Tuesday, August 20, 2013

Seruan Haji Bahagian Tiga



As Salam

Minggu lepas yutaka terdetik untuk mengemaskini post mengenai Haji. Rindu rasanya. Untuk post kali ini yutaka ingin membawakan mengenai pentingnya pendaftaran haji di Tabung Haji. Pendaftaran ini merupakan titik tolak perjalanan kita ke bumi Barakah iaitu Mekkah. Ramai insan yang mengabaikan perkara ini. Mungkin kerana mereka tidak tahu atau tidak diberi pendedahan awal mengenai pentingnya mendaftar haji di Tabung Haji

Untuk mendaftar haji, seseorang perlulah mendaftar haji dengan harga RM 1300.00 sahaja. Di mana tiada rekod pendaftaran haji yang aktif. Pendaftaran haji boleh dilakukan semua kaunter Tabung Haji, Kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat, Mesin ATM Maybank dan laman web TABUNG HAJI 


Untuk pengetahuan semua, pendaftaran haji tidak menjanjikan kecepatan kita untuk menunaikan HAJI. Ini kerana kita terpaksa menunggu giliran kita. Jika tidak silap, jika kita mendaftar HAJI pada tahun lepas, kemungkinan giliran untuk menunaikan HAJI adalah 30 tahun akan datang. Tidak tahu pula apabila kita mendaftar hari ini, mungkin akan bertambah tahun menunggu giliran.

Sebenarnya ada 2 kaedah di dalam menunaikan HAJI ini iaitu secara muhasassah dan swasta. Bagi mereka yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, bolehlah mengambil pakej HAJI swasta di mana perlu membayar sejumlah wang yang besar bagi mahu pergi HAJI tanpa perlu menunggu jumlah tahun yang lama. Untuk pakej swasta, ada pakej RM25k, RM30k, RM50k, dan RM100k. Tetapi untuk pakej muhasassah, jumlahnya adalah RM10k sahaja tetapi perlu menunggu giliran HAJI.


Tetapi paling penting adalah mendaftar dahulu. Tidak kira muhasassah atau swasta, pendaftaran sebanyak RM1300 perlu dilakukan dahulu. Sekiranya kita telah mendapat tawaran awal daripada tabung haji, dan ketika itu kita tidak mempunyai kedudukan kewangan yang mantap, kita hendaklah menjawab tawaran tersebut dengan mengatakan kita mahu tangguh dahulu pemergian HAJI tersebut. Jika kita tidak membalas jawapan terhadap tawaran tersebut, nama kita akan disenarai hitamkan dan akan terkeluar terus daripada pendaftaran HAJI.

Marilah kita bagi melengkapkan rukun Islam yang kelima kita. Insya Allah ada niat, usaha dan tawakkal, pintu rezeki untuk kesana pasti terbuka. Berakit-rakitlah dahulu, kerana dengan rakit pun setiap umat Islam pasti ke sana dengan izinNya. Tidak lengkap hidup ini, jika tidak menunaikan HAJI. Daftarlah sekarang untuk anak-anak kita, kerana insya Allah ada rezeki pada usia mereka 35-50 tahun, mereka akan diundang ke sana.



 

No comments:

Post a Comment