Wednesday, March 27, 2013

Hukum Orang Ketiga




As Salam

Hari ini yutaka ada membaca harian metro bertajuk HUKUM ORANG KETIGA. Owhh ok sekarang sudah ada akta bagi menghukum perosak rumahtangga. Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 ( Akta 559 ) bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas di Wilayah Perseketuan. Di bawah ini, adalah dua akta yang dikuatkuasakan :

Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.

Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya



Adakah wajar orang ketiga diambil tindakan undang-undang? Pendapat peribadi yutaka adalah SANGAT WAJAR. Ini kerana perosak rumahtangga ini boleh ketawa riang melihat sesebuah institusi rumahtangga itu hancur. Sedangkan yang menanggung derita adalah ramai. Suami isteri, anak-anak, ibu bapa, dan ibu bapa mertua. 

Teringat drama CINTA KASIH lakonan Shah Jaszle, Adi Putra dan Wawa Zainal. Di mana Shah Jaszle menjadi orang ketiga yang boleh merosakkan rumahtangga Wawa Zainal dan Adiputra. Sangat emosi melihat drama itu. Yutaka sangat tidak suka watak Shah Jaszle kerana dia orang ketiga yang sangat menjengkelkan kerana begitu sibuk mengganggu rumahtangga orang lain.

Orang pernah berkata " BERTEPUK SEBELAH TANGAN TIDAK AKAN BERBUNYI ". Adakah orang ketiga perlu dipersalahkan 100 % ? Bagaimana jika orang pertama atau kedua yang sibuk menggatal mencari orang ketiga. Sekiranya orang ketiga tahu status orang pertama atau kedua, maka hendaklah mereka segera mengelak untuk menjadi orang ketiga. Jika tidak mengelak, maka orang ketiga lah perlu dipersalahkan.

Orang ketiga disarankan supaya tidak perlu terlalu mengambil berat atas kehidupan rumahtangga orang lain. Tidak perlu campur tangan di dalam setiap permasalahan rumahtangga orang lain. Jika ada rakan-rakan kita yang sedang menghadapi rumahtangga, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan pakar yang bertauliah. Jangan pula kita sibuk menjadi orang ketiga yang akan meruntuhkan rumahtangga orang lain.



No comments:

Post a Comment