Thursday, March 14, 2013

Tidak Sedap . . Uwekk !!!


Konbanwa

Hari ini kita bercerita mengenai makanan. yum . . yum . . sedapnya kalau bercerita berkenaan makanan. Semalam seperti biasa, yutaka akan bersarapan di sebuah cafe. Menu di atas meja ada nasi goreng, mee goreng. Yutaka ambillah nasi goreng kerana yutaka seorang pemakan nasi. Kalau mee goreng ni, perut tak berapa nk kenyang.

Yutaka juga setakat ini jenis yang tidak berkira soal makanan. Apa yang ada di depan mata yutaka makan. Yang penting bagi yutaka, jangan terlalu masin dan tidak keras atau jelantah. Isteri yutaka paling gembira kerana suami beliau ini yang tidak memilih soal makanan. Bercerita soal sarapan semalam, ramai rakan yutaka merungut soal makanan. Mungkin kerana tidak sedap atau mungkin kurang rencahnya nasi goreng semalam.


Kalau rakan yutaka tidak bercakap mungkin yutaka tidak perasan. Tetapi bagi yutaka, makanan semalam yutaka makan seperti biasa. Ok sahaja. Mungkin lah rakyat Malaysia ini begitu manja dengan pemakanan yang sedap-sedap sahaja. Jika terjumpa makanan yang kurang sedap, disentuhnya sedikit. (ada juga yang memulangkan semula makanan itu). 

Tidak semua manusia mempunyai selera yang sama. Ada yang suka begini, ada yang suka begitu. Tetapi kisah rungutan makanan seperti semalam mengingatkan yutaka berkenaan satu kisah di Mekkah. Bukan hendak mengaibkan orang tetapi mahu kita mengambil pengajaran di sebalik kisah tersebut.

Dialog  berbunyi  

" Aku tidak makan ikan murah-murah ini kat Malaysia. Biasa makan ikan mahal sahaja,"

Bagi orang lain, ikan itu tidaklah sebusuk mana, tetapi mungkin kerana jemaah itu tidak makan ikan kasta rendah, beliau telah mencaci rezeki Allah untuk dirinya pada hari itu. Mungkin kedengaran dialog itu biasa sahaja, tetapi sebenarnya itu menunjukkan kita tidak bersyukur atas nikmat Allah.Selang beberapa hari kemudian, jemaah haji itu pun demam 2 minggu. 


Pada pendapat yutaka, mungkin itu pengajaran di atas ketelanjuran katanya sebelum ini. Itu hikmah yang yutaka fikirkan. Tetapi kebenaran nya hanya Allah sahaja yang tahu. Apabila mendengarkan kisah ini, yutaka merasakan tidak kira apa rezeki yang Allah berikan kepada kita, kita hendaklah bersyukur. 

Jika tidak kena dengan selera kita, alihkan ke sisi lain tanpa merungut-rungut. Carilah makanan lain yang kena dengan selera kita. Begitu juga dengan rezeki yang lain, jika kita mahu kan rezeki yang lebih baik, hendaklah kita berusaha, berdoa dan bertawakal. Kita tidak boleh demand itu demand ini terhadap Allah. Yang boleh kita lakukan adalah berdoa untuk mendapat yang lebih baik. Sesungguhnya Allah tahu yang terbaik untuk kita.



No comments:

Post a Comment