As Salam
Hari ini yutaka ingin menulis mengenai betapa susahnya untuk kita menulis blog. Susahnya adalah ingin menyampaikan apa yang ingin dikongsi di dalam bentuk penulisan. Tetapi tidak semua yang pandai menulis. Lagi sedih apabila ada orang yang mengkritik blog kita membosankan. Adakah mereka tahu, menulis blog itu sangat susah? Berbicara itu mudah, modal air liur sahaja.
Sebenarnya penulisan blog ini adalah lebih kepada menulis mengenai perihal diri seseorang blogger itu. Tetapi yutaka mengambil pendekatan yang berlainan iaitu menulis sesuatu hikmah di sebalik sesuatu kejadian. Yutaka lebih suka berkongsi sesuatu hikmah yang yutaka nampak kepada pembaca sekalian. Tetapi pendekatan penulisan blog sebegini dikatakan tidak menarik dan membosankan. Ini kerana pembaca lebih suka membaca blog yang menperihalkan diri blogger itu sendiri.
Menulis blog ini bukan nya mudah kerana memerlukan suatu kerajinan di dalam menulis blog. Menulis blog perlulah mempunyai etika menulis. Etika menulis yang terbaik adalah tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama, tidak memaki hamun di dalam blog, blog perlu ada pengajaran di sebalik penulisan. Itu pendapat yutaka. Terpulang kepada penulis blogger itu sendiri kerana blog itu bukan Ahmad Albab yang punya.
Yutaka bukanlah seorang blogger yang terbaik. Bukan gelaran terbaik itu yang yutaka cari, tetapi pengajaran setiap penulisan blog itu lebih diutamakan. Biarlah orang kata tidak menarik tetapi yutaka akan cuba sedaya upaya mengekalkan pendekatan pengajaran di sebalik penulisan. Kepada pembaca tetap blog yutaka, yutaka ucapkan terima kasih sebab sudi membaca. Tepuk tangan bagi diri sendiri. (Jangan kuat-kuat, tepuk tangan like like sahaja)
Insya Allah, yutaka akan memperkemaskan lagi layout supaya nampak lebih menarik.
Sekian dari hati seorang penulis. Noktah
terima kasih sebab dah melawat blog saya, saya setuju dengan entri awak ni, memang tulis blog bukan senang. saya sendiri mengalaminya masa mula ber-blog. insyaallah saya akan membaiki kelemahan penulisan dan blog saya :)
ReplyDeletesama - sama lah kita menulis blog yang bermanfaat untuk pembaca. Insya Allah, ilmu yang berguna adalah bekalan kita di alam akhirat
ReplyDelete