Thursday, March 21, 2013

Seruan Haji Bahagian Dua


As Salam

Bertemu kembali di dalam labels HAJI ye, kawan². Untuk seruan haji bahagian 2 ini yutaka ingin membawakan betapa pentingnya ilmu HAJI bagi setiap jemaah. Orang kata tanpa ilmu sesat jalan. Berilmu tanpa guru umpama berguru dengan syaitan. Dua-dua pernyataan ini ada kebenarannya. Kerana sebelum kita mengerjakan ibadah HAJI kita mestilah mempersiapkan diri dengan ilmu.

Sebelum kita menunaikan fardu Haji, kita mestilah belajar tentang cara-cara, teknik-teknik dan amalan Haji yang betul. Paling wajib diketahui adalah mengenai WAJIB HAJI dan RUKUN HAJI. Rukun Haji jika ditinggalkan tidak sah atau batal, manakala Wajib Haji jika ditinggalkan masih sah hajinya tetapi dikenakan dam (denda). 


Untuk mendapatkan info dan ilmu Haji ini, pihak Tabung Haji ada menyediakan beberapa siri kursus HAJI di awal tahun. Kursus ini diadakan di masjid yang terpilih pada setiap hari Ahad jam 9.00 pagi sampai 11.00 pagi. Selepas kursus haji ini, ada lagi 2 kursus tambahan. 2 kursus berkenaan adalah bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran Haji disamping mempraktikkan beberapa amalan Haji seperti Tawaf, melontar Jamrah dan Saie. Jadi kepada bakal jemaah, kursus ini sangat-sangat perlu dihadiri. 

Ada jemaah yang memandang sepi berkenaan dengan kursus ini. Pada mereka, di sana ada ustaz yang boleh membimbing mereka. Jadi ikut sahajalah mereka ini. Kursus-kursus tidak perlu. Pandangan ini lebih menjurus kepada beramal tanpa ilmu. Beramal tanpa ilmu adalah sesuatu perbuatan amalan tanpa pengetahuan yang betul, cara-cara yang betul, ikut mengikut sahaja.

tawaf di tingkat dua

Bercerita mengenai ikut-ikutan ini, yutaka ada satu kisah. Di dalam rukun haji ada Tawaf. Tawaf hendaklah 7 pusingan mengelilingi Kaabah. Ada sekumpulan jemaah ini bertawaf bersama seorang pembimbing Haji. Pusingan tawaf pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima dilakukan. Kemudian pembimbing Haji itu keluar daripada pusingan tawaf tersebut kerana wuduknya terbatal. Jadi sekumpulan jemaah Haji ini pun keluar bersama kerana mengikut pembimbing haji tersebut. Jika diikutkan mereka masih ada hutang 2 pusingan tawaf lagi, tetapi disebabkan mereka beramal ikut ikutan, jadi mereka tidak menyudahkan baki pusingan tawaf tersebut.

Apa yang kita pelajari melalui kisah di atas? Mereka beramal tanpa ilmu. Pastinya mereka tidak mengikuti kursus yang disediakan oleh pihak Tabung Haji dengan sempurna dan menganggap Haji ini mudah dan senang. Haji yang pertama hendaklah dibuat dengan penuh tawaduk kerana Haji pertama adalah Haji yang wajib. Manakala Haji kali kedua dan seterusnya adalah sunat.

Ada lagi satu sumber ilmu iaitu buku. Membaca buku tambahan boleh menambahkan ilmu. Tetapi jangan berguru dengan buku semata-mata. carilah pembimbing Haji yang bertauliah untuk mengajar kita mengenai ibadah Haji. Seruan Haji datang bukan selalu. Jadi persiapkan diri dengan ilmu sebelum kita berangkat ke Tanah Suci. 


No comments:

Post a Comment