Thursday, August 15, 2013

Allah Sayangi Kita, Tetapi Kita .. Versi Aurat




As Salam

Hari ini yutaka ingin membawakan mengenai sayangnya Allah kepada hambaNya tetapi bagaimana tahap kesayangan kita kepada Allah? Kali ini yutaka ingin membawakan kisah aurat. Aurat manusia semestinya dijaga dan tidak ditunjukkan kepada umum. Adakah ciptaan Allah ini boleh ditayangkan atau ditunjuk sewenang wenangnya tanda kemegahan?

Aurat lelaki dan aurat wanita perlulah mahal untuk diperlihatkan. Sebagai contoh emas tulen dan emas celup. Bagaimanakah penjagaan emas tulen dan emas celup? Emas tulen dijaga dan disimpan di satu tempat khas di mana ada pengawal keselamatannya tersendiri. Manakala emas celup dijual di tempat terbuka di mana penjualnya kurang mengambil berat akan keselamatannya.



Di sini bolehlah diumpamakan insan yang menutup aurat sebagai emas tulen di mana mempunyai nilai yang tinggi berbanding dengan insan yang tidak menutup aurat. Adakah kita ingin dikategorikan sebagai emas celup yang boleh dipegang diraba dan disentuh sesuka hati? Mesti tidak mahu bukan? Jadi mengapa kita masih mahu memberi jamuan kepada insan lain untuk menatap aurat kita?

Adakah kita tahu betapa sayangnya Allah kepada kita? Allah memerintahkan kita menutup aurat kerana mahu kita terhindar daripada segala penyakit dan ancaman jenayah. Sebagai contoh wanita yang tidak memakai tudung. Tahukah kita di luar sana terdapat kuman kuman yang berbahaya di mana boleh menyebabkan rambut kering dan rosak? Asap kereta, asap rokok, dan udara yang semakin tercemar tidak bagus untuk rambut dan kulit rambut. 

Contoh lain adalah lelaki yang memakai seluar pendek ataupun wanita yang memakai skirt. Jika diperhatikan mereka yang gemar berseluar pendek dan berskirt ini tidak memiliki kulit yang cantik. Kulit kakinya pasti mempunyai kudis kudis dan kesan luka. Jadi mengapa kita masih ingin memakai seluar pendek @ skirt ketika berada diluar? Bila kaki tidak cantik, kita akan memperlihatkan akan keaiban kita kepada orang lain. Bila orang sudah nampak, orang akan mengata kita. Bila sudah dingata, maruah pun tercemar.



Pemakaian yang menutup aurat juga dapat menghindar kita daripada ancaman jenayah rogol. Wanita yang seksi dapat menyemarakkan nafsu syahwat lelaki yang memandangnya. Wanita yang menutup aurat jarang diganggu oleh lelaki bernafsu buas, berbanding wanita yang memakai baju ketat, bertudung pendek yang berjalan melintasi lelaki. Itu belum lagi ditambah wangian yang menaikkan nafsu. Bukankah wanita yang seksi mengundang jenayah rogol terhadapnya.

Sebagai seorang khalifah di bumi ini, (terutama sekali lelaki), hendaklah kita sentiasa menasihati dan membimbing umat manusia untuk menutup aurat. Menutup aurat sepenuhnya, bukan menutup aurat ala kadar seperti memakai tudung tetapi tudung pendek atau memakai baju tetapi ketat dan jarang. Jika kita boleh menutup aurat sepenuhnya, insya Allah kita akan dilindungi Allah. Ini kerana Allah akan melindungi hambaNya yang melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.


No comments:

Post a Comment