Wednesday, February 27, 2013

ZINA ? Syaitan Like Like Like


As Salam

Zina atau Persetubuhan Luar Nikah merupakan perbuatan terkutuk yang dilaknat oleh Allah. Apabila menulis mengenai ZINA ini yutaka merasa sangat takut. Takut akan situasi zaman sekarang di mana banyak kes seperti ini berlaku. Adakah ini tanda kecil kiamat sudah semakin dekat? Mungkin juga.


Firman Allah dalam surah Al-Israa' Ayat 32 yang bermaksud :
" Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan ) "

Mengapa Allah sangat melarang zina? Cuba kita berfikir sejenak tentang pengharaman zina ini. Sudah tentulah mengenai nasab keturunan. Islam mengajar kita untuk menjaga nasab keturunan kita. Cuba kita bayangkan sekiranya pihak lelaki itu lari meninggalkan pihak wanita yang telah dirosakkan itu, bagaimana nasib pihak wanita dan anak yang dikandungnya itu? Pastinya nasib mereka tidak terbela.

Apabila wanita yang ditiduri itu ditinggalkan, pihak kaum kerabatnya pasti akan berdendam dengan si lelaki itu. Apabila sudah berdendam, ditakuti si lelaki durjana itu akan diserang dan dibunuh (minta dijauhkan). Masalah ini semakin berpanjangan, tidak ada kesudahan nya. Perasaan sakit hati pasti berbekas di hati kaum keluarga si wanita itu.

Menurut hukuman di dunia, mereka boleh dibicarakan di dalam mahkamah syariah di mana di kategorikan di dalam kes jenayah. Walaupun hukuman dunia tidak setimpal hukuman di akhirat, namun diharapkan hukuman di dunia ini dapat menyedarkan mereka untuk kembali kepada Islam yang sebenarnya. Ada juga kes di mana seorang bapa tidak berpuas hati kerana anaknya (lelaki) disabitkan atas kesalahan Persetubuhan Luar Nikah.

Syaitan akan terus menghasut kaum Adam dan Hawa untuk terus menyimpang dari jalan kebenaran. Jadi bagi mereka yang sudah mempunyai kekasih, segeralah mendirikan rumahtangga. Banyak faedahnya jika berumahtangga. Binalah institusi kekeluargaan yang harmoni. Hati senang, hidup diberkati. Insya Allah. Rezeki untuk orang yang hendak berkahwin tetap dibuka oleh Allah. Jadi si bujang dan si dara, berkahwinlah kerana Allah.




No comments:

Post a Comment