Thursday, March 14, 2013

Albert Einstein vs Ahadiat Akashah




As Salam

Salam ukhwah kepada pembaca sekalian. Apa khabar? Hari ini yutaka ingin menceritakan mengenai 2 impian yutaka yang selama ini yutaka mahu dilaksanakan. Pertamanya adalah ingin menyambung pelajaran dan keduanya menjadi penulis novel yang disegani. Sesungguhnya hasrat menyambung pelajaran ini sudah lama yutaka pendam, iaitu semenjak mula-mula belajar diploma lagi.

Hasrat ingin menjadi penulis novel yang disegani ini mula timbul secara serius apabila melihatkan saham novel sekarang tinggi kerana diangkat ke dunia perfileman dan dunia kaca televisyen. Dahulunya yutaka memang ada menulis sedikit sedikit tetapi sekerat jalan. Hangat-hangat tahi ayam gitu. Tidak konsisten menjadi punca lambakan novel yang terbengkalai.

Jadi mana yang lebih penting dan utama? Sambung belajar atau sambung menulis? Buat masa ini, yutaka rasa yutaka ingin menjadi pelapis Ahadiat Akashah dahulu. Selepas itu barulah yutaka ingin menyambung pengajian yutaka di peringkat yang lebih tinggi. Kenapa yutaka ingin berbuat demikian?


a) Menulis tidak memerlukan komitmen yang tinggi. Tidak ada masa dateline untuk menghantar hasil kerja kerana yutaka freelance novelis. 

b) Tidak memerlukan wang yang banyak. Untuk menyambung pelajaran, kita memerlukan wang yang banyak untuk membayar yuran, dan kos-kos sampingan. Jadinya hasrat ini dipendamkan dahulu sementara yutaka mengumpulkan sejumlah wang untuk berbuat demikian.

c) Penulis novel lelaki ada tapi macam tiada. Lambakan penulis novel wanita yang menguasai pasaran novel membuatkan yutaka ingin bersaing di dalam memasarkan bakat penulisan novel. Nampaknya adik yutaka yang bongsu berjantina lelaki pun mempunyai hasrat untuk menulis. Come on little brother ..Cayok2

d) Yutaka ingin menyampaikan idea segar di mana orang tidak dapat mengagak jalan cerita yang ingin disampaikan. Barulah pembaca ingin terus membaca novel dan menghabiskan nya.


Begitulah faktor yang menyebabkan yutaka ingin melibatkan diri secara serius di dalam bidang penulisan novel. Otak bergerak mencari idea di samping mengingterprestasikan ilmu kehidupan di dalam dunia penulisan. Berkongsi idea dan berkongsi teladan itu yang menjadi idaman yutaka. Kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada makhluk yang lain. 


No comments:

Post a Comment