single and available

4. Berikan 3 lagu kegemaran anda.
~ Kembali Merindu song by Slam
~ Gubrak song by Intan Nuraeni
~ Show Me The Money song by Petey Pablo

5. Nyatakan 5 ciri fizikal anda.
~ Tak terlalu kacak
~ Tinggi la juga
~ No too fat or thin
~ rambut lurus
~ No too fat or thin


6. Gelaran orang bg anda. :-p
~ Tak baik menggelarkan orang..nnt Tuhan marah..

7. Nyatakan 3 situasi yang boleh membuatkan kamu menangis.
~ when got a flying colors in exam
~ bila my parents sad lor
~ bila orang tak menyedari kehadiran yutaka di bumi ini

8.Nyatakan 5 selebriti/artis/pelakon yang kamu minat. HAHA.
~ Zamani Slam
~ P Ramlee de' Legend
~ Yutaka Takenouchi
~ Agnes Monica
~ Batista de' Animal..haha

9. Tiga perkara yang suka kamu buat.
~ wat puisi cinta
~ melihat gelagat manusia
~ tonton football

10. Jika diberi peluang untuk menjadi orang lain, siapa kah orang itu? & knp?:)
~ Yutaka berbangga menjadi diri sendiri.. xmola tiru2 orang..
~ but sebagai rujukan.. yutaka rasa Tun Dr Mahathir memang best
~ Sebab best adalah otak beliau lagi berselirat dari orang Zionis Israel



Saturday, February 7, 2009

WHEN A GUYS SAYS


konbawa..
Ada seorang rakan wanita yutaka ni selalu menanyakan mengenai sikap lelaki yang baginya sukar difahami..Yeke? xdelah sukar sangat.. Lagi sukar nak paham wanita sebenarnya..Sebab wanita ni especially wanita Timur penuh dengan ciri ketimuran iaitu malu. Malu untuk menyatakan apa yang terpendam di dalam hati. Kadangkala wanita ni macam tak reti2 isyarat yang diberikan oleh sang lelaki.ntahla erk..xtau nk cakap..tp itulah realitinya.




Oklah, apa kata kita renungkan2 penyataan ini :

Apabila seorang lelaki menelefon kamu

Maknanya dia mahu bersama kamu

Apabila lelaki itu diam

Maknanya die sedang mendengar kamu.


Apabila lelaki tidak membantah
Maknanya die menyedari die bersalah


Apabila lelaki berkata " Saya ok " selepas beberapa minit

Maka itulah maksudnya


Apabila lelaki terpaku melihat kamu

Die merasakan yang wanita itu adalah tercantik di dalam dunia


Apabila lelaki menelefon kamu setiap hari
Maka lelaki itu sudah jatuh cinta


Apabila seorang lelaki yang baik mengatakan dia cinta pada kamu

Jangan teragak2, memang itulah maksudnya

Apabila seorang lelaki berkata yang dia tidak boleh hidup tanpa kamu

Maka, dia akan menemani kamu sampai bila2

Apabila seorang lelaki berkata " Saya rindukan kamu "

Maka dia akan merindui kamu lebih daripada kamu merindui dirinya


kesimpulannya..memang wanita sukar untuk memahami lelaki dan
begitu juga dengan lelaki. Yang penting, jangan terlalu ego dengan diri or buat2 xpaham dengan sebarang isyarat yang anda terima.

Wednesday, February 4, 2009

HIJRAH ATAU STAY



Konbawa.. Arini kan kat pejabat, tetibe je timbul soal nak berhijrah pejabat..Kecoh satu dunia mengenai soal nak berhijrah or bertukar pejabat nih.

Jika dikupas makna Hijrah ini memang banyak tafsirannya..
Hijrah berasal dari perkataan Hajara iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Senang kata Hijrah ini adalah perubahan atau reformasi. Perubahan yang dimaksudkan di sini dapatlah disimpulkan sebagai perubahan tempat kerja, suasana kerja dan sebagainya.

Manusia sebenarnya perlukan satu suasana baru di dalam rutin kerja harian mereka. Suasana baru di sini adalah persekitaran baru, rakan baru dan cara kerja yang baru. Kebanyakkan OLD TIMER or generasi veteren kat setiap jabatan kerajaan lebih suka menghabiskan masa kerjanya di jabatan yang sama. Antara alasan yang diberikan adalah

a) Tidak perlu belaja perkara baru yang rumit.

b) Ramai rakan-rakan yang sekepala.
c) Kitaorang nak pencen, bagila orang baru tukar..
d) Kerja skrg dah mahir, so watpe nak pi tempat baru. Lecehla..



