Wednesday, March 20, 2013

Bertali Leher itu " Nerd " ?




As Salam

1. Bertali leher ke pejabat merupakan satu senario yang jarang dilakukan oleh pekerja lelaki. Ini kerana mereka berpendapat amat leceh untuk mereka memakai tali leher. Leceh sebab mereka tidak pandai mengikat tali leher. Hendak mencari tali leher berzip yang cantik pun sukar. Jadi pemakaian tali leher semasa bekerja memang malas hendak dilakukan.

2. Yutaka adalah seorang pekerja yang mengenakan tali leher di pakaian. Walaupun jawatan yutaka bukan pengarah atau bos, tetapi dengan bertali leher akan menampakkan kita mempunyai personaliti yang menarik. Bila berpesonaliti menarik, ia dapat memudahkan segala urusan yang melibatkan pelanggan luar. Jika kita sebagai pelanggan, mana yang kita pilih? Berurusan dengan seseorang yang selekeh atau seseorang yang menarik?

3. Tetapi ada juga kedengaran suara sumbang  yang mengatakan bertali leher ini skema @ nerd. Yutaka tersenyum mendengar umpatan yang tidak berasas ini. Yutaka berpendapat bahawa bertali leher ini bukanlah suatu budaya pekerja di Malaysia. Jadi apabila melihat seseorang bertali leher, mereka ini akan dikatakan nerd sebab berpakaian kemas. 

4. TetapI jika ditanya kepada wanita, mereka lebih suka melihat lelaki yang kemas bertali leher. Lagi-lagi bagi seorang lelaki bergelar suami atau bapa. Apabila ditanya siapa lelaki yang bertali leher itu, nampak sangat kemas sekali. Nanti akan dijawap itulah suami si polan ( bukan nama sebenar ) atau itulah bapa si polan ( juga bukan nama sebenar ). 

5. Bertali leher bukanlah skema @ nerd. Tetapi itu lambang jejaka yang maskulin dan segak. Tapi perlu diingatkan di sini, bertali leher biarlah kena pada tempatnya. Jika tidak kena tempat, kita tidak lagi segak tetapi diklasifikasikan sebagai poyo. 

Semua itu poyo bagi yang mengatakan bertali leher itu skema.






No comments:

Post a Comment