Wednesday, June 6, 2012

YUTAKA SAYANG DIA


Konbanwa

Hari ini yutaka ingin menceritakan mengenai apabila sayang, apa yang perlu kita lakukan? Lelaki sememangnya diciptakan untuk menjadi pelindung kepada wanita. Pastinya lelaki yang punya asas agama yang kuat akan melindungi insan yang disayangi. Ini kerana, wanita merupakan tanggungjawab bagi seseorang lelaki.

Jika seorang lelaki mengasihi dan menyayangi seorang wanita itu, seorang lelaki perlulah menjaga wanita itu sebaik mungkin. Menjaga ini lebih kepada sentiasa membawa wanita itu ke jalan Allah. Mana-mana yang kurang elok, diperbetulkan kesilapan nya. Tidak dibiarkan kesilapan berterusan walaupun mungkin teguran itu mungkin akan membuatkan panas telinga wanita itu.

Yang perlu diberi perhatian adalah mengenai aurat wanita itu sendiri. Lelaki perlu menasihati dan terus memberi galakan kepada wanita yang disayangi untuk menutup aurat. Untuk mengubah seseorang wanita tidak begitu susah kerana hati wanita ini sangat lembut. Dengan pendekatan yang penuh hikmah, insya Allah nasihat itu boleh diterima dengan hati terbuka.


Selain itu juga, untuk menunjukkan sayang terhadap wanita, lelaki perlulah menghargai wanita. Wanita perlu dihargai untuk setiap apa yang dilakukan. Tidak kira besar atau kecil sumbangan nya, pastinya penghargaan itu merupakan satu motivasi kepada wanita itu. Sekiranya wanita sudah melakukan sesuatu perubahan positif, lelaki perlu menghargainya dalam bentuk pujian dan galakan.

Lelaki yang mencintai wanita juga, hendaklah menerima dan cintai kelemahan nya. Kelemahan bukan tiket untuk para lelaki mencari cinta lain. Kelemahan perlu ditampung dengan sempurna. Seperti kata pepatah Inggeris " Sharing is Caring and Loving " . Jadikan kelemahan itu sesuatu yang seronok untuk dikongsi bersama. Barulah dinamakan cinta sejati.

Yang paling utama adalah, lelaki perlu menjadi imam yang terbaik untuk wanita yang disayanginya. Imam ini bukan sahaja ditikar sejadah, tetapi menjadi hamparan kepada wanita menuju ke syurga. Bermakna menjadi teladan yang baik untuk wanita yang disayanginya. 


Insya Allah, untuk Scya, yutaka akan 
cuba yang terbaik untuk menjaga beliau.

No comments:

Post a Comment