Wednesday, March 20, 2013

Yuk Sedekah .. Biar Barakah




As Salam

1. Tengah hari tadi sewaktu yutaka ingin mengerjakan solat zohor di masjid, yutaka didatangi oleh seorang lelaki pertengahan usia (tidak terlalu muda dan tidak terlalu muda) di mana dia menyatakan dia tidak makan lagi. Yutaka tahu dia ingin meminta wang untuk membeli makanan. Sungguh kasihan melihat wajahnya. Itu untuk hari ini. 

2. Sebenarnya yutaka pernah jumpa lelaki ini setiap kali waktu zohor di mana dia akan meminta wang kepada setiap lelaki yang ingin mengerjakan solat Zohor. Yutaka pernah sekali memberikan sedikit wang untuk diberikan kepada lelaki itu. Jika dilihat pada fizikal lelaki itu, lelaki itu cukup sifat dan panca inderanya. Ada kaki, ada tangan, ada mata, ada telinga dan lain-lain.

3. Sebenarnya yutaka terfikir mana lagi afdal untuk bersedekah? Bersedekah untuk lelaki itu atau bersedekah di masjid. Jika dilihat pada mata kasar, lelaki itu ada kudrat untuk bekerja tanpa perlu meminta-minta. Tetapi betulkah si lelaki itu boleh bekerja? Sihat kah dia? Tetapi mengapa yutaka begitu prihatin?. (ini kerja pegawai kebajikan tau)

4. Yutaka mengambil keputusan bersedekah di masjid. Jika dibandingkan bersedekah untuk lelaki itu, yutaka takut si lelaki itu akan terus bermalasan dan hanya meminta-minta tanpa bekerja. Berbanding dengan sedekah di masjid, diharapkan dapat digunakan untuk kegiatan masjid. In Sya Allah. Pernah arwah ayah yutaka berpesan, duit yang disedekahkan itu boleh digunakan untuk membayar bil air yang telah kita gunakan.  Ada benarnya kata-kata arwah ayah itu.  

5. Soal sedekah ini memang sangat magis. Jangan takut duit habis apabila bersedekah kerana ada ganjaran lain  untuk mereka yang bersedekah. In Sya Allah. Jika tidak dibalas dengan wang ringgit, mungkin ada ganjaran kesihatan yang baik untuk kita. Atau mungkin kelangsungan hidup yang diberkati Allah. Siapa tahu, kan? Hanya Allah Maha Berkuasa.   




No comments:

Post a Comment