Monday, March 4, 2013

Nyawa Kita RAPUH




As Salam

 Hari ini yutaka ingin membawakan mengenai soal kematian atau pemulangan kembali nyawa kepada pemiliknya iaitu Allah. Sesungguhnya kematian itu pasti di mana kematian adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh manusia. Kenapa manusia tidak mengetahui nya? Apakah rahsia nya?

Menurut pemikiran yutaka, hikmahnya adalah supaya manusia sentiasa beramal soleh dan memakmurkan dunia ini. Jika kita mengetahui tarikh kematian kita, kita akan melambatkan taubat dan amal soleh kita. Di sini mungkin tiada keikhlasan di dalam mengabdikan diri kepada Allah. Ini kerana kita beramal soleh di hujung nyawa kita sahaja.

Sebagai contoh, jika kita tahu kita hidup sampai 50 tahun sahaja, kita akan leka dengan urusan dunia sahaja. Apabila sudah berumur 45 tahun ke atas, barulah kita hendak beramal. Adakah cukup dan diterima amalan kita di saat hujung kematian kita? Jika ditanya sampai bila kita hendak beramal soleh? Jawapan nya adalah biarlah kita beramal soleh sentiasa. Bukankah kita dikehendaki beramal soleh tanda kita bersyukur?

Ternyata nyawa kita begitu rapuh sekali. Sekuat mana kuasa kita di dunia, tapi apabila Allah inginkan kembali nyawa pinjaman kita itu, maka kembalilah tanpa lambat walau sesaat. Jadi apakah perkara yang dibawa selepas mati ?

a) Sedekah Jariah
b) Ilmu yang bermanfaat
c) Doa anak yang soleh dan solehah

   Jika kita kaya, adakah kita ikhlas bersedekah? Jika kita pandai, adakah kita mahu berkongsi ilmu Allah dengan orang lain? Jika kita mempunyai anak, adakah kita akan membiarkan mereka hanyut dengan urusan duniawi?  Fikir-fikirkan lah, sesungguhnya kita akan kembali kepada Allah tanpa kita tahu tarikhnya. Marilah kita berubah ke arah kebaikan dengan ikhlas.



No comments:

Post a Comment