Pada pandangan yutaka la, manusia itu akan belajar samapai ke hujung nyawa. Pembelajaran manusia itu adalah selama-lamanya, bukan setakat di sekolah sahaja. Mesti orang kata..cakap senanglah. Cuba kena pada batang hidung sendiri, baru tahu...
Yutaka pernah mengalami satu pertukaran bahagian di mana yutaka ditukarkan di atas tiket sabotaj. Walau ditukarkan tanpa rela,yutaka tak mengalah. Yutaka kena tunjukkan pada PENSABOTAJ ( orang lama yang nak pencen ) bahawa yutaka sorang pekerja profesional dan terbaik. Tempat baru yutaka ni agak leceh cket sbb kena selalu berpandukan kepada banyak pekeliling. Tapi berkat kesabaran dan doa, syukur yutaka sudah ok.

Banyak rasanya kelebihan di sebalik hijrah yutaka ini. Paling ketara adalah ilmu. Ilmu yutaka semakin bertambah, tak hanya terhad kepada satu skop kerja saja. Insya Allah, yutaka bercadang nak berhijrah ke jabatan lain pula. Hendak juga merasai suasana kerja baru, temui rakan baru, dan memperolehi ilmu baru.

So, dapat disimpulkan di sini, lebih baik la berhijrah dari terperap pada skop kerja or persekitaran yang sama.

PERLUKAH MENCARI CINTA


konbawa..

apa kaba?arini tetibe je teringat satu pertanyaan
PERLUKAH KITA MENCARI CINTA?


Adakah kita perlu mencari cinta? Cinta itu anugerah suci dari Yang Esa.

Tanpa cinta, kita ibarat zionis Israel yang sesuka hati membedil rakyat Palestin tanpa belas kasihan.


Adakah cinta hadir tanpa diduga atau cinta itu perlu dicari setiap masa? Persoalan ini sering ditanya oleh kakak angkat yutaka, Kak Nanako. Bagi wanita berumur, adakah mereka mencari cinta? Mungkin ya..Myb takut dicemuh oleh masyarakat kita, maka mereka mencari cinta. Tapi adakah cinta itu tulus or cinta dusta semata-mata? Dusta ini bermaksud sang perawan tidak begitu sempurna mencintai sang bunga.

Ada rakan pernah berkongsi pandangan mengenai persoalan ini. Fukada ( bukan nama sebenar ) berkata..cinta hadir tanpa diduga..Myb cinta datang dari pergaulan dengan rakan-rakan lain.Niat asalnya mahu berkawan, namun ttibe saja terjatuh cinta. Siapa tau kan? Tu kan anugerah Allah.. xbek menolak..
Mungkin ada benarnya pandangan Fukada ini. Yelah, kita xperlu mencari cinta..cinta akan hadir tanpa diduga..

Monday, February 2, 2009

BESAR SANGAT KE JAWATAN TUH?


Konbawa
Arini yutaka nak ceritakan kisah smlm yang boleh dikategorikan sangat menyakitkan hati. Sbnrnya yutaka kena marah dengan seorang pegawai la. Aku panggil die Abg L
Biar yutaka ceritakan kisah smlm. Semalam yutaka
terima satu call la dari Abg L ni.
So yutaka pun bergegas la ke sana




Abg L: Yutaka..apa yang awak buat nih? "

Aku : Wat apa Abg L? "
Abg L: Ni hah..Ni nombor apa nih?

yutaka terdiamla..tak tau nak jawab apa..
Abg L terus membaca fail tu.

Sbnrnya yutaka wat kemasukan satu urusan pendaftaran ni..
kebetulan salah plak tuh..abis kena leter dgn Abg L..

Yes..as a new staf yutaka diam jela.sbb

1) yutaka orang baru

2) mmg salah yutaka kan..so diam je la..


Masa kena leter tu..yutaka agak terpaku dengan satu statement..
Abg L: Tu yang saya xsuka bila orang baru wat kije.
Saya lebih suka orang lama wat kije..


Oho..berdesing telinga dengar statement tuh..
1) Apa dia ingat orang baru cam yutaka xreti wat kije ker?
2) Macamla orang lama tu xpernah wat silap

3) Apa die ingat yutaka teringin ke wat kije tuh?




Tapi disebabkan yutaka hormat org tua.. Just pendam jela..Sabar..sabar..