Sunday, January 18, 2009

BELAJAR ? OH.. BOSANNYA

Konbawa...

Hari ini tetiba saja yutaka nak share tentang satu perkara. Mengenai BELAJAR. Belajar apa? Belajar Jarak Jauh..ouh...bosannya. Takde benda lain ke nak share..huhu..Walau tajuknya membosankan, tapi rasanya ia boleh menyedarkan kita dari satu lamunan yang panjang.



Kenapa tetibe je perkara ini boleh menjadi isu? Oho.. actually yutaka suka belajar melalui persekitaran.Bila diperhatikan mengenai sikap orang dah bekerja ini adalah malas untuk berfikir tentang UPGRADE jawatan. Apabila diajukan tentang BELAJAR JARAK JAUH ni, hampir 100 % lelaki dan 85 % wanita (secara kasarnya) akan memberikan reaksi negatif iaitu :


a) Malas la nak pegang buku lagi. Baik pegang duit. Masyuk beb...
b) Anak dah bersekolah, takde masa nak pegang buku
c) Apa brg pegang buku..baik enjoy lagi best..
s) Tak payah la pening2 kepala, kerja jela. Kalau kerja rajin2, boleh naik pangkat.
e) Yuran mahal la, xde masa la..bla..bla...bla...

Ya..alasan cam tu memang selalu yutaka dengarlah. Yutaka pun bekerja sambil belajar..Tak dinafikan membuat dua perkara itu mudah dan senang. Tapi disebabkan oleh niat dan tekad, alhamdulillah yutaka boleh abiskan belajar dengan sempurna. Walaupun bukan mudah, tapi banyak faedahnya bila BELAJAR JARAK JAUH atau BELAJAR JARANG JUMPA ni seperti :


PERTAMA...Pemikiran kita akan lebih terbuka dan maju berbanding dengan orang yang bekerja tapi xbelajar. Kenapa? Sebabnya orang dah bekerja ni ada pengalaman. Bila ada pengalaman ditambah dengan sedikit ilmu, rasanya cara berfikir dan cara bertindak memang ada kelas. Silap2, kalah cara bos kita berfikir.

KEDUA...Boleh UPGRADE jawatan. Peluang sentiasa terbuka apabila kita ada kelayakan. Cuba kita takde kelayakan, nak mohon naik pangkat pun susah. Susah nak bagi idea, sukar nak membantah dengan fakta, sukar nak xpose kebolehan kita.

Banyak tempat yang menawarkan PEMBELAJARAN JARAK JAUH kat Malaysia ni. Kita ada :







Bagi yang sekarang ni hanya ada SPM sahaja dan berminat untuk sambung belajar IJAZAH, yutaka sarankan pi tengok OPEN Universiti. Yang lain-lain tu, rasanya mesti ada sekurang-kurangnya DIPLOMA.

So, if u all nak sambung..jangan segan2. belajar jek.
Orang lagi respek pe, if u all sambung belajar.


Tuesday, January 13, 2009

PERGILAH CINTA

Konbawa..

Hari ini tetiba sahaja rasa tertekan sangat. Tertekan dengan situasi di mana yutaka terus dihantui oleh kisah sedih. Tak tahu camne nak lepaskan tension ini, so yutaka buka Ms Word dan coretkan satu puisi. Lepas mengarang tuh, rasa kurang sket bebanan yang berselirat di hati dan kotak minda ini.

Lepaskan aku melangkah pergi
Lupakanlah aku di kamar hati
Ikatan terjalin biarkan terhenti
Jadi kenangan tersemat di sanubari

Janganlah dikenang kisah itu
Tak mungkin kita kembali menyatu
Aku ingin berlari seperti dulu
Cinta Laila Majnun diimpikan aku

Pergilah kamu dari kotak mimpi
Jangan kembali di sisi ku lagi
Letih sudah aku terus dihantui
Oleh sayangmu yang tidak bertepi

Monday, January 12, 2009

SO HARD TO TACKLE A GIRL

konbawa..
hari ini yutaka hendak share my feeling kat u all,
tapi dalam bentuk puisi la

Sukarnya diri bila jatuh cinta
Memendam rasa segenap masa
Hati diulit dengan harapan berjuta
Mahu mengejar impian di jiwa


Mengapa sukarnya wanita mengerti
Getaran cinta berdegup di sanubari
Berlari pergi tanpa sedikitpun memberi
Ruang menyemai rasa cinta di hati


Letih sudah seakan putus asa
Cuba mengejar bayangan cinta
Jauhnya kamu dari pandangan mata
Tidak terkejar kaki ku yang dua


Oh Jiwa


Dirimu takkan ku persia
Duduk sendirian di kotak lara
Kerna AKU tidak putus asa
Mencari cinta tuk selamanya